Sunday 30 November 2008

HALAQAH DAN USRAH

Tidak ramai yang memahami bahawa HALAQAH dan USRAH itu satu kepentingan dalam tarbiah Islamiah. Apa yang pasti ia merupakan komponen asas dan nadi dalam perjuangan Islam. Tanpa USRAH lunturlah komitmen dan semangat cintakan Islam dikalangan individu muslim. Justeru itu USRAH bukan sahaja medan ilmu semata-mata malah ia merangkumi proses pentarbiyyahan individu yang berperanan besar dalam membentuk acuan peribadi muslim yang sebenar sebagai hamba dan khalifah Allah Taala.

USRAH membawa pengertian dalam bahasa arab yang bermaksud keluarga, yang mana merupakan satu kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka yang memahami ajaran Islam dan melaksanakan amal Islami sebagai menyahut seruan Allah SWT.

Usrah akan melahirkan ukhuwwah mantap min Ribatil Aqidah

Imam Hassan Al- Banna menggariskan 3 rukun USRAH sebagai panduan. Pertamanya Taaruf, berkenalan dan berkasih sayang dengan semangat cintakan agama Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bererti “ orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan juga membiarkannya”. Keduanya, Tafahum iaitu saling bersefahaman sesama ahli usrah dalam beramal dan bertindak terhadap sesuatu perkara apabila wujudnya persefahaman maka segala nasihat menasihati perkara yang baik akan membuahkan kasih sayang antara ahli usrah dan perasaan syak wasangka hilang dan hasad dengki akan terhindar. Dan ketiganya, Takaful iatu wujudnya perasaan tolong menolong dan bantu membantu di kalangan ahli usrah dan masyarakat sekelilingnya. Dasar takaful ini merupakan tunjang iman dan intipati ukhuwah sejati.

. Secara amnya, dalam USRAH ini dapat menghidupkan budaya nasihat-menasihati sesama ahli disamping dapat mengasah kebolehan mereka dalam memberi pandangan dan idea ketika di dalam komuniti usrah serta melahirkan mereka yang mempunyai ilmu yang tepat dan sahih, memahami fikrah dan matlamat perjuangan dan sanggup berkorban. Melalui proses ini juga, USRAH dilihat berperanan besar dalam mendominasikan biah solehah di kampus. Sebagaimana yang kita ketahui kampus adalah tempat persinggahan untuk mengutip mutiara ilmu dan pengalaman. Maka di sini menuntut generasi mahasiswa supaya sentiasa bersedia dengan disiplin ilmu yang diceburi disamping melengkapkan diri dengan pelbagai soft skills seperti problem solving, communication skills dan charismatics. Tambahan pula kita sebagai ulama muda harus lebih berperanan sebagai duta penyelamat dan kasih sayang kepada masyarakat dan selalu menjadikan diri kita sentiasa terpanggil untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat tidak kira kecil atau besar sumbangan tersebut. Inilah yang patut di impikan oleh semua mata rantai pejuang Islam.

Konklusinya, dapat di rungkaikan di sini bahawa ,USRAH memberi suatu kepentingan kepada kita bahawa pentingnya kita mengadakan dan mengikuti USRAH. Dengan USRAH dapat memupuk rasa kasih sayang dan kemesraan kerana agama Allah berdiri di atas Ribatil Imanukhuwwah. Ia juga mendidik hati-hati mereka yang bersama dalam USRAH supaya menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap ajaran Islam yang bermula dari diri, keluarga dan masyarakat sehinggalah mengunjur kepada pembinaan daulah disamping dapat mengukuhkan ukhuwwah Islamiah. Melalui USRAHlah dapat melahirkan generasi insan yang mempunyai ilmu yang bermanfaat, Aqidah yang sejahtera, kuat fizikalnya, baik akhlaknya, berilmu, sahih ibadahnya, menjaga waktu, persaudaraan Islam yang kukuh dan mantap, hidupnya bermanfaat untuk orang lain serta Istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah Taala. Tanamkan azam dalam diri kita untuk sama- sama berada di bawah keredhaan Allah dalam menelusuri dan mengharungi medan dakwah ini untuk kita mendapat kebahagiaan dan keberkatan hidup dari Nya. Ayuh!!!!!!! bangkitkan semangat bermujahadah dalam diri semua insan demi untuk memartabatkan Islam di muka bumi ini.


