Wednesday 31 December 2008

Gurindam Gaza...

Wahai adik...
adik tahu tak,
Gaza itu bukan asing,
Ia memanggil diri masing-masing.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza tempat moyang nabi Muhammad berdagang,
Di Genting itu para anbiya' dan mursalin pergi berjuang.

Wahai adik, adik tahu tak..
Gaza kini bermandi darah,
Menentang Zionis haram jadah,
Merampas tanah orang sukati dia jah,
Perjuangan diteruskan menanti sudah,
Kepada Tuhan tangan mengadah,
Agar bantuan turun ke lembah.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza kini lebur,
Tika malam ini/semalam orang lain leka berhibur,
Dengan hiburan yang takkan dibawa ke kubur,
Hogmanay, tahun baru Masihi, hati terkujur,
Entah ke mana hidup dilabur.

Wahai adik, adik tahu tak,
Ramai kawan tak tahu pun,
Rakan seaqidah ditembak dibom,
Ahh peduli apa, aku selesa harta bertimbun,
Semuaya sponsor yang tanggung,
Atau majikan yang kongsi untung.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mari kita sejenak berfikir,
Janji kita sebelum dilahir,
Apa sumbangan, perlu dizahir,
Mengapa 1 pound infaq kita kikir,
Mengapa berbangga dengan produk Israel.

Wahai adik, adik tahu tak,
Di Mahsyar kelak, untuk mengelap gagap,
Apa kata kita berhenti berhibur sekejap,
Cukup-cukuplah asyik berentap,
Dengan firework, hiburan dan kepulan asap.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mungkin berat membaca gurindam abang,
Kerana berat kelopak mata memandang,
Penat berhibur malam dan siang,
Jangan lupa kita di dunia ini berdagang,
Jangan terlalu singkat mata memandang,
Elak diri daripada malang,
Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang,
Bersama Gaza, ikhtiarkan berjuang !!!!


Sumber dari: ABUKIFAH (dppg@yahoogroups)



Read more...

Monday 29 December 2008

TRAGEDI MAAL HIJRAH

Sial, shittt dan celaka puak-puak kuffar dan mereka yang mempermainkan hukum Allah… Tunggulah tentera Ahzab pasti akan tiba.. Allah taala akan memecahbelahkan mereka dan akan membinasakan mereka dengan azab yang sekeras-kerasnya… Mereka telah memerangi saudara kita di Palestin Semenanjung Gaza, mereka juga telah mengancam beberapa negara Islam yang lain, mereka telah mempermainkan hukum hudud, mereka telah melakukan penghinaan ke atas nabi Muhammad s.a.w dan berbagai lagi penghinaan mereka telah lakukan ke atas umat Islam… Bangkitlah wahai Umat sekalian.. Masihkah kalian terus tidur dan berdiam sedangkan agama dan kehormatan saudara-saudara kalian sedang diinjak-injak oleh mereka. Persiapkanlah dirimu wahai umat Islam.. Hijrahlah dan lakukanlah perubahan dengan menyayangi Tuhan kamu, Rasul kamu, agama kamu, ibu bapa kamu dan sauadara-saudara kamu dengan nyawa, darah dan harta kamu. Seperti kata Syekh Usamah bin Ladin mengatakan tidak ada di dalam jiwa dan darah umat Islam melainkan Iman,Hijrah dan Jihad.Jangan takut dan gentar, nusrah Allah pasti akan tiba.. Berjuanglah biar syahid atau memperoleh kemenangan…


SERANGAN ISRAEL TERHADAP GAZA..... (Gambar ihsan dari Ar-Rahmah.com)














Read more...

Friday 26 December 2008

HIJRAH DAN DAULAH

Hijrah dan daulah merupakan dua kalimah yang penuh bermakna dan saling berkait rapat antara satu sama lain sana ianya tidak boleh dipisahkan. Menjadi suatu kesilapan bagi mereka yang hanya menyebut tentang Hijraturrasul tetapi tidak mengaitkannya dengan pembinaan Daulah Islamiyah kerana ia akan menyembunyikan matlamat utama kebenaran hijrah itu sendiri iaitu menegekkan sebuah Daulah Islamiyah yang memastikan agama bukan setakat memperkatakan masalah individu tetapi turut merangkumi masalah kemasyarakatan dan Negara.

Hijrahnya Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah bukan setakat berpindah tempat tetapi turut mennghijrahkan keadaan daripada umat yang lemah kepada gagah, umat yang tertindas kepada umat yang bergerak cergas , umat yang melarat kepada umat yang berdaulat, dakwah yang bergerak di dalam lingkungan terbatas kepada masyarakat yang lebih luas. Penekanan terhadap aqidah dan ibadah kepada perlaksanaan semua sistem kehidupan termasuk social.

Hijrah memastikan umat Islam sentiasa bergerak kehadapan bersama suluhan wahyu bukannya undur kebelakang akibat tertipu oleh nafsu, sogokan atau hatta dengan janji pemerintah sekalipun. Hijrah membina suatu identiti diri malah menjadi contoh teladan yang baik kepada umat lain. Umat Islam yang mempunyai jatidiri yang tinggi dihasilkan daripada hijrah di mana mereka sumpama ikan dilaut yang isinya tetap manis walaupun hidup di dalam air masin. Tidak dikira hijrah jika minda, prinsip dan karakter masih dijajah.

