Sunday 17 May 2009

WASIAT DARI PRESIDEN GAMIS UNTUK MAHASISWA KOLEJ ISLAM

GERAKAN ULAMA MAHASISWA

Saya pernah memasang impian. Ia tidak pernah surut sehinggalah sekarang. Saya ingin membentuk satu kesatuan antara semua kolej Islam yang ada di Malaysia.

Dulu saya mengharapkan agar muslimat memiliki gerakan tersendiri. Secara dalaman ia adalah Gamis namun ia menggunakan platform lain secara luaran. Saya menyatakan pengharapan saya itu kepada Rafidah dan lain-lain.Mereka berjaya melaksanakannya dan akhirnya mereka menubuhkan Sigma dengan gagasan MP3.

Mengapa perlu kesatuan antara semua kolej Islam di Malaysia. Saya ingin menyebutkannya dan saya mengharapkan agar semua menilainya dan memberikan pandangan.

Pertama, saya ingin sekali melihat kesatuan wujud kalangan pelajar agama dan mereka tidak terpisah dengan blok kampus dan kenegerian. Maka ketika itu tiada lagi KIAS mahupun Insaniah ataupun Kuis, sebaliknya yang ada hanyalah satu kesatuan.

Kedua, ini adalah kesatuan kalangan ulama mahasiswa. Selama ini Gamis hanya memberikan respon dari sudut politik banyaknya tetapi tidak dari sudut keagamaan dan hujjah yang baik. Maka diharapkan ulama mahasiswa ini akan merancakkan suasana yang ada.

Ketiga, saya ingin melihat para ulama mahasiswa bekerja bersama dalam satu gelanggang sebagai satu latihan kepada mereka. Kelak, merekalah yang akan mewarisi tempat-tempat keagamaan dalam negara termasuklah Mufti dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Keempat, saya ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa mahasiswa boleh juga memberikan respon dari sudut keagamaan dengan hujjah yang baik. Ilmu tidak menurut kepada kadar umur.

Kelima, saya juga mengimpikan agar mereka menjadi solution terbaik dalam memberikan pandangan terhadap permasalahan remaja yang kian tunggang-langgang.

Keenam, diharap dengan kesatuan ini, akan menjadi satu force dan front yang akan menjadi badan pendesak atau penasihat kepada kerajaan dalam menyelesaikan masalah Islam di Malaysia. Maksud saya, menurut kaca mata anak muda.

Ketujuh, mereka akan menjadi penasihat agama kepada Gamis agar dengan itu keberkatan akan sentiasa mengiringi Gamis. Bahkan merekalah yang diharapkan dapat menyemai kekuatan ruhiyah kalangan ahli Gamis dan menjadi penegur dan penasihat.

Kelapan, saya ingin sekali mereka berasa lebih bertanggungjawab untuk menjadi solution terhadap permasalahan yang wujud. Maka dengan rasa tanggungjawab yang tinggi itulah akan menyuburkan gerakan anak muda Islam.

Kesembilan, saya ingin menimbulkan rasa gerun kepada musuh Islam. Betapa kalangan anak muda yang ada sekarang, mereka sudah bersedia untuk mengisi ruang keagamaan dan mendidik anak bangsa menjadi penganut Islam yang baik.

Kesepuluh, saya mahu mereka mengisi ruang kekosongan yang ada dalam gerakan ulama. Merekalah yang akan ke depan untuk memberikan press statement, pressure group secara profesional, membuat penulisan dan sebagainya.

Kesebelas, mereka yang akan menambahkan kekuatan gerakan Islam yang sedia ada. Bayangkan jika gerakan ulama mahasiswa yang biasanya agresif membantu gerakan yang lain, maka kekuatan itu bertambah layaknya bagaikan “nurun ‘ala nur”, atau cahaya atas cahaya.

Saya sudah menghubungi beberapa pimpinan besar kolej-kolej Islam dan merancang untuk mengadakan konvensyen bagi penubuhan gerakan baru ini. Saya terasa ingin mencadangkan Kedah sebagai tempat pertemuan kami. Ia pertemuan terbuka, bukannya tersembunyi. Semua bahkan seluruh negara boleh menyaksikannya. Saya tidak menyembunyikan rasa ingin memperjuangkan Islam daripada khayalak bahkan saya ingin menzahirkannya tanpa berselindung lagi.

