Saturday 28 February 2009

PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL-BANNA

Imam Hassan Al-Banna adalah diantara tokoh politik kontemporer yang benar-benar terliat dengan dunia politik secara real. Beliau juga telah menggagaskan politik rabbani. Yakni segala isi pemerintahan dengan berlandaskan ke[ada Al-Quran dan As-Sunnah. Politik beliau juga adalah politik dakwah. Peranan imam Hassan Al-Banna terhadap risalah ialah beliau menerangkan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah kepada manusia sebagai aqidah, syariat dan sistem hidup serta menghapuskan tafsiran penjajah terhadap Islam. Islam ala Amerika ialah Islam yang tidak terdapat siasah di dalamnya dan tidak terdapat jihad di dalamnya dan tidak terdapat pemerintahan di dalamnya.


Imam Hasan Al-Banna telah membangkitkan kesedaran politik dengan fiqh siasah. Bedasarkan fikrah inilah bangunnya gerakan jihad yang berpendapatbahawa Islam mengatur semua aspek kehidupan. Tidak dapat tidak mestikembali kepada berhukum dengan hukum Islam, menjadikan Islam sebagai teraju, memburu amerika dan kuasa kafir dari Negara umat Islam dan memerangi Islam ala Amerika dan semua kuasa kafir dari Negara umat Islam dan memberi kesedaran dan kefahaman siasah kepada seluruh umat Islam.


Konsep kerajaan Islam yang diutarakan oleh Imam Hassan Al-Banna adalah Kerajaan yang di dalamnya terdiri dari orang-orang Islam yang melaksanakan kewajipan Islam dan berterang-terang tidak melakukan maksiat. Ia melaksanakan hukum Islam serta ajaran-ajarannya.


Imam Hassan Al-Banna telah menyatakan bahawa berkerajaan dengan kerajaan Islam adalah sebahagian darei rukun Islam. Tetapi ia bukan fardhu seperti fardhu biasa. Pemikiran Imam Hassan Al-Banna juga bertentangan dengan pemikiran Ali Abdurraziq ketika itu yang memonopoli bahawa tidak ada hubungan Islam dengan pemerintahan. Dan turut ditegaskan di dalam risalahnya bahawa Islam yang lurus ini telah mewajibkan salah satu kaedah system social yang dicipta oleh manusia iaitu tidak mengiktiraf keserabutan (tidak berdisiplin) tidak membiarkan Islam tanpa pimpinan.

Imam Hassan Al-Banna telah menentukan kewajiban-kewajiban Negara Islam sebagaimana berikut;

i. Menjaga keamanan dan undang-undang Islam

ii. Memperkembangkan pendidikan Islam

iii. Menyediakan kekuatan

iv. Menyediakan kekuatan

v. Memelihara kesihatan

vi. Memelihara kemaslahatan umum

vii. Mempertingkatkan kewangan dan menjaga harta

viii. Memelihara Akhlak

ix. Menyebarkan dakwah

Kesemua kewajiban ini telah dditentukan oleh Imam Hassan Al-Banna dengan sebagaimana yang telah ditentukan oleh Al-Quran dan Hadis serta kitab Fiqh Siasah dari karangan ulama muktabar.

Dengan kewajiban ini juga. Kerajaan Islam tidak mempunyai hak setelah ia melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagaimana di atas. Menurut Imam Hassan Al-Banna “ Antara hak-hak kerajaan (setelah melaksanakan kewajiban) ialah wala’, ketaatan dan sokongan dengan jiwa dan raga. Jika terdapat penyelewengan dalam sesebuah kerajaan serta tidak mendengan nasihat Ahli Halli Wal Aqdi maka Imam Hassan Al-Banna berpendapat bahawa pemerintah itu harus digulingkan dan disingkirkan. Penggulingan dan penyingkiran memerlukan kepada kekuatan yang dapat memaksa pemimpin dan kerajaan melepaskan tangungjawabnya. Yang demikian itu tiada ketaatan kepada makhluk selain ketaatan kepada Allah.


Imam Hassan Al-Banna di dalam pendirian politiknya mengatakan bahawa “Pemerintahan di dalam kitab-kitab fiqh adalah perbahasan dari persoalan aqidah dan usul bukan dari persoalan fiqh dan hukum cawangan (furu’). Islam adalah hukum dan perlaksanaan, ia sepertimana perundangan serta pengajaran undang-undang serta kehakiman. Setiap satunya tidak dapat berpisah diantara satu sama lain”. Drengan kata lain bahawa barangsiapa yang tidak melaksanakan sebagaiaman yang telah diperintahkan maka seakan-akan mereka berada di dalam kelompok yang tidak beragama dengan maksud tidak tunduk dan tidak melaksanakan hukum secara luhur.


Kerajaan yang dilaksanakan itu oerlulah diubah secara menyeluruh dan reformasi itu perlulah dilakukan secara Inqilabiyyah. Kerana Imam As-Syahid Hassan Al-Banna berpendapat bahawa tiada kerajaan yang akan terbina di atas dasar jahiliyyah. Jika ini berlaku akan berlakulah penempelan dalam system penradbiran. Iaitu Islam hanya dilaksanakan sebagai lapik sahaja. Maka Imam Hassan Al-Banna berpendapat Kerjaan itu perlulah diubah dengan jalan yang selamat terlebih dahulu.


Mengenai perlantikkan wilayatul amri atau kuasa memilih ketua Negara adalah berlaku melalui berdasarkan aqad yang dipersetujui diantara umat dan pemerintah Akad ini berkait dengan beberapa syarat-syarat ialah berkenaan dengan kewajipan sebagai ketua Negara yang mentadbir urusan dalaman dan luaran umat, merealisasikan kemaslahatan umat Islam serta menghindarkan pembunuhan dari nyawa dan kehormatan mereka. Perkara yang paling penting ialah penegakkan hukum Islam dilakukan secara konsisten. Sebagai balasan ummah haruslah menumpukan seluruh ketaatan yang tiada berbelah bahagi kepada pemerintah dan kepala Negara.


Beliau juga berpandangan bahawa Ketua Negara boleh memilih seorang lelaki yang memiliki sifat-sifat dan syarat-syarat yang terdapat pada seorang ketua dan memberikan tugas kepadanya sehinggakan ia mempunyai tugas seumpama Ketua Negara, seperti perdana menteri. Namun hirarki seperti ini seperti sudah tidak diamalkan oleh Negara maju sekarang. Berlainan seperti Negara Komanwel yang diperintah oleh British seperti di Malaysia. Imam Hassan Al-Banna juga telah menyatakan keharusannya Wizarah Tafwidh (kementerian-kementerian) bagi membantu tugas-tugas ketua Negara. Kerana aatas kemampua Ketua Negara yang terbatas dan fuqaha juga telah mengharuskannya selagi mana mempunyai kemaslahatan. Kaedah yang bersesuaian ialah “Penjagaan Kemaslahatan Umum”.