Memahami kepada konsep hijrah itu sendiri iaitu berubah daripada satu tahap kurang baik kepada yang terbaik sebelumnya maka kita sebagai umat Islam yang hidup pada zaman yang penuh dengan fitnah cubaan dunia mestilah sedaya upaya bersungguh-sungguh dalam menghayati konsep hijrah ini. Adalah suatu yang amat malang bagi bagi seseorang yang hari ini lebih buruk dari hari semalam.

Umat Islam yang benar-benar berjaya melakukan penghijrahan ke arah yang terbaik mestilah memiliki keyakinan dan komitmen yang tinggi terhadap sistem Islam itu sendiri. Bagi melahirkan keyakinan maka ia disemai melalui budaya ilmu dan tidak mengerti istilah penat dan jemu serta tidak dibatasi oleh factor usia, pengkhususan dan kerjaya.

Kita mengambil contoh bagaimana tindakan tegas Sayyidina Umar al-Khatab dalam mewajibkan setiap peringkat rakyatnya bermula daripada pegawai kerajaan yang memerintah sehinggalah rakyatnya mesti manghadiri majlis ilmu samada sebagai guru yang mengajar atau murid yang belajar yang bagaimana suburnya budaya ilmu sehingga banyak melakukan perubahan kearah kemajuan tamadun kemanusiaan dan kebendaan dapat dicapai.

Ilmu yang dipelajari bukan untuk diaplikasikan pada lingkungan akademik semata-mata. Yang perlunya adalah bagaimana ilmu itu dapat merubah diri kita menjadi yang lebih baik dan sekaligus bermanfaat untuk masyarakat dan ummah. Begitu juga budaya belajar yang dituntut yang tidak hanya terhenti setakat untuk mendapat sijil bagi memperolehi kerja. Status dan harta telah memusnahkan budaya ilmu kepada umat Islam sehingga mereka hanya bergerak untuk memenuhi keperluan peribadi bukannya sama-sama berganding bahu sukarela dalam memajukan umat . Masalah ini semakin parah apabila serangan dan tekanan terhadap pengajian agama dan pemahaman yang menyeluruh tentang sistem Islam terus berlangsung. Tetapi ini semua mesti dijadikan cabaran untuk dihadapi dengan bijaksana sehingga kita mampu mencapai kejayaan bukannya ia dijadikan alasan untuk berhenti daripada melakukan hijrah ke arah yang terbaik.

Umat Islam wajib berubah ke arah yang terbaik sebagaimana yang pernah dicapai oleh tamadun Islam sebelum ini. Umat Islam patut sedar bahawa sebenarnya nenek moyang kita telah mencapai kegemilangan tamadun yang bernilai dan berharga, tetapi ianya telah musnah akibat kelalaian dan kealpaan umat Islam itu sendiri yang membuka ruang kepada musuh untuk merobek serta menghancurkannya sebelum musuh itu membina kemajuan tamadun mereka hasil meniru terhadap tamadun yang pernah ditegakkan oleh umat Islam tetapi dibuang ruh Islamnya. Adakah kejayaan umat Islam terdahulu hanya mampu didengar dan dibaca sahaja oleh umat hari ini tetapi tidak mampu diteladani.

Mengapa musuh Islam mampu mencapai kegemilangan tamadun kebendaan hasil meniru tamadun Islam silam sedangkan kita tidak berbuat demikian sebaliknya hanya menjadi pak turut terhadap kehendak musuh sehingga umat Islam terus ketinggalan dari sudut tamadun kebendaan yang hamper musnah dalam tamadun kemanusiaan. Umat Islam yang digelar umat contoh dan terbaik dari kalangan umat manusia ialah suatu umat yang menegakkan sistem Islam dengan seluruh keupayaan mereka bukan hanya setakat yang dipersetujui oleh nafsu sahaja.

Sesuatu umat hanya mampu berubah daripada perubahan yang dilakukan dari dalam diri mereka sendiri. Bilakah identity umat Islam kembali? Terserah kepada perkataan dan tindakan mereka sehingga mampu membina kembali tamadun yang gemilang. Bersediakah kita untuk melakukan perubahan atau kita terus menjadi umat yang jumud yang hanyut dalam khayalan dan mimpi sendiri tanpa bergerak untuk melakukan perubahan yang terbaik lebih-lebih kita bergelar golongan mahasiswa yang bertindak sebagai ejen perubahan masyarakat, duta penyelamat dan kasih sayang, lebih bagus lagi dengan gelaran sebagai ulama muda..

Kini bukan masa kita bercakap kosong tetapi adalah masa untuk kita merancang dan bertindak sehingga perubahan dapat dibuat dengan baik dan bijaksana.



misteraim; ku lihat "HIJAU"

Read more...

Tuesday 23 December 2008

HADITHUL-IFK

Jika Menerima Hathul-Ifk Maka Wajib Diteliti Dan Diamati Dahulu


“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan”

(Surah Al-Hujurat: 6)

Dalam ayat ini, Allah taala memerinahkan kepada hambnya yang benar-benar sadiq kepada Allah dan Rasulny, jika ada orang yang membawa berita tentang sebuah kaum agar dilakukan tabayyun, iaitu lakukan check and balance jangan langsung diterima tanpa dilakukan penyiasatan yang sebenarnya. Jika percaya medahului siasatan, maka akibatnya akan berlaku perpecahan atau pertelingkahan. Inilah yang akan merugikan sesebuah persatuan dan kesatuan.