Maka ketika itu, saya ingin melaungkan kepada mereka, kita tidak pentingkan nama mahupun jawatan, atau gelaran. Saya tidak langsung kisah jika ummah tidak mengenali siapa kita asalkan mereka mengenali Islam. Biarlah nama kita tidak tersohor di dunia asalkan malaikat menyanjung-nyanjung usaha kita. Biarlah kita tidak terkenal asalkan Islam yang terkenal.

“Kita akan menjadi akar kepada sebuah pokok. Orang hanya nampak buah tidak nampak akar. Namun akarlah yang mengukuhkan tunjang pokok”.


sumber: http://dzulkhairi.blogspot.com/

Read more...

Tuesday 12 May 2009

Pogram Matrikulasi Al-Azhar Kelam-Kabut?

Mulai sesi pengajian 2008/09, sistem pembelajaran Matrikulasi Al-Azhar sudah mula diperkenalkan. Ini adalah satu MOU yang telah diputuskan oleh pihak Universiti Al-Azhar yang diwakili oleh Dr Ahmed Taib (Rektor Al-Azhar) dan TYT Datuk Zainal Abidin Ab Kadir (Duta Besar Malaysia ke Kaherah).

Apakah wajar seorang Duta menandatangani MOU? Sedangkan pihak yang bertanggungjawab adalah Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pelajaran.

Sila baca laporan akhbar
di sini berkenaan mahasiswa Pra Al-Azhar ini.

Apa yang ingin dibincangkan adalah sejauhmana Kementerian Pelajaran mengambil serius program ini. Difahamkan bahawa program ini dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Pelajaran dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) tidak akan bertanggungjawab sama sekali kepada program ini dan ia merupakan bidang kuasa luar yang diperuntukkan.

Ada beberapa perkara yang masih kabur sehingga hari ini.

Pertama, mengapa sehingga hari ini semua pelajar Pra-Azhar ini tidak mendapat visa?

Kedua, di bawah pentadbiran manakah mahasiswa ini berurusan? Adakah dengan pihak pentadbiran Al-Azhar atau mereka yang berada di luar Al-Azhar?

Ketiga, mengapa program ini hanya tertumpu kepada mahasiswa daripada negara Malaysia?

Keempat, benarkah fail mahasiswa Pra-Azhar ini hilang di Azhar? Ke mana fail mereka?

Dikhabarkan bahawa program ini adalah ciptaan Tuan Yang Terutama Datuk Duta. Mahasiswa Pra-Azhar (Matrikulasi) ini datangnya daripada pelajar cemerlang SPM. Pelajar-pelajar ini dibiayai oleh Amanah Raya Berhad (ARB) dan segala kos ditanggung oleh pihak ARB.

Demi mencukupkan 'korum', selepas kedatangan mahasiswa seramai 24 orang ini (tajaan ARB) ke Mesir, TYT Duta telah 'mempromosi'kan program ini dengan menjemput mana-mana pelajar (lepasan STAM yang sudah berada di Mesir dan bakal masuk pengajian Ijazah) menyertai program ini dengan menawarkan pelbagai tawaran.

Akhirnya, baki mahasiswa yang tidak ditaja oleh ARB ini menyertai program ini. (Mereka sanggup tinggalkan Ijazah Sarjana Muda semata-mata mahu kembali jadi pelajar Matrikulasi)

Daripada pemerhatian kita, pelajar-pelajar ini dikatakan bakal ditempatkan di dalam Fakulti Ulum Islamiah selepas tamat setahun di dalam program Pra-Azhar ini. Namun, sehingga kini Fakulti Ulum Islamiah tersebut masih belum wujud dan adakah ia telah diluluskan oleh pentadbiran Universiti Al-Azhar pun masih lagi kabur.