Read more...

Thursday 20 November 2008

BATAL MOU, PM DIGESA SIASAT KEDUTAAN

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) -Pemuda PAS Pusat mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar menjalankan siasatan terhadap Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang gagal mengambil tindakan menyampaikan surat rayuan pembatalan MoU bersama Universiti Al-Azhar.

Dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Dato' Ahmad Yaakob yang berjanji akan membawakannya kepada Abdullah.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi berkata pihaknya menggesa Perdana Menteri menyemak kembali integriti Kedutaan Malaysia di Mesir setelah difahamkan terdapat surat yang dihantar Abdullah bagi menarik semula keputusan pembatalan perjanjian kerajaan Malaysia dengan universiti tertua di dunia itu.

"Ia merupakan harapan semua IPT yang dibatalkan MoUnya agar disambung semula, kerana ia adalah masa depan pendidikan Islam secara amnya di Malaysia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Namun, berdasarkan maklumat yang diterima Azman, pihak kedutaan tidak menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diberikan Abdullah dengan tidak menyerahkan surat tersebut kepada pihak Al-Azhar.

"Setakat ini, kami mendapat maklumat bahawa pihak kedutaan tidak mengambil sebarang tindakan yakni tidak menyerahkan surat tersebut kepada kedutaan Malaysia di Kaherah.

Pihaknya juga curiga dengan keengganan Kedutaan Malaysia Mesir yang diketuai oleh Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir dalam mempermudahkan urusan penghantaran pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke Mesir.

"Kita mendapat maklumat yang sahih mengenai tindakan pihak kedutaan mendedahkan sikap mereka yang tidak membantu proses muadalah ini diteruskan - tetapi ianya tidak dapat disebarkan atas sebab keselamatan.

"Ini secara tidak langsung akan mengorbankan masa depan pelajar pengajian Islam yang ingin melanjutkan pengajian di sana malah peruntukan pendidikan yang diperolehi juga tidak setanding dengan pelajar jurusan lain," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pelajar jurusan selain pengajian Islam tidak menghadapi tekanan mengenai kemasukan ke universiti tersebut.

"Yang hairannya, hanya pelajar yang menuntut jurusan pengajian Islam sahaja yang terpaksa berdepan dengan kerenah dan masalah seumpama ini. seddangkan pelajar perubatan dan lain-lain tidak pula menghadapinya," katanya lagi.

Menurutnya juga, sebelum ini Pemuda PAS telah mengambil inisiatif dengan menghantar wakil mereka bertemu pihak pengurusan Universiti Al-Azhar bagi memperhalusi isu sebenar di sebalik pembatalan MoU tersebut.

Memorandum mendesak kerajaan Malaysia campurtangan terhadap isu penarikan keputusan pembatalan MoU oleh Universiti Al-Azhar tersebut diserahkan rombongan pemuda PAS pada 20 November lalu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Ia ditandatangani oleh kira-kira 25 organisasi mahasiswa dan Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat dengan program muadalah ini.

Turut serta mengikuti majlis serahan tersebut Setiausaha Pemuda, Ahmad Sabki Yusuf; Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamarulzaman Mohamed dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Helmyzan. - mks._



http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18005&Itemid=1

Read more...

Wednesday 19 November 2008

BUAT SAHABAT2 PEJUANG 07/08; SELAMAT BERMUKTAMAR....

SEUSAI PANSIUN / SESUDAH TURUN


Dentum-Dentam, kalut malut, kucar lanar, cacar marba, punah ranah kesemuanya sudah tempuhi,

Tiada apapun istilah di atas yang tidak dijuarai,

Sehinggakan ada dikalangan kita menjadi tokoh kepimpinan yang trampil identiti ,

dan kredibiliti kesemuanya adalah sangat mengkagumkan sekali.

Sesudah turun

apakah pedoman yang akan diambil?

Meskipun dengan perancangan dan gerak kerja yang terpencil?

Tahukah kita bahawa ilmu dan pengalaman digarap adalah untuk dicerap,

pada masa yang akan kita hadap.