Ada Dikalangan Merka Hobinya Suka Menyebarkan Hadithul-Ifk

“Sesungguhnya orang-orang Yang membawa berita Yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu”

(Surah An-Nur:11)

Mafhumnya ayat di atas menyatakan bahawa segelintir penyebar iisu atau pemutar belit fakta itu sentiasa terdapat di dalam sesebuah kelompk atau kelompok kita. Sehingga mereka menjadi dan membentuk satu group discussion bagaimana hendak memecahbelahkan sesebuah kelompok atau persatuanA. Kejadian ini juga pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.

Balasan Bagi Pelaku Hadithul-Ifk


“Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan Dengan kesalahan Yang dilakukannya itu, dan orang Yang mengambil bahagian besar Dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa Yang besar (di dunia dan di Akhirat)”.

(Surah An-Nur:11)

Maknanya setiap orang yang memepunyai bahagian dalam menyebarkan dan memutarbelitkan fakta dan menyebarkan serta memburukkan isu tersebut telah tetap baginya dosa disisi Allah s.w.t, dan bagi jaguh utama bagi pelaku oenyebar isu tersebut baginya azab yang paling pedih (Menurut Imam Al-Baghawi kepastiannya adalah di dalam neraka.


Menjauhi Su’uzhan dan memasyarakatkan Husnuzzhan


“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta Yang nyata".

(Surah An-Nur: 12)


Berkata Imam At-Thabari bahawa digunakannya kata anfushim dalam ayat ini menunjukkan bahawa kaum mukminin itu ibarat satu tubuh kerana keyakinan mereka satu. Maka paa penyebar isu yang amat busuk itu mencerminkan keadaan dan kondisi hati mereka yang juga amat busuk di dalam, bahkan di sanalah awal mulanya kebusukan tersebutsehingga mereka menjadi suka menyebarkan isu dan memutarbelitkan fakta dan isu, malah mereka juga turut memecahbelahkan jamaah dan kesatuan tersebut. Imam Ibnu Kathir menyebutkan bahawa di dalam ayat tersebut setelah lafaz Zhanna al-mu’minuuna wal mu’mnaat (yang merupakan pekerjaan hati) kemudian diikuti pula wa qalu (ya’ni bi alsinatihim= iaitu pekerjaan mulut ke mulut mereka), Imam Khazin menyatakan bahawa ayat ini menunjukkan berprasangka baik terhadap perbuatan sahabat-sahabat sebelum ada bukti hukumanya adalah wajib, sebagaimana wajib pula jika ada yang menyebarakan isu tersebut, maka yang mendengarkannya wajib mengatakan di depan mukanya: Ini hanyalah kedustaan yang terang-terangan.

Kitb Matan Arbaien Imam Nawawi

Seri Tarbiyah Taujihad Peran

Read more...

Monday 22 December 2008

TINGGAL BEBERAPA SIDANG DPR LAGI, MEREKA AKAN SEPERTI KITA

Di Indonesia, belum reda dengan pergaduhan (tawuran) antara mahasiswa. Bersambung pula dengan demontrasi mahasiswa yang menuntut supaya Undang-Undang Badan Hukum Pendidikan yang menswastakan sektor pendidikan di Universiti di mansuhkan. Bezanya dengan Malaysia, kerajaan sangat berselera mengekang praktis politik nilai mahasiswa yang menyekat hak-hak berpolitik mahasiswa . Demo kali ini diiringi dengan laungan “interupsi……interupsi”..

Menurut sumber, pengesahan Undang-Undang UU BHP dihadiri sekitar 50 anggota DPR. UU BHP terdiri dari 69 pasal. Pasal yang dipermasalahkan yakni pasal 41 ayat 7 yang berbunyi, peserta didik yang ikut menanggung biaya penyelenggaraan pendidikan harus menanggung biaya tersebut sesuai dengan kemampuan peserta didik, orangtua atau pihak yang bertanggung jawab membiayainya.

Ayat 8 berbunyi, biaya penyelenggaraan pendidikan sebagaimana dimaksud ayat 7 yang ditanggung oleh seluruh peserta didik dalam pendanaan pendidikan menengah berstandar pelayanan minimal untuk mencapai standar nasional pendidikan pada Badan Hukum Pendidikan Pemerintah (BHPP) atau Badan Hukum Pendidikan Pemerintah Daerah (BHPPD) paling banyak sepertiga dari biaya operasional.

Tujuan pemerintah memutuskan UU tersebut adalah sebagai upaya supaya Universiti dapat mandiri dengan kuasa otonomi sendiri. Dalam masa yang sama dapat mengelak dari karenah birokrasi yang menjadi kerajaan kedua di Indonesia ini apabila otonomi kampus di berikan.. Sekali tinjau memang bagus dan mantop. Agenda hebat tapi masih belum setanding Dato Mustapha yang duhulunya hebat dengan wawasan tranformasi pendidikan. Tetapi bagaimana pula dengan Universiti atau Kampus yang masih belum establish dan kurang asset kampus. Kesannya pihak pentadbiran kampus akan mengenakan yuran dan kos pembiayaan pendidikan yang mahal.