Ini adalah dasar. Bagaimana sebuah fakulti mampu ditubuhkan secara tiba-tiba dan hanya melibatkan mahasiswa Malaysia? Adakah pentadbiran Al-Azhar akan menerima fakulti ini? Lihat sahaja bagaimana mudahnya Dr. Ahmed Taib (Rektor Al-Azhar) memansuhkan program Muadalah (Program Berkembar Al-Azhar) pada tahun yang lalu. Dan, ada kemungkinan selepas bertukarnya Rektor Al-Azhar pada masa mendatang, perkara yang sama akan berulang. Ya! Tidak mustahil.

Saya memohon pihak-pihak yang bertanggungjawab mengenalpasti masalah ini dan menyelesaikannya. Dikhabarkan bahawa TYT Datuk Duta akan menamatkan perkhidmatan sebagai Duta Besar beberapa hari lagi. Siapa pula yang akan mengganti? Jikalau Datuk Dusuki Ahmad selaku Pengerusi Amanah Raya Berhad mungkin tidak bermasalah kerana beliau akan 'mempertahankan' mahasiswa kita ini. Namun, jika pengganti beliau adalah datangnya daripada pihak lain, siapa yang bakal bertanggungjawab? Fikirkan.

Tambahan :

1. Pelajar cemerlang yang dihantar ke sini melalui program ini sudah tidak lena tidur memikirkan masa depan mereka.

2. Saya diminta menulis artikel ini untuk dibawa ke Parlimen.


sumber: Ustaz Syafiq Zulkifli (Mantan SU PMRAM)

Read more...

Monday 11 May 2009

NIZAR SUDAH KEMBALI


AllahuAkbar!!! pada 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi memutus Datuk Seri Nizar Jamaludin masih MB Perak yang sah. Serentak dengan itu diadakan ceramah sempena kemenangan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Selangor yang telah dihadiri lebih daripada 30 ribu penyokong pakatan rakyat.

Keputusan mahkamah itu berdasarkan bahawa Dato’ Seri Nizar hilang status apabila dia meletakkan jawatan dan sebagai menteri besar dan dilakukan undi tidak percaya ke atas Dato’ Seri Nizar.

Pada hari ini 12 Mei juga pihak BN akan mengemukakan rayuan dan mendakwa mereka mempunyai bukti yang kukuh berhubung dengan keabsahan kedudukan Menteri Besar mereka. Di Malaysia selepas Mahkamah tinggi membuat putusan, masih terdapat beberapa step lagi proses mahkamah untuk menggugat keabsahan Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan.

Serentak dengan itu juga pada hari ini seperti biasa melangkah kakinya ke SUK setelah 4 bulan di kudeta pemerintahan PR. Pada hari ini Dato Seri Nizar akan menemui Raja Nazrin meminta supaya dibubarkan DUN dan dikembalikan hak rakyat untuk memilih pimpinan mereka. Ini adalah solusi terbaik bagi menyelesaikan konflik politik di Perak. Jika diamati kronologi peristiwa konflik politik Perak ini, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid adalah key players utama yang mencetuskan suasana political imbroglio..

Read more...

Sunday 10 May 2009

HIDUP PEJUANG

Hidup pejuang bukan ditaburi permata

Bukan jua dipuji dan dipuja

Malah bukan jua berasa senang dan selesa

Lantaran pilihan hidupnya sebagai mujahid muda

Meletakkan maqasid umurnya pada sang pencipta

Masa pejuang diisi dengan zikrullah

Meskipun dalam penat lelah

Tetap terus beramal ibadah

Dan senantiasa menjaga ruhiyyah

Lalu dia menjadi pejuang yang kuat dan tabah

Dalam mengharungi segala mehnah

Dirinya terpancar Izzah

Lantaran keindahan kalam yang dimadah

Yang mampu mengubati hati yang gundah

Malah yang lalai dari Allah

Kembali ke jalan yang terarah

Akhlak pejuang sangat indah

Natijah mencontohi Rasulullah dan para sohabah

Tidak pernah merungut bila diarah

Malah sentiasa meletakkan tadhiyyah

Sebagai aplikasi berhemat

Ithar jua sentiasa disemat

Meskipun jua sekadar 'salamatus sadr'

Sedarlah wahai pejuang sekalian

"Tanggungjawab lebih banyak dari masa" yang diperuntukkan

Lantaran taklifan bukan tasyrifan

Ia amanah yang patut digenggam

Biar membara lestari memekar

Selamanya meletakkan jihad yang agung

Meletakkan Islam dipasak yang terunggul

Pasti kan terbina daulah Islamiyah yang syumul

Kerana Allah telah menjanjikan

Islam itu yang teragung

Dan tiada lebih tertinggi dan teragung

Melainkan Deenul Islam yang dijunjung

Moga ia akan terus tetap terbela

kerana itulah janji pencipta yang maha esa.