NAMUN

apakah realiti yang sudah kita persiap,

Adakah kegagalan sebelum ini hanya sekadar untuk ditatap,

tidak mahu mobilize bagi memperbaiki yang sudah silap,

susah payah as-sabiquuna awwalun mentarbiyah dan menggilap,

semata-mata untuk melahirkan figure-figure yang akan tetap,


NAMUN

adakah SESUDAH TURUN,

kita akan menjadi generasi yang lenyap,

Mutasaqit, Futur, paroxial dan Mahasiswa lelap,

Yang hanya tahu menyorokkan sikap, pulak tu berlapik kononnya inilah urbanisasi dan transformasi landskap,

Ohhh!!! begini rupanya zaman yang berlalu dahulu,

Mahasiswa memekik retorik,

Sudah tu pulak, tidak malu dengan rakyat yang berjiwa praktik,

Beginilah hakikat; Gerakan dakwah rancak dianalitik, tapi movement yang statik,

Beliefe it or not, beliefe itttt...


BANGKITLAH WAHAI PEJUANG BIAH SOLEHAH

Sampai bila kita hendak menjadi pemimpin pada program oriented,

Bahkan yang perlu adalah pemimpin berqudwah, istiqamah dan Komited,

Benarlah sang pujangga yang bermadah,

Ibarat bermulut Naga dan berhati seperti Monyet,

Amukan yang aktif tapi hangit,

rupanya otak kosong yang tak tahu bila nak bangkit,

Malah sering juga membenarkan situasi berpolemik,

Kontradiksi: Gerakan Dakwah Mahasiswa; Di antara Ketuanan Kondisi, Ketulusan Qiadi, Penaakulan Waqi’ie dan Pengunjuran Ahli....


INGATLAH SAHABAT

Kita berjuang untuk redha Allah di dunia dan akhirat,

Cergas kita, tuhan tidak akan rasa untung manfaat,

Lesu kita deenul Islam tetap akan hebat,

Benarlah kata Dr Yusoff Al-Qardhawi; Hampir-hampir Islam terbinasa disebabkan tangan orang yang baik

Ataupun

Maaza Khosiral A’lam Fii Inkhitaatil Muslimin


Ingatlah!!! Walau Dimanapun Kita Bermula Tetapi Di mana Kita Akan Berakhir......

Semoga Ana, Nahnu, Hum Dan Antum Terus Thabat dan Istiqamah.....



" TARBIYAH MEMPERKASA MAHASISWA DINAMIS "



Read more...

Friday 14 November 2008

Siri I: POLITIK PENDIDIKAN

Salam bersua kembali.. kali ini kita diskusikan topik politik pendidikan.. Huraian ini menyentuh dalam aspek yang umum terlebih dahulu.. Dan akan terus disiarkan secara bersiri. Itupun tergantung kepada kondisi saya.. Kalau diulas secara ringkas buku yang ditulis oleh M. Sirozi berjudul Political Eucation. Awal lagi telah memberikan perbezaan yang sangat ketara diantara Administrasi pendidikan dan Politik Pendidikan.. Kerana management pendidikan adalah lebih cenderung kepada aspek pengurusan dan pembinaan pedagogi pendidikan. Sedangkan politik pendidikan adalah tenteng tujuan pendidikan dan relasi, devisi dan cara untuk mencapai tujuan tersebut..

Sebagai contoh terdekat.. Kajian politik pendidikan adalah dapat memberikan pemahaman yang lebih baik tentang kaitan antara keperluan politik Negara dan pemerintahan kerajaan dengan isu sehari-hari di sekolah, kuliah, dan tempat pembelajaran; tentang reproduksi struktur dan kesedaran dalam kelas; tentang berbagai bentuk dominasi dan subordinasi yang sedang dibangun dan dibangun kembali melalui jalur pendidikan; dan tentang bagaimana perkembangan dan suatu hegemoni seperti penampilan sejarah ketamaduanan dan peradaban yang masa dahulu, lalu turut serta diperbandingkan contoh dan konsep pemerintahnnya dengan masa kini... Berbeza dengan administrasi.. Hanya melibatkan sektor dan bahagian akademik secara teori semata-mata, dan penekanan subjek itu juga tidak real dalam suasana politik semasa…