Seharusnya pemerintah berkewajiban “memaksa” industri untuk berhubungan dengan pendidikan, misal menyalurkan reward ke pengusaha yang mencurahkan dana riset ke kampus, atau potongan pajak jika ada perusahaan yang menawarkan industrial attachment, dengan demikian, kampus akan lebih dekat dengan industri, dan dananya juga akan mengalir dengan lancar.

Menurut aktivis mahasiswa “UU BHP adalah fakta ketidakmampuan pemerintah atau lebih tepatnya cuci tangan pemerintah terhadap dunia pendidikan. Pemerintah membiarkan swasta mengelola dunia pendidikan dan tentu akibatnya adalah pendidikan di Indonesia akan berbasis kapitalistik. , siapa lagi yang harus diperas kalau bukan mahasiswa ..”

Di mana dalam dunia pendidikan swasta akan mengambil keuntungan yang besar dalam dunia pendidikan, dimana pelajar dan mahasiswa akan menjadi konsumen yang mau tidak mau harus bersekolah dengan biaya mahal agar lulus mendapat pekerjaan yang lebih layak. Dan bagi orang miskin kalimat yang tepat adalah “orang miskin dilarang sekolah”.

Tidak lepas dari situ apabila penswastaan berlaku, dalam hal ini adalah orang asing (barat) yang mengusai sekolah dan universitas-universiti di Indonesia, tentu mereka dengan mudah menyetir pendidikan Indonesia, Dan yang paling berbahaya adalah idea-idea liberalisme, kapitalisme, feminisme dan isme-isme yang bertentangan dengan agama Islam akan mudah dimasukkan ke kurikulum dan pengajaran/pembelajaran di sekolah tentu akan melahirkan individu yang egois, hedonis, kapitalis dan liberalis.

Watak yang sama pelakon berbeza. Fenomena hampir serupa. Mereka sudah merempuh pagar parlimen malah dengan keberanian, mereka menangguhkan sidang parlimen walaupun mereka adalah mahasiswa. Mungkin tinggal beberapa sidang lagi mereka akan seperti kita mahasiswa di Malaysia yang dibelenggu AUKU.. Tidak mustahil AUKU di Indonesia akan wujud.. Bangkitlah mahasiswa Islam.. Sudah sampai masanya kita menguasai suasana moga cahaya Islam tetap mekar…





Demontrasi di Unsyiah














Demontrasi Universiti Indonesia di Bangunan DPR

Read more...

Friday 19 December 2008

FIKRAH PERJUANGAN ISLAM

Bahan Bacaan Untuk Memantapkan Kefahaman Berkenaan Tajuk Ini:

n Dakwah Islamiah : Ciri dan Matlamatnya – Abdullah Nasih Ulwan.

n Manhaj Hidup Muslim - Sayyid Qutb dan Abu’ A’la Al-Maududi

n Ciri-ciri Khusus Masyarakat Islam – Muhammad Abdullah al-Khatib

n Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam – Dr Yusof al-Qardhawi

n Islam : Fikrah, Harakah & Daulah – TG Hj Abd. Hadi Awang.

Dr Muhd Iqbal …“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap. Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya”


MUQADDIMAH:

n Manusia dilahirkan secara fitrahnya untuk menjadi pejuang…. Terdapat sifat berpasangan dan berlawanan dalam diri manusia.

n Merujuk kepada manhaj perjuangan Islam; matlamat menegakkan u’budiyah kepada Allah dan menolak taghut

n Manhaj perjuangan Islam mesti merujuk kepada ciri-ciri Islam; proses menegakkan aqidah dan syariat hendaklah mengikut manhaj yang selaras dengan ciri-ciri Islam.


ISLAM:

n Agama / Wahyu Allah yang diturunkan kepada manusia melalui perantaraan malaikat Jibril yang mengandungi syariat-Nya.

n Al-Quran dan Sunnah/Hadis


PENGUASAAN & KEFAHAMAN:

n Untuk menjadi orang yang benar-benar hebat dalam memperjuangkan Islam; memahami hakikat Islam dengan baik dan sempurna.


REALITI UMAT ISLAM HARI INI:

n GHAZWATUL FIKR (SERANGAN PEMIKIRAN)

n Menganut ideologi dan fahaman-fahaman sesat dan menyesatkan; nasionalisme, kapitalisme, komunisme, pragmatisme, sekularisme, liberalisme, feminisme, zionisme, hedonisme dll.

FIKRAH PERJUANGAN ISLAM:

n Timbang tara @ kayu ukur menilai semua perkara.



CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM:

1. RABBANIYYAH (KETUHANAN)

n Islam datang dari Allah yang bersifat Rab.

n Akan melahirkan mukmin bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad, pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan.

n Sumber Rabbani; asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat.

2. SYUMUL

n Lengkap dan mencakupi (menyeluruh)

n a) dasar dan teras manhaj.

n b) kesan pembentukan terhadap manusia yang menerimanya.

n c) Pelaksanaan untuk mencapai matlamatnya.

3. INQILABIYAH

n Melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.

4. ALAMIYAH (UNIVERSAL)

n Dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan.

n Nilai-nilai Islam bersifat sejagat.

n Menjamin hak asasi manusia.