Dalam soal Khilafah, Imam Hassan Al-Banna adalah antara orang yang sangat memikirkan soal ini. Di dalam fiqh siyasah Imam Hassan Al-Banna, Khilafah merupakan syiar Islam yang wajib difikirkan oleh orang-orang Islam tentangnya dan bagaimana hendak mengembalikannya. Tetapi bagi mengembalikan memakan masa yang lama dan memerlukan semangat jihad yang benar-benar jitu dan persediaan yang cukup rapid an banyak.. Menurut Beliau juga, pembinaan khalifah perlulah didahului dengan pembinaan kerajaan-kerajaan Islam di Negara-negara umat Islam. Ini dilakukan dengan setiap rakyat memilih kerajaan Islam yang memerintah dengan hukum Islam. Kemudian dieratkan perhubungan diantara kerajaan-kerajaan dan digabungkan di dalam satu Daulah Islamiyyah. Ia dinamakan “ Struktur Daulah Umat Islamiyyah”. (الكيان الدولي للأمة الإسلامية ( .


Bagi menuju mewujudkan cita khilafah Islam seperti di atas, maka Imam Hassan Al-Banna telah meletakkan beberapa unsur iaitu dengan dimulai dari:

i. Mengubah peribadi individu muslim

ii. Membentuk keluarga muslim

iii. Masyarakat muslim

iv. Pembebasan Negara dari kerajaan-kerajaan luar

v. Mengubah kerajaan

vi. Khilafah daulah Islam


Dan menurut pendiriaan Ikhwanul Muslimin sebuah fraksi politik pimpinan Imam Hassan Al-Banna bahawa Khilafah ialah symbol kepada penyatuan umat Islam dan manifestasi kepada hubungan antara umat-umat Islam... Khalifah pula merupakan paksi yang banyak hukum dalam agama Allah. Islam mewajibkan ke atas umat Islam supaya bersatu di bawah kepimpinan Imam atau ketua yang satu dan iaitulah ketua Daulah Islamiyyah. Ia mengharamkan kepada mereka perpecahan kepada Negara-negara, setiap Negara mempunyai Khalifah atau Imam dan Negara-negara yang bercakaran antara mereka. Allah telah mengharamkan pergaduhan kerana ia akan membawa kepada kekecewaan.


Imam Hassan Al-Banna berpendapat kerajaan di dalam Negara Islam tertegak di atas tiga kaedah teteap yang dimaklumi isitu asas-asa bagi system pemerintahan Islam iaitu:

i. Tanggungjawab pemerintahan dihadapan Allah dan manusia

ii. Kesatuan umat Islam atas dasar aqidah Islam

iii. Menghormati kehendak umat dengan mewajibkan bermesyuarat, mengambil pendapat dan menerima perintah dan larangan umat.


Apabila kaedah-kaedah ini telah mencukupi pada mana-mana Negara ia adalah Negara Islam biarpun apa bentuk dan namanya. Dan kaedah ini juga telah dilaksanakan semasa zaman Khulafa Ar-rasyidin. Seperti juga zaman Khilafah Uthmaniyah yang pemimpinnya menggunakan istilah imarah yakni Amirul Mukminin. Yang penting kaedah ini terlaksana di dalam Daulah Islamiyyah dan konsepnya jelas beserta namanya sebagai daulah Islamiyyah bukan daulah Jumhuriyyah (Republik) Daulah Malakiyyah (Monarki) atau sebagainya.


Di dalam mengatur perlembagaan, Imam Hassan Al-Banna telah menetapkan 20 asas kefahaman yang menyusun sistem pemeritahan serta sumbernya, ketua Negara serta kuasanya, kebeasan ilmu serta agama, kebebasan berpendapat, perbezaan ijtihad dan lain-lain serta dasar aqidah dan perundangan yang tertegaknya diatasnya jamaah dan Negara. Dan lain-lain.


Di dalam persoalan Ahlu Halli Wal Aqdi, Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan sebagaimana yang terdapat didalam kitab-kitab fiqh iaitu. Berdasarkan kepada pendapat para fuqaha Imama Hassan Al-Banna telah merumuskan sebagaimana cirri-ciri Ahlul Halli Wal Aqdi sebagaimana berikut:

i. Para fuqaha yang mujtahid yang diiktiraf pandangan-pandangan mereka di dalam fatwa dan pengeluaran hokum.

ii. Para pakar di dalam sector awam dan urusan umum.

iii. Merka juga mempunyai sifat kepimpinan atau menerajui manusia seperti ketua kampong, ketua kabilah dan ketua masyarakat, suku dan organisai.


Imam Hassan Al-Banna telah berpendapat mereka boleh dipilih melalui system pilihanraya yang dikaji yang meletakkan syarat-syarat serta sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh mereka yang dicalonkan..


Pada awalnya kondisi politik di Mesir, Imam Hassan Al-Banna memandang bahawa system pilihanraya tidak mempunyai legalitasi sisitem multi partai dalam syariah Islam dan kondisi pada ketka itu tiada kebebasan untuk berpendapat. Ini berdasarkan kepada isi ucapan Imam Hassan Al-Banna iaitu:

i. Menolak partai yang mempromosikan perpecahan dan menggunakan sgala cara untuk mencapai tujuan. Ini berdasarkan fenomena pada ketika itu.

ii. Hassan AAl-Banna melihat bahawa partai-partai yang berda di mesir ketika itu bukanlah seperti paratai yang berada dalam pengertian yang sebenarnya,melainkan partai itu adalah tidak lebih dari pertikaian peribadi yang terjadi diantara tokohnya untuk merebut kekuasasan dan menjadi wahana politisi.

iii. Hassan Al-Banna mengemukakan argument bahawa menurut pendiriannnya. Utusan dipilih dari umat seluruhnya untuk menuntut Inggeris meninggalkan Mesir dan menuntut kemerdekaan Mesir melalui dialog. Tujuan utama adalah usir Inggeris terlebih dahulu.

iv. Lebih baik dibubarkan partai-partai dan kemudian bergabung, bersatu dan sepakat dalam satupartai untuk memaksa Inggeris keluar dari Mesir.