Subjek dan sukatan ini sangat berkembang di Negara-negara barat dengan setiap permasalahan dan isu sering diwacanakandan diresolusikan sebagai kebijakan praktis golongan muda. Meskipun begitu, sebenarnya sebenarnya dunia Islam telah terlebih dahulu memulakannya sebagai contoh penglibatan Khalifah Harun Ar-Rasyid dalam mengangkat bidang pendidikan dan keilmuan dalam penekanannya terhadap materi pendidikan politik dan tatakenegaraan pada waktu ketika itu. Dan sememangnya inilah pendekatan yang sepatutnya dilakukan oleh institusi pendidikan kini, bagi membina generasi yang berwibawa serta mampu berfikir seluas dunia sedangkan jasadnya hanya di kampus.. Sememangnya materi dan pendedahan ini masih belum dilaksanakan secara holistik biarpun berbagai transformasi yang pendidikan telah dilancarkan.. Namun kualiti graduasi tidak menampakkan keberadaannya adalah sebagai insan kelas pertama… Disebabkan sekatan maklumat dan kongkongan intelek sering dilaksanakan, peluang pengajian sering disekat, hak bersuara dimatikan, ugutan biasiswa dan penarikan balik pengiktirafan serta berbagai-bagai lagi jenayah intelektual yang sering dilakukan. Mana mungkin berlaku kelas pertama jika minda rakyat berada dalam kongkongan…

Menurut Dr. Syukri Zarkasyi, faktor kebobrokan dan kebejatan nilai bangsa ini terjadi adalah kerana kegagalan membentuk character building, membangun mental dan membangun watak. Ini kerana adalah penekanan jalur pendidikan yang berada di tahap yang sangat minimal. Kerana selain penumpuan akademik, maka faktor aplikasi dan asahan softskill haruslah diberi penekanan yang maksima. Character Building atau Fanniyah semuanya seharusnya dilakukan semasa dalam suasana di dunia pendidikan. Kerana pendidikan adalah suatu proses pendidikan politik yang tertinggi. Maka dengan itu, para generasi seharusnya diberi pendedahan seluas-luasnya dan dipersiapkan semaksimal yang mungkin bagi mewarisi Negara dengan wibawa…

Kerana salah satu inovasi dari pendidikan dan politik, kerana pendidikan meletakkan cita-cita, semangat dan harapan terhadap peribadi. Bak kata Dato Seri Najib “Sistem pendidikan kita mesti berubah, paradigmanya mesti diubah jika ingin menghadapi cabaran dunia yang lebih mencabar pada masa depan”. Nah, baki lagi kita perlu menyerapkan nilai kependidikan dan kepolitikkan kita selaras dan selari dengan Islam.. Dan fungsi utama natijah dan konklusi dalam pendidikan politik adalah merubah jahiliyah kepada makhluk yang berilmu pengetahuan dan tamaiyuz ((تحويل الجهالة إلى المعرفة.. Kemudian merubah ilmu pengetahuan itu menjadi sebuah fikrah (pola fikir) ((تحويل المعرفة إلى الفكرة. Seterusnya daripada sebuah fikrah, konsep dan pola berfikir merubah menjadi sebuah amal dan aktiviti dan haraki ( ( تحويل الفكرة إلى الحركة . Merubah sebuah ketumbukan kesedaran amal islami menjadi buah kejayaan dan hasil ( ( تحويل الحركة إلى النتيجة.Dan yang terakhir adalah memenetapkan tujuan dan kemenangan adalah untuk redha Allah taala (تحميل النتيجة إلى المرضات الله) Inilah step dan basic yang perlu ada dalam minda setiap generasi yang sayangkan Islam dan cintakan perjuangan amar makruf nahi munkar..

Mudah-mudahan setiap langkah dan perjuangan kita sentiasa thabat dan istiqamah serta diredhai oleh Allah taala...

Read more...

Tuesday 11 November 2008

Keamanan di bumi Palestin: Bolehkah Barack Hussein Obama di harapkan?

Kemenangan Obama sebagai President AS yang ke 44 memang telah dijangkakan.