Read more...

Thursday 7 May 2009

TRANFORMASI PENDIDIKAN MALAYSIA MELALUI TRANSFORMASI POLITIK PENDIDIKAN

Dengan Kongres Pendidikan Nasional yang akan dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia. Diharapkan semua pihak dan elemen dapat memberi dokongan sepenuhnya kepada GAMIS sebagai platform gabungan suara dan resolusi untuk merejunavasikan semula pendidikan nasional. Yang selama ini dilihat kebelakangan ini muncul beberapa dampak effect negatif yang mendominasi anak bangsa ini.


Kelemahan pendidikan jika diamati secara kampung hanya guru dan sekolah sahaja yang menjadi subjek kesalahan. Persoalannya, adakah hanya sektor ini sahaja yang terdapat dalam lembaga pendidikan? Tentunya tidak, disebalik terdapat berbagai elemen pendidikan yang berfungsi memacu sistem pendidikan Negara. Tidak kiralah samada pemegang politik pendidikan, administrasi pendidikan (birokrat), guru atau pelajar.


Namun begitu, yang menjadi garis besar kepada sistem pendidikan ialah penekanan di dalam substansi pendidikan yang akan diterapkan kepada pelajar, adakah substansi itu mengajarkan nilai yang baik atau sebaliknya, atau hanya mengajar seputar akademik dan keperluan subjek tanpa menitikkan beratkan didikan akhlak dan nilai yang baik. Secara umum substansi yang telah ditetapkan oleh pengatur kebijakan atau politik pendidikan masih banyak rongak dan rompong. Intinya, nyata kelemahan pelajar era sekarang, contohnya peningkatan kes juvana, budak mafia, kelahiran anak luar nikah padahal masih dibangku sekolah lagi, kurang ajar terhadap ibu bapa apalagi guru, hedonisme, melakukan tindak jenayah yang membahayakan dan lain-lain lagi kes jenayah diiringi peningkatan kes dari masa ke semasa.


Kelemahan ini tampak kerana nilai substansi keislaman dan moral tidak diserapkan secara langsung. Meskipun terdapat J-Qaf, fardhu ain, pendidikan moral dan sebagainya. Jika ia diterapkan sekalipun, masih lagi belum memadai dan mencukupi.. Secara tidak langsung pelajar-pelajar telah terdidik dengan nasionalisme, anarkisme, sellfishme, admoralisme, ikhtilatisme, hedonisme dan lain-lain aneka lagi isme criminal yang lain. Inilah kebobrokan sistem pendidikan kolonial yang diwarisi, diberlakukan hanya semata-mata untuk membuat pengasingan antara substansi subjek agama dan akademik.


Potensi guru mestilah di ‘update’ kan dari masa ke semasa. Tidak hanya terpacu pada satu periode atau zaman sahaja. Guru adalah ibarat google. Google adalah pogram maklumat yang sentiasa di update dan sekali klik maklumat terpapar berjela-jela. Begitu juga guru sebagai aktualisasi intelektual. Tetapi, bagi melahirkan guru seperti google mestilah di mobilasi secara konsisten oleh kerajaan. Seperti pelatihan, pengembangan, pembekalan maklumat kepada guru melalui berbagai bentuk mekanisme dan lain-lain bagi meningkatkan kualiti guru sekaligus kualiti anak bangsa. Misi guru adalah misi kemajuan dan moralis. Namun di sinilah guru tersepit, mencari jalan keluar dicelah-celah polemik pendidikan yang masih tidak efektif sistem dan perlaksanaannya. Kadang sang pengatur dan pencatur yang berada di atas sering kali menyalahkan guru jika kualiti kurikulum, ko-kurikulum dan syakhsiyah pelajar berada di tahap yang minima. Walhal golongan politik pendidikan terus mengambil manfaat, kononnya melaksanakan projek untuk pembangunan pendidikan dan memajukan ekonomi demi kepentingan anak bangsa, serta projek J-Qaf yang dilakukan secara ala kadar (tujuan citra politik).. Dimanakah maruah pendidikan kita.. Setiap kebijakan dan putusan yang diambil, sangat sedikit menguntungkan anak bangsa, selebihnya....... faham-faham sendirila...