Imam Hassan Al-Banna mengiktiraf system pilihanraya untuk melantik syura serta Ahlul Halli Wal Aqdi . Ia tidak bercanggah dengan kaedah Islam dan hokum-hukumnya bahkan bertepatan dengan konsep syura dalam skop yang lebih besar. Namun yang demikian itu dizaman Imam Hassan Al-Banna beliau telah melalui satu keadaan pilihanraya yang cukup tempang. Ini disebabkan pilihanraya tersebut tidak dapat mewakili suara kehendak rakyat. Selaras dengan itu Imam Hassan Al-Banna telah menyebutkan lima perkara yang menjadi syarat untuk dilakukan perubahan iaitu:

i) Calon parti mestilah mempunyai matlamat dan program yang jelas dan terperinci bagi membawa agenda aspirasi rakyat.

ii) Menetapkan batas dalam melakukan kempen serta tidak terdapat unsure pencelaan.

iii) Memperbaiki jadual pilhanraya dan menetapkan hari pembungan undi.

iv) Menetapkan hukuman yang berat terhadap penipuan dalam bentuk apa pun, begitu juga dengan rasuah.

Seruan yang dibuat ini juga menandakan bahawa pilihanraya yang dilakukan itu menjadikan proses pemilihan melalui piliharaya tu adalah wajib dan membuatkan bahawa betapa peri pentingnya proses pemilihan ini. Ia ibarat penentu kepada kedudukan manusia bagi mendapatkan kemaslahatan sesiapa yang mengendalikan perjalanan hidup manusia disesebuah kerajaan. Jika pilihanraya ini diboikot dan tidak turut mengundi ia akan membolehkan perwakilan itu tidak mewakili sebahagian besar manusia malah mereka pun tidak akan berusaha untuk melaksanakan kemaslahatan manusia.


Menurut Imama Hassan Al-Banna mengenai pendapatnya tentang minority non-muslim di dalam Negara dinilaikan di atas pendirian mereka terhadap orang-orang Islam. Jika mereka saling berdamai serta berjanji menepati kewajipan yang dikenankan kepada mereka dan tidak membantu musuh umat-umat Islam maka ketika itu diwajibkan umat Islam untuk berbuat baik kepada mereka, memperbaiki pergaulan dengan mereka, melindungi mereka dan member keamanan kepada nyawa, harta dan kehormatan mereka. Tetapi jika mereka melanggar serta mengkhianati perjanjian antara mereka dengan umat Islam, membunuh umat Islam dan dan cenderung kepada musuh Islam dan bersubahat dalam mengusir umat Islam dari tanah air, maka diharamkan bagi umat Islam member ruang kepada mereka sedikit pun. Jika umat Islam melakukannya bererti mereka telah mens=zalimi diri mereka sendiri dan telah mendedahkan diri meeka kepada kemuskaan Allah.


Dari aspek kerjasama dengan non-muslim. Imam Hassan Al-Banna menetapkan ianya adalah sebagai keharusan, walaubagaimanapun beliau berpendapat seharusnya meletakkan beberapa syarat iaitu:

i. Ketika darurat (terpaksa)

ii. Bukan jawatan-jawatan wilayah ammah (kepimpinan induk)


Maksud darurat adalah kemaslahatan yang melibatkan kehidupan manusia serta melaksanakan matlamat syarak dalam memelihara lima asas iaitu memelihara agama, jiwa, harta, keturunan dan akal manusia. Jika ketiadaan kemaslahatan ini atau sekatan keatasnya akan mengakibatkan tidak mungkin wujud dan mengakibatkan berlaku persengketaan, ancaman, keserabutan dan pembunuhan.. Dan jika Negara Islam amat memerlukan seseorang mengisi jawatan yang sagat penting sedangkan umat Islam tidak ada yang layak untuk mengisinya maka diharuskan bekerjasama atau kedudukan dan jawatan itu diisi oleh orang yang non-muslim kecuali wilayatul ammah.


Beliau juga menyebut mengenai pencerobohan yang dilakukan oleh pihak kuffar. Bahawa Negara Islam adalah satu, tidak terpisah antara satu sama lain. Penganiayaan ternadap lainnya adalh pencerobohan dan penganiayaan terhadap seluruhnya. Adalah kewajipan keatas umat Islam untuk melaksanakan dan memerangi Negara-negara yang menceroboh dan membebaskan Negara mereka dari cengkamannya. Bahawa Islam sangat tidak meredhai kebebasan dan kemerdekaan penganutnya dicabuli walau sedikitpun apatah lagi kekuasaan umat Islam dirampas. Islam juga mengisytiharkan jihad walapun melibatkan nyawa dan harta.


Antara matlamat Imam Hassan Al-Banna melalui Ikhwanul muslimin untuk menegakkan negra dan daulah Islamiyah adalah:

i. Matlamat Umum: Membebaskan dunia Islam dari mana-mana kuasa luar dan menegakkan Negara Islam.

ii. Matlamat Khusus: Membuat pembaharuan di dalam pendidikan, memerangi kemiskinan, kejahilan, penyakit, serta jenayah dan membentuk masyarakat mithali yang layak dinisbahkan dengan syariat Islam.


Beliau juga meletakkan beberapa wasilah dan cara untuk mencapai tujuan tersebut ialah: Iman yang mendalam, pembentukan yang teliti dan amalan yang berterusan. Matlamat dan waslah umum telah menimbulkan kemarahan kepada pemerintah Mesir, orang kafir dan para penjajah kuffar, kuncu-kuncu dan ejen meeka dinegara umat Islam. Ini menyebabkan mereka menentang dakwah dan meletakkan halangan-halangan sebagai usaha untuk menyekat dari usaha dan wasilah dari tercapainya matlamat tersebut.


Di sini imam Hassan Al-Banna telah sentiasa mengingatkan kepada para pejuang dakwah dan politik Islam supaya sentaisan bersiap dalam mengahadapi halangan tersebut. Beliau juga telah menyediakan beberapa siri-siri modul sebagai persiapan dalaman. Sebagai eksistesi mereka ke medan massa dan amal islami.


KESIMPULAN


Bagi mewujudkan kesatuan dunia yang diwujudkan adalah mesti dalan kerangka Ukhuwwah Islamiyyah. Idea dan asas ini dipegang oleh Hassan Al-Banna dengan mengacu kepada Universalitas Islam dan ajarannya ebagai ajaran penutup serta cakupan dominannya:


Perjalanan dunia menurutnya merupakn proses pembentukan komunitas umat manusia dalam kesatuan kemanusiaan. Dia juga memandang bahawa Islam tidak mengajak kepada kesatuan di dalam rangka Ukhuwwah Islamiyyah, melainkan menggariskan jalan operasional untuk mencapainya dalam dua dasar: pertama; Kesatuan manusia dari satu yang berasal dari seorang ayah dan ibu. Kedua: hubungan rabbaniyyah yang menjadikan umat manusia ini sebagai hamba Allah taala yang satu.