Bagi majority penduduk AS, Obama merupakan harapan baru untuk mereka. Mereka yakin Obama mampu memulihkan kembali pemerintahan kerajaan AS yang rosak di bawah pimpinan George W Bush yang lebih berminat untuk berperang daripada menyelesaikan masalah dalaman AS . Mereka juga yakin Obama mampu memulih kembali ekonomi AS yang sedang tenat. Obama yang mempunyai latarbelakang pelbagai seperti campuran antara bangsa berkulit putih dan hitam, mempunyai bapa yang beragama Islam dari Kenya, dan pernah menetap di beberapa tempat yang berbeza termasuk di Indonesia membuatkan beliau menjadi seorang President AS yang diminati oleh ramai penduduk dunia malah ramai menaruh harapan agar beliau boleh membawa keamanan kepada dunia.

Sepertimana yang selalu dikatakan oleh George W Bush dan beberapa pemimpin lain dunia bahawa apa yang berlaku di bumi Palestin akan memberi kesan kepada keamanan dunia. Oleh itu selain dari memulihkan pemerintahan dan ekonomi AS, Obama sebagai seorang pemimpin yang memimpin sebuah kuasa besar dunia mempunyai tugas berat dan penting iaitu memastikan keamanan di bumi Palestin. Tetapi adakah Obama boleh diharapkan melakukan tugas ini atau beliau seperti George W Bush sekadar menjadi kuda tunggangan rejim Zionis?

Peringkat awal pemilihan untuk pencalunan sebagai President AS, Obama sudah mula dibayangi dengan pengaruh rejim Zionis melalui pelobi-pelobi Yahudi seperti AIPAC.

Pada 5 Jun 2008 sejurus beliau mengalahkan Hilary Clinton dan diumumkan sebagai calun partai Demokrat untuk President AS, hampir secara otomatis beliau pergi menemui beratus-ratus ahli AIPAC di dalam sebuah persidangan anjuran AIPAC. Pertemuan ini amat penting bagi beliau kerana di kalangan pemimpin dan rakyat Israel beliau bukanlah calun pilihan mereka untuk menjadi Presiden AS. Majoriti rakyat Israel memilih John Mc Cain sebagai calun untuk menjadi President. Menyedari pengaruh pelobi –pelobi Yahudi seperti AIPAC dalam percaturan politk di AS, persidangan AIPAC ini merupakan peluang yang amat berharga bagi beliau untuk menjelaskan pandangan beliau terhadap hubungan Israel-AS. Sebarang kesilapan dalam menjelaskan polisi yang akan diambil oleh beliau dalam hubungan AS-Israel ini boleh membawa padah hatta beliau boleh kecundang dalam perjuangan untuk menjadi President AS yang berkulit hitam pertama dalam sejarah AS.

" Any agreement with the Palestinian people must preserve Israel's identity as a Jewish state, with secure, recognized, defensible borders. And Jerusalem will remain the capital of Israel and must remain undivided."

Inilah ucapan yang dibuat oleh Obama dalam persidangan AIPAC ini. Mungkin terlalu terdesak untuk memenangi hati pemimpin dan rakyat Israel termasuklah pelobi-pelobi Yahudi diAS, beliau telah membuat satu ucapan yang dianggap oleh banyak pihak sebagai terlalu "berlebihan" . Membicara isu Jerusalem sebagai hak mutlak Yahudi merupakan satu perkara yang amat sensitive dibumi Palestin hatta Ehud Olmert (perdana Menteri Israel ketika itu), George Bush malah Mahmud Abbas pun tidak berani dan berhati –hati dalam membuat kenyataan seperti ini kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keamanan di bumi Palestin yang sedang bergolak itu.

Namun begitu dengan ucapan ini dan angin perubahan yang kuat di kalangan rakyat AS supaya pemerintahan AS ala George W Bush dan partai Republikan ditamatkan, Obama mula mendapat tempat di hati rakyat AS berbangsa Yahudi dan rakyat Israel. Melalui kajian yang dilakukan oleh "American Jewish Committee" bahawa peratusan pengundi AS yang berbangsa Yahudi yang akan mengundi Obama berbanding dengan John Mc Cain adalah antara julat 57-30 peratus. Oleh itu kemenangan Obama seterusnya bagaikan boleh dijangka, ini disebabkan beberapa negeri di AS orang Yahudi adalah kuasa penentu.