5. WAQI’IYYAH (REALITI)

n Praktikal bukan utopia, semula jadi atau mampu diamalkan oleh semua manusia. (berpijak di bumi nyata)

6. THABAT DAN MURUNAH

n Tetap dan anjal.

n Tetap dari segi prinsip tetapi boleh berubah dari segi pelaksanaannya.
7. Ciri-ciri lain….

n Risalah dan jalan penyampaian jelas.

n Bergerak mengikut kemampuan.

n Melaksanakan hazar (waspada).

n Memudah dan jangan menyusahkan.

n Tadrij (beransur-ansur)

n Menimbang kemaslahatan dakwah demi memenuhi tuntutan syariat.

Sayyid Qutb….”Manhaj ini akan dapat dilaksana jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha untuk menerapkannya dalam hati dan kehidupan mereka. Mereka mengorbankan segala-galanyanya demi merealisasikan matlamat ini….. Melawan hawa nafsu dan menentang sesiapa yang dikuasai oleh hawa nafsu”…



Wallahua'lam




Read more...

Thursday 18 December 2008

Siru Ala Barakatillah; Laskar Jihad P036


Taat, patuh dan terima arahan pimpinan. Selaku ahli anggota jemaah Islam sentiasa diajar bahawa pilihan raya ini adalah satu peperangan jihad, maka serahkanlah jiwa dan harta benda kita untuk memastikan kemenangan Islam, kita akan berjuang dalam pilihanraya dengan keyakinan dan tekad bahawa kemenangan yang diraih adalah kemenangan jemaah dan bukan kemenangan calon atau individu... Berjuanglah amada kita syahid ataupun beroleh kemenangan, insyaAllah... Siru Ala Barakatillah...

Read more...

Wednesday 17 December 2008

Tanah Ohh Tanah

Tanah oh tanah,
Kenapa engkau runtuh?
Macam mana aku tak runtuh,
Ada air mengalir.

Air oh air,
Kenapa engkau mengalir?
Macam mana aku tak mengalir,
Takungan aku terhakis.

Takungan oh takungan,
Kenapa engkau terhakis,
Macam mana aku tak terhakis,
Bukit habis ditarah.

Bukit oh bukit,
Kenapa engkau ditarah?
Macam mana aku tak ditarah,
Pemaju nak bina rumah.

Pemaju oh pemaju,
Kenapa engkau bina rumah?
Macam mana aku tak bina.
Sebab PBT dah luluskan.

PBT oh PBT,
Kenapa engkau luluskan?
Macam mana aku tak luluskan,
Kerajaan dah bagi green light.

Kerajaan oh kerajan,
Kenapa bagi green light,
Macamana aku tak ….. eh, itu kerajaan lama la!

Read more...

Monday 15 December 2008

TEMUBUAL EKSKLUSIF

Misteraim writes: " Anda sudah tahu akan syahidnya Dr Aziz Rantisi. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasa (Ummu Muhammad) . Mari sama-sama kita selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu? terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau " TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr.Rantisi dan menjadi sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan" maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar Rantisi.

Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya. Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.

Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.
Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.


Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu? dan kepercayaan kepada diri.


Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.


Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu.


Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau , Berjuang..Berjihad.. lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid Penyuluh ke jalan Allah samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.


Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu fadlun pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio Suara Aqsa pada waktu itu berkumandang azan Isya. kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu dan mendirikan solat Isya. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. ?dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..


Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu, dan persedian beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh

Setiap para syuhada? akan ada tanda-tanda kemuliaannya?maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya, bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.


Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" (Az-Zariyat : 56). Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu? dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.


Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, ? Tiap- tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku ? kata beliau dalam keadaan tersenyum.


Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah..?Tuhanku masukkan aku ke syurga?inilah kemuncak impianku..?


Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid..tidak ada yang lebih dari itu.


Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.


Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda : ”Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya “. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying rahmatNya.


Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya ? (al-Baqarah : 281)

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: "Pulanglah kepada panduan asal kamu, kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu, kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.





Note: Sumber : Suara Kampus (Edisi Shoubra) Julai 2004
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
"




Read more...

AUKU PUNCA KETAKUTAN DARI UMNO

Di pautan ini, saya hanya salin hujah-hujah pembangkang sahaja ketika berbahas mengenai Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan). Tak laratlah nak salin semua. Jika anda mahu membaca apa yang dikatakan oleh menteri dan ahli-ahli Parlimen penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), sila baca hansarddi sini. Dewan Rakyat. Anda juga boleh membaca ulasan mengenai perkara itu

Saya salin hujah-hujah mereka untuk membolehkan anda membuat penilaian sendiri. Saya sendiri menyokong pendapat orang yang buat AUKU, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan, "Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU".

Semua orang tahu, Dr Mahathir suka bercakap sinis dan berlapis-lapis maknanya. Jenis cakap sampai lima enam puluh makna. Itu hobi dia. Tetapi, saya nak ambil yang tersurat sahaja.

Mungkin berbangkit persoalan, adakah penuntut kita lebih dewasa dan bertanggungjawab? Ukuran dewasa atau tidak, bertanggungjawab atau tidak, adalah subjektif. Lain orang, lain cara penilaiannya.