Justeru itu Imam Hassan Al-Banna mengambil kesimpulan dari itu semua bahawa hanya Islam sendirilah yang berpotensi dapat mewujudkan kesatuan umat manusia. Penekanan makna ini mempunyai erti yang besar khuunya pada masa setelah usai perang dunia kedua dimana organisasi internasional baru perserikatan-perserikatan antara bangsa tidak labih baik malah sama sahaja dengan sebelumnya.



[1] Dr. Mohd Abdul Qodir Abu Faris, Fiqh Siyasah Menurut Imam Hassan Al-Banna, Pustaka Syuhada Kuala Lumpur, cet 2000, hal 23

[2] Ibid hal 28

[3] Imam Hassan Al-Banna, Majmu’ Rasail, Beirut.

[4] Majmuah Rasail Hasan Al-Banna, Hassan Al-Banna, hal: 146,148, 326 Al-Muassasah Islamiyyah, Beirut 1983.

[5] Dr. Abdullah Mohd Khatib, Himpunan Risalah Ta’lim Imam Hassan Al-Banna, Pustaka Fajar, cet 4 2002, hal 112.

Read more...

Thursday 26 February 2009

PENGURUSAN ORGANISASI YANG BERKESAN


Pendahuluan



Urus : dikelolakan, diselenggarakan dengan baik dan teratur.

Pengurusan : perihal(kerja) mengurus sesuatu

Organisasi : kesatuan(susunan) yang terdiri drp bhgn-bhgn orang dlm pertubuhan untuk tujuan tertentu/kepentingan bersama

Berkesan : menimbulkan hasil, membawa kepada perkembangan, mendatangkan pengaruh kepada seseorang/golongan dari segi sikap, kecenderungan.


Kepentingan Organisasi



1. Memudahkan bergerak dan bekerja dengan lebih baik/berkesan dan mencapai kejayaan.

  1. Mewujudkan suasana yang kondusif dengan adanya rangkaian persaudaraan dan saling menolong.
  2. Memudahkan komunikasi melalui perjumpaan, mesyuarat, arahan dan sebagainya.
  3. Memastikan kesinambungan dan gerak kerja yang berterusan.


Asas Pengurusan Organisasi yang Berkesan


Pengurus yang berkesan/kualiti unggul seorang pengurus:

1. Pengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap peranan dan tanggungjawab yang dipikul.

2. Kemahiran tertentu bagi melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

3. Nilai, sikap dan keperibadian yang wajib dihayati dan diamalkan.


Pengurusan strategik ialah :

1. Menentu dan menjelaskan visi dan misi organisasi kepada ahli dan bukan ahli.

2. Menganalisis kekuatan dan kelemahan organisasi.

3. Menjelaskan objektif yang hendak dicapai.

4. Membentuk strategi dan program.

5. Menyusun pelan tindakan.

Intipati kepada pengurusan strategik;

1. Kefahaman

2. Komunikasi

3. Komitmen



Tuntutan Kejayaan Organisasi



  1. Merasakan organisasi adalah tanggungjawab bukan kemulian.
  2. Semua kerja bersifat “team work”/ amal jamaie /berkumpulan.
  3. Pembahagian tugas, perancangan dan strategi yang rapi/teratur/kemas.
  4. Mengamalkan sifat ukhuwwah/persaudaraan dan terbuka memberi teguran dan menerima teguran yang membina(nasihat-menasihati).
  5. Tumpuan,keikhlasan dan pengorbanan yang tinggi dalam menjalankan tugas.
  6. Ketaatan dan kepatuhan yan tinggi kepada pimpinan.keputusan mesyuarat.
  7. Kepercayaan kepada kepimpinan dan kepimpinan perlu arif, adil dan bijaksana.
  8. Bergerak atas landasan tugas supaya tiada tindanan kerja.
  9. Sistem penghargaan/disiplin wujud dalam organisasi.


Penyakit-penyakit/Amalan Negatif Dalam Organisasi



  1. Anggap tugas memajukan organisasi adalah terletak atas bahu pimpinan sahaja.
  2. Anggapan bahawa mesyuarat/perjumpaan adalah medan mengkritik pimpinan.
  3. Suka menangguhkan kerja/lambat bertindak kerana anggap kerja dan tugas tidak penting.
  4. Menghadiri mesyuarat dengan kepala kosong/tidak bersedia memberi pendapat/idea.
  5. Mesyuarat memakan masa yang panjang tanpa keputusan konkrit.
  6. Presiden, Setiausaha dan Bendahari tidak berfungsi dan gagal menggerakkan exco dan ahli.
  7. AJK tidak mempunyai tanggungjawab yang khusus dan gagal berfungsi/memahami tugas.
  8. Keputusan mesyuarat tidak dipatuhi dan dilaksanakan. Program tidak dikaji keberkesanan dan tiada “follow up”
  9. Kebanyakan tugas mesyuarat terbeban ke atas satu pihak sahaja seperti Setiausaha/Presiden dan exco sahaja.
  10. Tiada ketaatan dan kepatuhan kepada pimpinan.
  11. Menggunakan jawatan untuk bermegah-megah atau bukan atas dasar amanah.


Kesimpulan



1. Berorganisasi di peringkat sekolah merupakan satu pendidikan/tarbiyyah amali dalam mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Adalah tidak wajar menganggap melibatkan diri dalam organisasi di peringkat sekolah hanya untuk “suka-suka” atau “main-main”.

2. Kepimpinan masa hadapan lahir pada hari ini. Setiap orang dilahirkan sebagai pemimpin dan darjah kepimpinan seseorang berbeza. Bakat kepimpinan perlu disemai, diasuh , dan dipupuk untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkarisma. Sekolah adalah medan terbaik untuk melahirkan pemimpin.

3. Jika tidak mampu menjadi pemimpin yang wibawa, jadilah pengikut yang setia.


Read more...