Bagaimana cepatnya Obama cuba mendapatkan sokongan pelobi Yahudi untuk membantu beliau dalam pemilihan Presiden AS selepas dilantik sebagai calun Demokrat untuk bertanding calun Pressident AS, begitulah cepatnya juga beliau melantik Rahm Emanuel kedalam pentadbirannya sebagai "Chief of Staff di rumah putih (White House) iaitu sebaik saja beliau memenangi kerusi President AS.

Siapakah Rahm Emanuel? Beliau yang disebut sebagai "friend of Israel" oleh rakyat Israel, merupakan seorang Yahudi yang kuat pegangan Yahudinya. Bapanya merupakan seorang penganas dari kumpulan Irgun yang bertanggungjawap terhadap pembunuhan beratus-ratus penduduk Palestin sekitar tahun 1948 semasa penubuhan negara haram Israel. Beliau pernah berkhidmat sebagai relawan di dalam pasukan tentera Israel semasa perak teluk sekitar tahun 1991. Beliau merupakan pembuat dasar dan polisi dalam hubungan Israel/AS semasa pemerintahan Bill Clinton.

Dengan perlantikan Rahm Emanuel ini, pemerintahan Obama di Rumah Putih akan mula diwarnai dengan pengaruh-pengaruh Yahudi yang sudah tentu akan memastikan apa saja dasar atau polisi yang bakal diambil dalam hubungan Israel/AS ataupun hubungan luar yang lain akan menguntung rejim Zionis dan Israel sepertimana yang selalu diperjuangkan oleh pelobi-pelobi Yahudi seperti AIPAC dan kumpulan pelobi Yahudi yang lain.

Oleh itu walaupun sekarang Obama sudah bergelar President AS, namun beliau mungkin tidak berani untuk mempertikaikan bantuan ekonomi yang diberi oleh kerajaan AS kepada negara Israel (tanpa ada perjanjian yang jelas) yang hampir mencecah USD 4.3 billion setiap tahun (walaupun Israel sekarang ini merupakan negara yang pendapatannya yang tertinggi di timur tengah). Selanjutnya Obama mungkin juga tidak berani mempertikaikan tindakan rejim Zionis yang cuba "mengyahdudikan" kota suci Baitulmaqdis kerana tindakan rejim Zionis ini selari dengan apa yang diucapkan oleh beliau semasa persidang AIPAC pada 5 Jun yang lalu iaitu: "And Jerusalem will remain the capital of Israel and must remain undivided."

Menepati apa yang diucapkan oleh beliau juga semasa persidang AIPAC (seperti yang diatas), Obama juga akan membiarkan saja rejim Zionis merampas hak rakyat Palestin dalam usaha mereka membina penempatan untuk pendatang Yahudi di Israel. Obama juga terpaksa mencari formula yang lain bagi mengantikan formula "two state solution" seperti diperjuangkan oleh George Bush bagi menjaga hati rejim Zionis dan orang Yahudi. Semua ini terpaksa dilakukan oleh Obama bagi memastikan pemerintahan beliau terus disokong oleh pelobi-pelobi Yahudi di AS yang mana pengaruh mereka senantiasa memcengkam "White House" sepertimana yang berlaku kepada George Bush dan President-president AS yang lalu. Ataupun Obama sanggup dan berani menerima segala kemungkinan akan berlaku sekiranya beliau engkar kepada kumpulan Yahudi ini.

Semua ini menyebabkan Obama tidak boleh diharap untuk membawa keamanan di bumi Palestin dan seterusnya didunia terutama sekali di negara-negara yang menjadi musuh rejim Zionis seperti Iran, Iraq, Syria dan selatan Lebanon (Hezbullah).

Walaupun dalam keadaan dimana Obama mungkin berkeras juga mahu menukar dasar atau polisi hubungan AS-Israel yang sedia-ada, ianya juga hampir mustahil untuk dilakukan kerana pengaruh kuat Yahudi di "Capitol Hill" dan dia sendiri juga di kelilingi dengan penasihat –penasihat dari dari rakyat AS yang berbangsa Yahudi. Perkara ini disebut sendiri oleh Eran Lerman, Pengarah jawatan kuasa untuk "Israel and Middle East Office of the American Jewish":

"To do that, he is going to need to go to Capitol Hill and build coalitions. And coalition- building in Washington is good for Israel because Israel has many friends on the Hill who could be expected to link one issue to the next."