Terus, apakah solusinya.... Sepertinya bagai pungguk merindukan Musytari, menunggu dan terus menanti, padahal dengan bulan pun tidak bersua. Justeru itu, beberapa elemen dan segmen yang harus dibaiki termasuklah:

1. Menentukan semula dasar pendidikan negara sebelum ini kepada bentuk yang menerapkan nilai-nilai rabbani dan moral yang tinggi, mengambil kira keperluan moderat dan mengutamakan perpaduan nasional dan identiti kebangsaan.

2. Institusi pendidikan mestilah melahirkan guru yang kompeten serta berpotensi. Yang mencakupi dengan keperluan dasar dan trend global semasa. Serta tidak melakukan pencabulan terhadap hak-hak guru-guru.

3. Lengkapi fasiliti pendidikan tanpa mengira wajah politik atau kaum. Termasuk untuk update potensi guru dan memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak bangsa.

4. Beri peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk terus belajar dan berkarya disamping meningkatkan potensi mereka. Jangan disekat ruang demokrasi mereka asalkan mereka tidak melanggar etika dan prinsip Islam (etc: pembatalan MoU Al-Azhar).

5. Hindari rasuah, korupsi, kronisme dan nepotisme dan bermacam-macam lagi penyelewengan dalam penyelenggaraan administrasi atau membangun projek pendidikan. Dan dana kewangan haruslah digunakan secara efisien dan konsisten. Kebijakan yang diambil jangan sesekali merugikan anak bangsa. (etc; PPSMI)


Beberapa perkara di atas adalah beberapa penilaian saya berkenaan dengan sistem pendidikan negara. Bayangkan jika cadangan di atas dilaksanakan secara efektif, namun perihal negatif tetap akan berlaku dan bergelegar dikalangan pelajar dan sekeliling kita selagimana pihak kerajaan masih tidak menutup punca-punca berlakunya kejahatan, seperti unsur pornografi di television, diskotik, gejala mafia, dan lain-lain perkara yang menyumbangkan kepada kejahatan dan perlanggaran. Ketegasan undang-undang sangatlah dituntut.


Sejauh manakah sistem pendidikan negara yang berlaku kini mampu bertahan. Adakah pendidikan yang sedia ada ini mampu melahirkan dan membentuk landskap generasi dan pemimpin akan datang yang lebih berpotensi, berkeintelektualan, berdaya saing, aktualisasi dan fungsionalisasi sebagai sosial kontrol. Apa yang diharapkan, seolah-olah generasi akan datang muncul dan mampu memperbaiki kembali struktur politik dan sosial supaya tidak lagi berlaku seperti sekarang yang sedang mengalami kemerosotan dan kebobrokan akibat tangan-tangan yang celaka.


Oleh yang demikian itu, haruslah dibaiki kembali struktur yang dilihat cacat itu. Dan saya yakin kerajaan sangat bersungguh-sungguh meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan. Sesungguhnya demokrasi yang dilaung-laungkan selama ini tidak akan dapat berdiri sendiri melainkan jika rakyat dan masyarakatnya dibangunkan dengan kematangan toleransi, kematangan budaya, kematangan tradisi, kematangan karakter dan sikap serta beberapa aspek yang lain. Dan kesemua kematangan ini tidak dapat dibangunkan melainkan dengan kematangan pendidikan dikalangan rakyat dan masyarakat. Maka dengan itu sistem pendidikan haruslah direjunavensikan dengan sesungguhnya demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air...

Read more...