Tuesday 24 February 2009

MAHASISWA DALAM MENYONGSONG PRK 3 BUKIT DAN 1 BATANG AI


Di dalam memacu gelombang kebangkitan mahasiswa, seharusnya mahasiswa kini lebih progresif dalam memperjuangkan dan memperbetulkan beberapa isu-isu publik dan politik negara yang sedang di dalam bobrok sekarang. Dengan berlatar belakangkan polemik yang melanda di negara yang telah banyak menghakis kedaulatan rakyat, termasuk perlecehan institusi demokrasi dan hak asasi manusia… Bagi memelihara demokrasi yang hilang ini, mahasiswa seharusnya berperan sebagai pendesak atau pemangkin kepada perjuangan politik nilai mahasiswa. Disamping berfungsi sebagai agent of change atau kerajaan kedua setelah kerajaan Malaysia, mahasiswa hendaklah menjadi guru kepada rakyat bagi mengembalikan wibawa bangsa dan Negara Malaysia dan mengajarkan kepada rakyat bahawa demokrasi itu sangat mencerdaskan jika dilaksanakan dengan damai. Keadilan harus ditegakkan dan kezaliman mestilah diperangi walau dengan apa cara sekalipun. Kerana bangsa pemerintah tidak pernah mengenal bahasa rakyat.

Di dalam menyongsong PRK 3 bukit dan 1 Batang Ai (Bukit Lanjan, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai) Mahasiswa membawa misi sebagai social control yang bersifat independent. Komited memerangi hegemoni kerajaan tirani tanpa bias kepada parti-parti yang tertentu. Berikut adalah beberapa saranan kepada mahasiswa dalam menyongsong PRK 3 bukit;


i. Memberikan pendidikan politik kepada masyarakat apakah sebenarnya erti memilih pemimpin.. Dan membawa massa seiring dengan ruang lingkup pendidikan politik kepada masyarakat.

ii. Menyediakan forum terbuka, diskusi dan debat terbuka yang mempertemukan antara candidate atau calon bagi membangun opini public, seperti apakah pemimpin yang harus mereka pilih.

iii. Menganjurkan manifesto, janji-janji, kontrak politik daripada calon-calon serta turut bersama-sama rakyat semasa dan selepas PRK dalam menuntut kontrak politik yang telah dijanjikan oleh calon. Tindakan berani dan agresif haruslah dilakukan jika calon yang telah mendapat kerusi membelakangkan kontrak tersebut..

iv. Membentuk ketumbukan sebagai badan pengawas pilihanraya yang lebih efektif.

v. Sebagai agent pemerhati dan penguatkuasa undang-undang. Ini jelas bahawa tiada kelompok yang dapat mengerti tentang bahasa undang2 melainkan golongan mahasiswa.Hal ini sangatlah signifikan supaya perlaksanaan pilihanraya berjalan sesuai dengan kehendak undang-undang yang sedia ada (no more korupsi).

vi. Mengevaluasi prestasi candidate yang bertanding. Adakah candidate tersebut mempunyai rekod hitam yang akan mengugat hak dan kewajiban rakyat serta berpotensi untuk menyeleweng dari seandainya terpilih.



Begitulah saranan bahawa mahasiswa, disamping meningkatkan kualiti tarbiyah dan mutu akademik di kampus. Kecerdasan mahasiswa sangat diperlukan dalam bergelumang dengan rakyat dan terus menerus menentang kezaliman dan komited dalam melakukan perubahan, pembangunan dan memodernisasikan segenap sektor dan lapangan. Kita harus optimis bahawa, kerana hari mendatang adalah hari kita. Kerana negarawan yang ideal adalah negarawan yang lahir dari kalangan mahasiswa… Bak kata Ellen Balke “ Jika anda ingin mengubah masa depan, anda perlulah bekerja masa sekarang” - Know Your Self,

Read more...

Saturday 21 February 2009

ASEAN... OHH... ASEAN....

Sidang kemuncak Asean yang akan diadakan di Thailand pada 27 Mac ini mengundang beberapa perbahasan pokok yang berlegar antaranya kestabilan ekonomi, keamanan nasional, social budaya dan politik.


Namun adakah pakatan ASEAN ini dilihat cukup matang dalam melaksanakan Visi dan Misi meskipun berbagai resolusi yang tertuang setiap kali deklarasi. Adakah ASEAN mempunyai kedaulatan yang tersendiri sedangkan institusi asean dilihat sangat terbatas dan langka dalam mengatur pelbagai rentak dan mengatasi masalah. Untuk menyejuk hati, boleh dikatakan ASEAN adalah sebagai medan untuk kesepaduan antara Negara jiran se-Asia Tenggara bagi menghasilkan strategi bersama untuk melaksanakan deklarasi tersebut.


Menurut Banyu Perwita, Pensyarah Ilmu Hubungan Internasional Universiti Katolik Bandung.. Beliau mengatakan bahawa dalam dunia yang multisektor dan global sekarang ini memerlukan penyelesaian secara kolektif amat diperlukan yang melibatkan kesemua fungsi negara di dalam pakatan ASEAN… Dalam hal ini juga, cabaran dan ancaman Asean dapat diklasifikasikan kepada beberapa ancaman:


Pertama; Ancaman ekonomi dan social termasuk garis kemiskinan, penyakit menular, akses makanan. Hal ini tergambar dengan krirsis selsema burung dan isu pencegahan asap akibat kebakaran hutan di beberapa Negara ASEAN.


Kedua; Konflik antaranegara (interstate conflict) di Negara-negara Asia Tenggara. Walaupun perkara ini tidak menjadi isu yang besar tetapi bukan bermakna isu ini hilang dan lenyap begitu sahaja. Kerana banyak hal isu perbatasan tidak diselesaikan dengan tuntas seperti perebutan Batu Putih, blok Ambalat dan blok Ligitan dan lain-lain yang mengundang sentimen kedaulatan Negara masing-masing.


Ketiga; Konflik dalam Negara (intrastate conflict) yang berlaku didalam Negara anggota ASEAN seperti yang berlaku di Selatan Thailand, pencabulan demokrasi di Myanmar dan MILF yang menggugat pemerintah Filipina.


Keempat; Penyebaran senjata biology, nuclear dan kimia. Meskipun ancaman ini adalah yang terkecil, namun ancaman inilah yang menjadi contoh bagi Negara ASEAN yang sedang berlaku di Negara-negara luar, yang mengakibatkan ketegangan antara negara dan berlanjutan sehingga kini.


Kelima; Ancaman terrorisme yang mendapat tumpuan jelingan dari Negara dunia bahawa kawasan ASEAN adalah lubuk biaknya terroris internasional. Meskipun bukan…. Forum ASEAN inilah solusi untuk menangkis dan mencegah anasir terrorisme.


Keenam; Ancaman seperti dilalui oleh Negara-negara lain iaitu ancaman dadah narkotik antarabangsa serta ancaman perdagangan manusia yang sedang berkembang di beberapa Negara ASEAN.