Persoalannya, sampai bila Umno dan BN hendak menghina para pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai budak-budak yang tidak bertanggungjawab? Adakah para pelajar pusat-pusat pengajian tinggi semuanya budak-budak yang tak bertanggungjawab?

Antara lain, mungkin AUKU berpunca dari ketakutan Umno dan BN hendak bersaing dengan pembangkang di kampus. Sebab itulah calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, "saya tidak takut kalau kita hendak bersaing dengan pembangkang di kampus..."
Saya petik sebahagian ucapannya;

Kita buka untuk semua dan kita compete base on ideas, berdasarkan kepada idea dan biar serahkan kepada mahasiswa untuk pilih siapa dia hendak ikut dan siapa dia hendak bantah. Itulah yang kita hendak melihat kerana ini membukakan minda mereka, menjadikan mahasiswa bukan hanya mahasiswa, bukan hanya academic students tetapi rakyat Malaysia yang terbuka minda mereka untuk buat pilihan. Saya tidak takut kalau terpaksa turun ke padang berdepan dengan sahabat saya daripada Rasah, tahniah kerana baru sahaja menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda DAP, tidak ada demokrasi dalam DAP menang tanpa bertanding tetapi tidak apa kita turun sama-sama dan... [Dewan riuh] Saya bertanding, saya bertanding Pemuda dengan Yang Berhormat Jerlun tidak apa, saya tetap bertanding.

Saya salin juga di sini beberapa petikan menarik perbahasan itu:

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Baguslah itu jaminan maknanya kita boleh tubuh tetapi saya hendak sebut bahawa ini masalah yang dihadapi oleh pelajar. Jangan kata hendak tubuh, saya pergi makan nasi rumah seorang pensyarah universiti buat PhD di sana, pensyarah itu dipanggil balik oleh universiti untuk beri jawapan kenapa Mahfuz Omar pergi rumah kamu.

Saya pergi makan nasi, pergi ziarah dia. Tak akan pergi makan nasi, macam mana kalau saya menikah seorang lagi. Isteri saya belajar buat PhD di UK, sebulan sekali saya pergi, nanti dia tanya pasal apa Mahfuz mai. Maknanya isteri saya jawab, dia mai bukan sahaja setakat mai, tidur dengan saya. Salah.... [Ketawa] Makna kena jawab kepada pihak universiti. Ini saya kata apa punya undang-undang. Jadi saya hendak kata bahawa Yang Berhormat beri jaminan tetapi apa dari segi praktikalnya tidak berlaku begitu. Tekanan kepada pelajar-pelajar di luar negara cukup teruk.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi beberapa alasan yang diberi oleh menteri menyatakan universiti tidak mahu campur tangan parti politik dalam urusan universiti, tidak mahu pelajar dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Saya juga hendak tahu apakah pihak kementerian membuat kajian di mana negara-negara yang top 100 universities dalam Times Higher Education Ranking ini mana universiti yang ada AUKU ala Malaysia ini. Mereka tidak ada, mereka top 100 universities. Umur mengundi di sesetengah negara seperti US dan UK ialah 18 tahun, mereka boleh mengundi, boleh terlibat dalam politik tetapi universiti mereka top 100. Jadi, alasan yang diberi tidak boleh dipakai langsung, tidak boleh diterima.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sekiranya tiada kajian saintifik yang menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan mempertingkatkan daya berfikir mahasiswa, adakah kementerian ada kajian saintifik menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan menjejaskan daya berfikir mahasiswa.

Sekiranya kementerian juga tidak ada kajian saintifik dalam area ini, pada pendapat saya marilah kita membenarkan mahasiswa untuk terlibat dalam politik kerana ini adalah hak asasi mereka. Sekiranya setiap orang selepas mereka mencapai umur 21 tahun mereka boleh terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik, kenapa mahasiswa kita tidak ada kebebasan ini?

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Yang Berhormat Menteri, kalau betul hujah Menteri itu parti politik ini bersifat emosi dan akan mengancam kestabilan masyarakat, lebih baik kita haramkan semua parti politik. Ini kerana kalau betul satu budaya parti politik ini tidak baik untuk pelajar, sudah tentu tidak baik untuk orang yang tak ada pelajaran. Kalau anak-anak kita yang masuk universiti pun akan terpengaruh dengan sifat emosi, sifat yang tidak rasional ini apatah lagi kita membenarkan anak-anak muda yang tak masuk universiti. Mereka boleh menyertai parti politik dan mereka akan bertindak secara waras, tak beremosi, rasional kalau dia tak masuk universiti dan itu logik yang kita hadapi sekarang.

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Anak saya dua orang belajar di luar negara, saya tahu sangat isu ini dan saya tahu sangat diskriminasi, malah Timbalan Perdana Menteri pernah pergi ke Indonesia di mana tempat universiti anak saya belajar, dicari anak saya malah orang yang ikut dia, pegawai-pegawai dia mencari dan secara single out daripada ramai-ramai itu dan memberi orang kata, ugutan-ugutan kepada anak saya, kerana dia anak saya, semata-mata kerana dia anak Dr. Lo’Lo’. Jadi saya kira ini adalah satu sikap yang boleh diteruskan sebab saya kata, yang mendapat political mileage adalah kami di pihak pembangkang.

POSTED FROM: PENARIK BECA

Read more...