Selain dari pada perkara di atas, krisis kemanusiaan di Kemboja dan di Rohingya menjadi ujian buat ASEAN.. Adakah ASEAN dapat menganjurkan paket keamanan kepada Negara dalaman Asean sendiri seperti Myanmar. Sedangkan banayk isu kemanusiaan yang berlaku sebelm ini masih belum diselesaikan dengan tuntas. Inikan pula sidang kemuncak ASEAN dianjurkan oleh Negara Thailand, mungkin boleh jadi mahu membuka mata Negara ASEAN bahawa Thailand adalah Negara krisis yang tidak berkunjung padam bermula dengan rampasan kuasa oleh tentera, gelombang kuning yang menakluki airport Thailand sebelum ini sehingga krisis di Selatan Thailand… Boleh jadi krisis di Thailand adalah contoh rujukan terdekat yang solid bagi perbincangan isu keamanan ASEAN ini..


Sememangnya ASEAN tidak pernah tulus dalam setiap caturan misi dan strateginya untuk ASEAN sendiri, kerana hegemoni dan anasir luar sering berkunjung tandang ke Negara-negara ASEAN. Belum pun sidang kemuncak ASEAN bermula Setiausaha Agung ASEAN sudah menerima lawatan dan kunjungan dari Hillary Clinton. Si Hillary dengan smart power-nya cuba mewujudkan persepsi dunia bahawa AS adalah Negara yang “mendengar”. Sedangkan sangat nyata bahawa kunjungan awal Menteri Luar AS itu ke Asia adalah bertujuan untuk memperbaiki citra AS yang mencatat sejarah terburuk sebelum ini. Selain isu terrorisme, disamping itu lawatan ke Asia juga bertujuan untuk menjajah seluruh negara Asia dengan manawarkan paket ekonomi BSA (Bilateral Swap Agreement) yang merupakan simbolik tipu daya dari mereka kononnya hendak menyelamatkan negara-negara Asia dari krisis kewangan dan ekonomi dunia.


Oleh itu, ASEAN haruslah di eveluasi kembali rekod kerja sebelum ini. Semaunya ASEAN perlulah mencari jalan keluar yang tersendiri dengan lebih berani dalam menyelesaikan permasalahan yang mengikat dan menghambat kredibiliti dan institusi ASEAN ini. Kegagalan ASEAN dalam menjawab dan menyelesaikan isu, maka akan member kesan dan effect kepada sosok ASEAN sendiri sebagai institusi yang berkredibiliti. Ini perlu bagi mengembalikan wibawa ASEAN sebagai sebuah institusi yang berpengaruh..

Read more...

Tuesday 17 February 2009

UKHUWWAH ISLAMIYYAH


Muqaddimah

”Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha kuasa lagi Maha bijaksana."(al-Anfal: 63)

Ukhuwwah yang dibina mestilah berlandaskan keikhlasan kerana Allah SWT

  1. Ukhuwwah yang dibina berlandaskan keikhlasan adalah bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.
  2. Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan mengenai soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong. Malaikat itu bertanya, "Ke mana kamu hendak pergi?" Jawab lelaki itu, "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini." Malaikat itu bertanya lagi, "Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?" Lelaki itu menjawab, "Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah." Kemudian malaikat itu pun berkata," Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana kamu menyintai sahabatmu kerana-Nya."

Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT

  1. Seseorang Muslim itu mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya. Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan Baginda yang bermaksud:
  2. "Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi , mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakal orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut)."
  3. (Muttafaq 'Alaih)

Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam.

  1. Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhuwwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah SWT sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian atau masalah mesti dirujuk kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Sebagaimana sabda Badinda di dalam hadisnya yang bermaksud;
  2. "Dan dua orang lelaki yang berkasih-sayang kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya."
  3. Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak akan berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesame mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka mereka berkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.

Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati.

  1. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surah al-Asr:
  2. "Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramala soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan juga kesabaran (di atas kepahitan kebenaran).

Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong-menolong samada dalam susah atau senang.

  1. Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang teramat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah SAW dan juga para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesame mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi tidak kira dalam masa Nabi berada di Mekah mahupun tatkala Islam berkuasa di Madinah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
  2. "Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya terasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya."(Muttafaq 'Alaih)

Hak-hak Ukhuwwah

a. Memberi salam

b. Menjawab salam

c. Menziarahi sahabat yang sakit

d. Mengiringi jenazah

e. Memenuhi undangan

f. Mendoakan sahabat ketika bersin

g. Menolong mereka yang dizalimi

h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan

i. Menolong mereka yang kesusahan

Read more...

Sunday 15 February 2009

FIQH DUSTURY DAN MALY: KAITANNYA DENGAN IMPLIMENTASI POLITIK MASA KINI

Di dalam sesebuah komuniti masyarakat terdapat satu organisasi struktur yang mengelola sesebuah kehidupan masyarakat. Bernula dari sekecilnya-kecilnya sehingga kepada terjadinya organsasi pada sebuah pembentukan Negara. Negara adalah sebuah Organisasi yang tertinggi diantara satu kelompok masyarakat yang mempunyai cita-cita untuk bersatu, hidup di dalam daerah tertentu dan mempunyai daerah yang berdaulat. Juga bertujuan untuk memperluaskan kekuasaan, menyelenggara ketertiban hukum dan yang terutama sekali adalah untuk mencapai kesejahteraan umum. Demkian berbeza pula dengan asas dan tujuan utama yang mnjadi matalamt terhadap pemerintahan Islam ataupun Siyasah Syariyyah iaitu Mentadabbur urusan ummat dengan manusia sesuai dengan aturan syara’.


Di dalam Siyasah Syraiyyah terdapat beberapa elemen pembahagian yang menjadi skop dan asas pemerintahan iaitu:

i. Siyasah Dusturiyah

ii. Siyasah Dawliyah

iii. Siyasah Maaliyah


Skop Fiqh Dustury adalah berkaitan permasalahan yang menyentuh tentang hubungan di antara pemimpin di satu pihak dan rakyatnya dipihak yang lain serta kelembagaan-kelembagaan yang terdapat di dalam masyarakat. Oleh kerana itu Fiqh dustury hanya dibatasi dengan perbahasan disekitar hak-hak kewajiban warganegara, bentu-bentu Negara, pengaturan, dan perundangan-undangan, yang dituntut oleh hal ehwal kenegaraan, dari segi penyesuaian dengan prinsip-prinsip agama dan merupakan realisasi kEmaslahatan manusia dengan memenuhi keperluannya.


Fiqh dustury juga mencakupi beberapa beberapa persoalan iaitu yang mencakupi Imamah, hak dan kewajiban, Rakyat dan statusnya, Baiat, Wilayatul Ahdi, Perwakilan, Ahlul Halli Wal-Aqdi, Wuzarah dan Diwaniyah. Keseluruhan persoalan diatas tidak terlepas daripada pokok asal iaitu, pertama, dalil kulliy yang dari Al-Quran dan Hadis yang menyentuh tentang aturan pemerintahan dan maqasidu syraiyyah ummah yang tidak akan berubah walaupun masyarakat itu mengalami perubahan. Yang kedua, aturan-aturan yang dapat berubah kerana perubahan situasi dan kondisi termasuk di dalam hasil ijtihad para ulama dan pemeritah meskipun tidak seluruhnya.


dalam Fiqh Maliyah di dalam siayasah Maliyah ialah membahas pengaturan-pengaturan sumber-sumber kewangan Negara serta pengelolaan dan pengelurannya. Di dala Fiqh Maliyaah ini juga pengaturan juga berorientasikan kepada dalil-dalil yang kully dan auran kemaslahatan rakyat.


Di dalam Fiqh Maliyah terdapat 3 faktor hubungan Maliayah iaitu rakyat, harta, pemerintah dan kekuasaan. Fiqh Maliyah juga mencakupi beberapa elemen iaitu Prinsip pengurusan harta, Tanggungjawab dan Keadilan social, Hak milik, Zakat / Baitulmal, Al-Kharaj, JIzyah, Ghonimah dan Fay’, Harta Wakaf, Bon cukai barang import.


Sebagaimana yang diketahui, di dalam Negara ada 2 kelompok besar iaitu orang kaya dan miskin. DI dalam Fiqh Maliyah juga mengurus dan membicarakan bagaimana untuk mengharmoni kedua-dua kelompok ini. Supaya jarak antara kedua-dua kelompok ini tidak semakin lebar.


Keterkaitan Antara Fiqh Dustury Dan Fiqh Maaly


Perlaksanaan Fiqh Maaly sangat terkait dengan Fiqh Dustury, kerana yang menentukan dan menetapkan sisi portfolio tugas bagi sektor kewangan adalah Ahlul Halli Wal Aqdi. Kerana ianya melibatkan soal perbendaharaan Negara.Kebijakan ekonomi atau Maaly adalah sangat mempengaruhi distribusi kekayaan ddan pendapatan ekonomi seebuah masyarakat atau Negara. Kerana ia mencerminkan keputusan yang dibuat oleh pemerintah dalam konteks keperlembagaan dan keputusan Ahlul Halli Wal-Aqdi Keputusan ini juga sesuai dibuat dengan kehendak umum, kepentingan elit yang memerintah dan edoman dan batasan yang ditetapkan oleh struktur perlembagaan.


Peranan dari pemerintah dapat dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Pengarahan secara langsung bererti pemerintah mengharuskan para pengusaha pangusaha untuk melakuakn kebijakan tertentu seperti dikaukan system perencanaan ekonomi secara terpusat. Pengarahan secara tidak langsung ialah kerjaan tidak mewajibkan atau tidak melarang kegiatan tertentu. Namun kebijakanyang dibuat dan dilaksanakan akan mempengaruhi pola kegiatan ekonomi yang dilaksanakan oleh swasta. Proses produksi, distribusi, dan konsumsi dilandasi oleh aspek keimanan dan moral serta dijabarkan di dalam aturan hukum syarie agar ada keadilan dan kepastian.


Pemerintah juga secara langsung dapat dilakukan dengan empat bentuk kebijakan ekonomi, iaitu kebijakan anggaran Penerimaan dan Pengeluaran Negara (fiscal policy), Kebijakan perbankan (Monetery Policy) dan pengkreditan,kebijakan perdagangan dan rezim devisa, dan kebijakan investasi modal asing dalam negeri. Apabila salah satu dari keempat-empat kebijakan ini mengalami masalah, maka hamper keseluruhan system ekonomi di dalam Negara itu mengalami kemacetan.


Demikian yang paling penting ialah ke mana akan di produksikan dan kemana wang keuntungan itu akan diolah utntuk kepentingan rakyat. Ahlul Halli Wal Aqdi juga trut mengawasi perjalanan wang tersebut supaya proses tersebut sangat menepati garis hukum syara.


Implementasi Dengan Politik Masa Kini


Seperti di atas. Fiqh dustury juga mencakupi beberapa beberapa persoalan iaitu yang mencakupi Imamah, hak dan kewajiban, Rakyat dan statusnya, Baiat, Wilayatul Ahdi, Perwakilan, Ahlul Halli Wal-Aqdi, Wuzarah dan Diwaniyah. Tetapi cakupan di atas adalah beberapa komponen asas yang ada dalam sesebuah Negara. Seperti system Syura pada masa ini di ubah kepada perlaksanaan system demokrasi.


Walaupun negara-negara Islam masa kini mengamalkan bentuk pemerintahan yang berbeza-beza tidak seperti zaman khilafah Islamiyyah dahulu.. Tetapi tidak ada negara-negara Islam yang dasarnya implementasi dan bertunjang kepada hukum Islam secara menyeluruh.


Menurut beberapa ulama seperti Abdul Wahab Khallaf, Islam memberi kebebasan kepada ummatnya untuk memilih dan menentukan sendiri bentuk pemerintahan yang diinginkan asalkan tidak bertentang dengan kehendak syarak dan tidak menyimpang dari prinsip-prinsip keadilan yang telah diatur oleh syariat. Pandangan Hussein Haikal juga sama seperti Abdul Wahab Khallaf, iaituIslam tidak menetapkan pemerintahn tertentu tetapi Islam menetapkan prinsip-prinsip bagi pemerintahan yang berkembang di dalam sejarah. Begitu juga menurut Muhammad Abduh Islam juga tidak menetapkan bentuk pemerintahan tetapi hal ini perlulah bersesuaian dengan kehendak umat melalui proses Ijtihad. Pemerintah dan rakyat mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam memelihara dasar-dasar agama dan menafsirkannya selama hal itu tidak bertentangan dengan dasar-dasar agama.