Wednesday 10 December 2008

Masanya Menilih Jalan Yang Lurus (Versi Klon)

Salam perjuangan.. Sahabat-sahabat, hari ni tanggal 11 Desember maka ganjillah kita merayakan hari eidul Adha pada hari yang ketiga… tak gitu sahabat-sahabat?...

Sebanyaknya ibrah dan iktibar kita perlu ambil dari kisah perjuangan dan pengorbanan para Anbiya dan Mursalin, awliya serta mujahidin bagi meningkatkan momentum dan adidaya kita sebagai ghuraba yang sentiasa merentas jalan yang berliku, beronak duri dan berperiuk api. Sesungguhnya bagi merentasi jalan ini, ia sangat menuntut kepada pengorbanan yang tinggi sebagaimana pengorbanan Assabiquuna Awwalaun yang terdahulu dalam menunjangkan tauhid…

Imam Hassan Al-Banna menyebut tentang pengorbanan bahwa apa yang dikatakan dengan pengorbanan ialah berkorban dengan jiwa, harta, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat.. Tiada jihad tanpa pengorbanan dan tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah kita (islami)..

Wah! dahsyatnya pengorbanan.. macam tu ke pengorbanan?? Yup macam itulah die pengorbanan… Malah kita juga dituntut melakukan jihad dan pengorbanan secara berterusan dan melakukan pengorbanan berharga demi kemenangan agama Allah. Lebih dari itu lagi itu lagi umat tidak akan memperolehi kebaikan dengan apa yang membolehkan generasi awalnya memperoleh kebaikan. Demikian juga umat ini tidak akan mendapatkan izzah melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat terdahulu mendapatkan izzah (kemuliaan).

Kadang-kadang kita baru sedikit sahaja diuji dengan wala’, diuji dengan pangkat jawatan, rumahtangga, diuji dengan aku janji, diuji dengan AUKU dan diuji dengan soal pengiktirafan akreditasi kolej… Kita sudah tanggal agama kita, kita sudah tanggal prinsip amar maaruf nahi munkar dan kita sudah tertanggal sedikit komitmen kita dengan dakwah.. Ketundukan kepada taghut sudah terjelma… Kita sudah luntur nilai pengorbanan kita.. sedangkan semua ini menuntut kepada kejujuran aqidah, dan pengobanan itu adalah buah dari kejujuran kita dengan Allah taala... Ishh, tidak malukah kita… Dimanakah letaknya kemuliaan kita bila kita bersama dengan mereka yang telah berpaling dari hukum Islam… Malah kita pula yang dicabar…

Dunia diluar adalah dunia yang cukup mencabar, tinggal lagi kita sebagai daie dan figure kepada Islam untuk bangkit semula.. Tuntutlah ilmu dengan sebenar-benarnya sehingga kita dapat tamaiyuz antara yang hak dan batil, betul dan salah, iman dan kafir, Islam dan sekular… Retikanlah diri untuk menilai kebenaran dan bijaklah membuat pertimbangan dalam menanggapi yang aulawiyat.. Berprinsiplah secara praktikal.. Berukhuwahlah dengan ribatil aqidah dan tautkanlah ia… Belajarlah biar reti betul-betul tentang Al-Quran dan Sunnah, aqidah dan hukum-hakam fiqh.. Fahamilah Maqashid Syariah sebelum bercakap tentang maslahah mursalah… Berakhlaklah dengan sebagaimana akhlak Al-Quran dan ilmu Islam yang kita pelajari… Hanyasanya keikhlasan dan praktik ilmu kita dan amalan yang Allah nilai… Ingat tiada gunanya ilmu tanpa disusuli dengan kesedaran.. Buangkanlah anasir certificatisme dan seniorisme. Tiada erti jauhnya perantauan dan besarnya pengorbanan pengajian, jika hanya itu yang diratib dan itu yang didabik.. Seperti apa ilmu itu jika itu yang dicita-citakan… Betul tak sahabat?

Dengan erti kata lain wahai sahabat-sahabat; Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah, kegemilangan dan izzah tanpa pengorbanan ia adalah orang bermimpi dan berkhayal… Oleh itu, bersabarlah wahai sahabat-sahabat… Berjuang itu pahit, kerana syurga itu manis, bukan sedikit mahar yang perlu dibayar dan bukanlah sedikit jerih yang ditagih… Wallahualam...


Siru ala barakatillah..

Read more...

Aku Kangen Banget...

Ni hari raya kedua.. agak lama gak tak update blog... Al-Maklumlah cuti raya.. kena pulak tiap2 hari dapat daging, hari2 masak daging dan hari2 makan daging (Alhamdulillah), perghhh sero finin kepala ana daa..sain2 pun dah tangkap kepala semua... tak larat nak makan bagi kat sahabat2 yang lain... tu pun banyak gak balance.. tak larat dah.. sok pun ada lagi pulak tuh yang nok bui... eleh, takkan sebab makan daging pun dah tak tahan finin... Wahai misteraim, hok tu belum kat medan amal islami lagi tuh, takkan dah surrender dah kut... haa tu je lah motivasi aku bile frekuensi hamasah aku merudum..

tapi tak bermakna aku cuti dakwah aku pun ikut cuti.. cumanya aku bermasalah dengan laptop nih.. ada problem pulak.. rosak!!!

ohh ya.. mugkin penyakit rindu kot.. rindu ko family.. biaselah tuh.. anak bapak...lagi-lagi ngan anak buah... Bawah ni gambar My Family... Rindula ngan family...



atas dari kiri: tuan blog, emy, teh (adik ipaq),
tengah: akif, ayahandaku, walin, tina, bondaku, ican,
bawah: nayli

tak cukup seorang; anak buah, namanya Naurah Batrisya (tica)


Read more...