Dalam sruktur pemerintahan, salah satu aspek pemerintahan dan dasar dalam pemerintahan adalah pembahagian bidang-bidang kuasa negara iaitu Sultah Tasyri’iyah (lembaga legislatif), Sultah Tanfiziyah (lembaga eksekutif) dan Sultah Qadai’yah (lembaga yudikatif) . Kesemua lembaga yang dinyatakan tadi dipilih oleh rakyat secara langsung melalui pemilihanraya Umum (PEMILU) kecuali lembaga Qadai’yah yang dipilih melalui suara parlimen atau Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR). MPR dinisbahkan sebagai Ahlul Halli Wal Aqdi atas kapasitinya dalam memandu dan meluruskan setiap kebijakan pemerintah atau presiden. Namun MPR tidak mempunyai kuasa untuk sebagaimana Ahlul Halli Wal Aqdi dalam wilayatul ahdi atau memilih dan mengangkat kepala negara. Malah pengangkatan MPR juga adalah melalui system demokrasi yang diadun dari kuffar dan ahli MPR itu tidak diiktiraf kualiti keintelektualannya dan ketokohan dalam agama dan masyarakat. Lebih-lebih lagi ideologi kebanyakan partai adalah berideologikan Rukun Negara (Malaysia) dan Pancasila (Indonesia). Dasar negara bukannya bertunjang kepada agama Islam sebagai manhajul hayah.


Sistem Jabatan dan Kementerian atau Wuzara sangat dipraktikkan kini. Namun perlaksanaannya sangat langka dan terbatas dalam menjalankan perintah syariat Islam. Pengangkatan jabatan yang berdasarkan kepada perbedaan status social adalah sanagt berbeda dengan teori syariah Islam. Islam memandang bahawa manusia memiliki hak yang sama (egaliter) untuk menjadi seorang pejabat. Perlantikkan dalam Jabatan dan kementerian lebih pada pertimbangan kompetensi dan kesungguhan (Integris), amanah dan memiliki sikap yang adil. Untuk itu status social, golongan , kelompok partai, keturunan atau unsur lain tidak memiliki pengaruh dalam pemilihan pejabat pada sesebuah negara muslim. Realitinya proses setiap pemilihan setiap kementerian adalah melalui peratus kemenangan setiap partai. Jika sesebuah partai itu mendapat 50 persen suara maka ramailah kabinet kerajaan atau pemerintah itu terdiri dari kelompok partai tersebut. Yang menjadi permasalahan adalah benarkah mereka tulus bertugas di kabinet? Mengapa semakin banyak demontrasi,tetapi quality good governance masih ditahap yang stagnant dan minimal? Malah, kadar korupsi yang semakin meningkat dan seolah-olah tiada kaedah pemberantasan dan perlaksanaan hukum yang dilihat tidak efektif. Malah konsep trias politica dari sudut Tanfiz Qadaiyah juga terdapat banyak campurtangan dari golongan elit bagi melepaskan diri dari sebarang tindakan hukum. Kuasa HAM lebih utama didaulatkan berbanding dengan hukum Islam.


Pengimplementasian fiqh Dustury di dalam politik masa kini sangatlah menjauh walaupun terdapat beberapa kemiripan. Faktornya adalah berpunca dari konstitusi yang secular dan sangat mirip kepada system kuffar. Disamping itu juga, Bhineka Tunggal Eka menjadi Identitas Nasional bukannya kesatuan ummah yang dijadikan sebagai asas kesepaduan dan kepersatuanan. Menurut pendapat Ibnu Taimiyah adanya kekuasaan dalam mengatur hidup manusia merupakan kewajiban agama yang paling besar, kerana tanpa kekuasaan negara maka agama tidak akan berdiri tegak.


Begitu juga perlaksanaan Fiqh Maaly dalam pengimplementasian masa kini yang konvensional dan sangat konkrit dengan kezaliman. Cengkaman riba yang sangat zalim serta membebankan masyarakat. Disamping itu juga, terdapat ketirisan dan kebocoran subsidi dan dana rakyat juga berlaku ketika wang itu telah diputuskan hanya untuk rakyat dan kebajikan rakyat. Perlaksanaan secara Islami pula adalah berkisar tentang pungutan zakat sahaja. Itupun hanya dikalangan orang yang tertentu sahaja yang melunaskannya.


Gejala ini jga berlaku akibat daripada proses transparensi yang sangat tidak berkesan. Peranan legislative juga seolah-olah hanyalah sebagai boneka. Jika itu menguntungkan bagi sisi legislative tersebut, maka hanya didiamkan sahaja. Seperti perlantikkan Gubernur Bank Negara Indonesia yang mempunyai unsur korupsi yang melibatkan hampir keseluruhan legislatif terlibat dalam korupsi untuk bertakhta di jawatan ini. Apakah ada lagi badan atau sultah yang lebih kebal daripada MPR. Mungkin juga setaraf dengan Ahlul Halli Wal Aqdi sebagaimana yang dilaksanakan sewaktu zaman khulafa Ar-Rasyidin dahulu. Bicara soal ekonomi adalah bicara soal keselamatan negara, jika ekonomi semakin merudum dan perdagangan luar semakin berkurangan, produksi semakin tidak memberangsangkan serta struktur kewangan yang terumbang ambing. Maka disaat itu rakyat akan mengalami kesusahan, kebuluran, kelaparan dan lain-lain lagi. Industri dan tenaga kerja banyak yang menganggur. Maka hal ini akan menyebabkan kebangkitan rakyat dan konflik dalaman yang akan mengakibatkan impak dan negatif yang sangat besar.


Kesimpulan


Sesungguhnya Islam telah menetapkan sisi pemerintahan yang sangat komprehensif dan sangat kontemporer. Islamlah yang sangat menjaga kebajikan rakyat dan memandu setiap moral sektor dan sisi pemerintah bedasarkan dalil-dalil dan nas yang kulliy.. Tinggal kita hany menagitkan dengan sisi kemaslahatan ummah dan pandangan ulama. Natijahnya, negara dan daulah yang didirikan itu menjadi Baldatun Taiyibatun Wa Rabbul Ghafur dan daulah tersebut terus merintis kepada pembinaan dan pembentukan khilafah Islamiyyah.. Wallahualam..




Sumber:

Imam Mawardi, Al-Ahkaamu Sulthaniyyah..

Dede Rosyada, Civic Education, Demokrasi , Hak Asasi Manusia dan Masyarakat Madani Tim ICC UIN Jakarta, Pernada Media cet 2005.

Prof. H.A Dzajuli M.A, Fiqh Siyasah Implementasi Kemaslahatan Umat dalam Rambu-Rambu Syariah, Prenada Media, cet 1 2000.

Ensiklopedia Tematis Dunia Islam

Prof. H.A Dzajuli M.A, Fiqh Siyasah Implementasi Kemaslahatan Umat dalam Rambu-Rambu Syariah, Prenada Media, cet 1 2000

Ramlan Surbakti, Memahami Ilmu Politik, PT Grasindo, cet keempat 1999,

Read more...