Sunday 7 December 2008

كل عام وانتم بخير بحلول عيد الاضحى المبارك

كل عام وانتم بخير بحلول عيد الاضحى المبارك


SELAMAT HARI RAYA 'IDUL ADHA KEPADA:


IBU, BAPA DAN ADIK-ADIK,

NENEK, PAKCIK-PAKCIK DAN MAKCIK-MAKCIK,

POKSULI, US. RAMIZU, USTAZAH SHAHNUN, USTAZ ZAHARI, USTAZAH AKMAL SERTA SELURUH TUK GURU2 DI KIAS,

DAN TUK GURU2 DI AR-RANIRY DAN TUK GURU2 YANG PERNAH MENCURAHKAN ILMU KEPADA KU,

MAMA ZAINUN & FAMILY DAN MEK-MEK DI KELANTAN,

SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN UKJ KAWASAN GOMBAK,

SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN DI ACEH IAIN AR-RANIRY,

SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN YANG BERADA DI PERANTAUAN,

SAHABAT-SAHABAT DAN ADIK-ADIK DI KIAS,

SELURUH MUJAHID-MUJAHID DAN AMILIN YANG SEDANG BERJUANG DI MEDAN JIHAD DAN MEDAN AMAL ISLAMI,

DAN KEPADA

SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT…

10 Zulhijjah 1429 H / 08 Disember 2008

Dari: MOHD ZAIM IRSYAD BIN ZAINAL ABIDIN

Kulliyyah Syariah

IAIN Ar-Raniry Banda Aceh

Read more...

Saturday 6 December 2008

KETUANAN MELAYU???

Telah berbunyi semboyan isu ketuanan Melayu. Shahdan mengatakan, bahawa “kita menerima kepimpinan Melayu bukan ketuanan melayu”. Maka berteriaklah laskar melayu barisan hadapan sambil menghunuskan keris bahawa maruah bangsa perlu dijaga dan adat bangsa mesti dipulihara.

Rupanya baru ku tahu bahawa pahlawan bangsa ku sudah mula meniup semboyan, melaungkan semangat kependekaran dan meneriakkan saling cabar mencabar.. Tetapi, aku keliru... Merekakah pahlawannya? Atau merekakah sang pembela yang pantang dengan slogan anti melayu? Ahh masakan aku berfikir mereka, pahlawan terlewat, itulah yang aku mengerti tentang mereka.. Aku cukup konfius.. Sedangkan bangsa ku tertindas dibawah perintah Melayu, bangsaku mandom juga semasa mereka sedang bertakhta.

Siapa yang pilih, kami juga yang pilih..

Wah terkesima juga kami, melihat tanah melayu tanah bangsa yang semakin mengecil, pembangunan minda anak bangsa melayu seolah minda yang berada di dunia ketiga, pembangunan pertahanan negara yang kaku, pembiakan ekonomi yang pilih kasih, semangat DEB yang cacar-marbakan, kedaulatan institusi raja dibonekakan, campurtangan institusi kehakiman, media yang dimanipulasikan , suara umat melayu yang disisihkan dan pendidikan anak bangsa yang semakin dikhianatkan. Ishh, jebakku… Mana mungkin mereka yang berdarah melayu tetapi menoreh darah anak bangsa sendiri…

Aku hanya melihat dan menunggu, kadang-kadang hujan dan kadang kemarau.. Tetapi rupanya akulah korban dan mangsa kezaliman mereka. Mana mungkin aku yang berdarah melayu turut dianiaya.. Aku ditahan daripada menimba khazanah Al-Ghazali dan Asy-Syafie. Beginilah pengkhianatan yang dilakukan kepada anak bangsa melayu, yang sedang bersiap mahu ilmu ilahiyy.. Di sekat tanpa bicara… Cis bedebah kau pahlawan..

Masakan hanya aku yang berseorangan, malah ramai lagi yang telah dinoda oleh pahlawan sejenis itu. AUKU yang mencengkam kegiatan minda dan intelek siswa, PTPTN yang membebankan, penarikan bantuan perkapita terhadap Sekolah Agama Rakyat, pembatalan MoU Al-Azhar yang dilakukan secara zalim, perlaksanaan PPSMI dan lain-lain lagi aneka agenda zalim yang dilakukan oleh pahlawan terlewat ini.

Wah!!! Mungkin bagi mereka masih belum cukup kejam…

Ohh bangsaku, ingatlah, keris itu bukanlah hanya pahlawan yang layak menghunuskannya… Keris milik rakyat jelata… Sepatutnya sudah lama kita menghunuskannya, kita hunus bagi meluruskan pemerintahan yang belok… Inilah tradisi sahabat Rasulullah, yang siap meluruskan pemerintahan di masa Khalifah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab… Kita hunus bagi menyatakan menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan…

Read more...