Benarlah apa yang dikatakan oleh Fawzi Barhoun jurucakap Hamas di Gaza, bahwa tiada perbezaan di antara Barack Hussein Obama dan Jon Mc Cain dalam isu yang berkaitan dengan Palestin. Kedua-duanya menyokong polisi kependudukan Israel (baca: merampas hak rakyat Palestin). Kedua-duanya tidak mempunyai kuasa dan upaya untuk membawa keamanan di bumi Palestin kerana mereka akan terus dibayangi dengan pengaruh rejim Zionis dan orang Yahudi yang lain.

Rakyat AS mungkin telah berjaya membawa satu perubahan politik dimana perjuangan politik di AS tidak lagi diasaskan di atas ketuanan bangsa yang berkulit putih tetapi diasaskan diatas kepentingan negara dan rakyat AS, namun begitu secara sedar ataupun tidak percaturan politik di AS masih lagi kuat dipengaruhi oleh rejim Zionis dan kumpulan pelobi-pelobi yang Yahudi yang mempunyai aspirasi yang berbeza dengan rakyat AS.

Bagi rejim Zionis yang penting bukan negara dan rakyat AS tetapi kelangsungan negara Israel and orang Yahudi itu sendiri. Mereka sanggup membuat apa saja demi kepentingan Israel dan orang Yahudi. Banyak teori, fakta dan bukti yang menunjukkan perkara ini berlaku tetapi cukup kita katakan bahawa rejim Zionis bagaikan tumbunhan parasit yang melekatkan disebuah pokok yang subur , ia akan menghisap segala sumber makanan dari pokok ini sehingga pokok ini terkulai layu. Begitulah juga empayar AS, ia akan jatuh terkulai-layu akibat perbuatan Yahudi sekiranya rakyat AS yang lain tidak bangun bagi membebaskan diri dan negara mereka dari cengkaman rejim Zionis dan Yahudi.

Begitu juga keamanan di Palestin dan dunia umumnya tidak akan dapat dikecapi sekiranya umat Islam tidak bangun dari lena yang panjang. Umat Islamlah sebenarnya sebagai penyelamat kepada dunia bukan Obama atupun Amerika Syarikat.

fwd: Megat S Ibrahim (PACE)

posting: zulfaqar_iirsyadie85@yahoo.com

Read more...

Monday 10 November 2008

INNALILLAHI WAINNA ILAHI RAJI'UN; SNAPSHOT SEPANJANG PENGEBUMIAN MUJAHID


Trio mujahid Ali Ghufron, Imam Samudera dan Amrozi




wajah mulia mujahid





wasiat Amrozi




wasiat Ali Ghufron@Mukhlas






sepanjang pengebumian Imam Samudera






ribuan hadirin hadir sepanjang pengebumian Imam Samudera





wajah terakhir Imam Samudera

Read more...

Friday 7 November 2008


"Jadilah sumber ilmu, pelita yang memberi petunjuk, penghuni setia di rumah,pelita penyuluh hidayah,hati-hati yang sentiasa segar, berbaju lusuh, kamu kenali penghuni langit, tetapi tidak dikenali oleh penghuni bumi.." -Ibnu Mas'ud-

Read more...

Wednesday 5 November 2008

OBAMA MENANG ?

Calon presiden partai Demokrat Barack Obama mencatat sejarah menjadi presiden kulit hitam pertama AS semalam.. Kunci kemenangan Obama atas John McCain dari partai Republik adalah menguasai sejumlah negara bagian yang menjadi medan pertempuran termasuk di Ohio dan Pennsylvania. Selama ini tidak pernah ada presiden dari Republik yang kalah di Ohio.

Menurut sumber berita AS Associated Press, Obama memastikan kemenangan dengan perolehan sementara 349 electoral votes. Itu jauh melebihi 270 electoral votes yang dibutuhkan untuk memenangkan pemilu AS.
Sementara itu, McCain baru meraih 147 electoral votes berkat keunggulan di negara-negara bagian yang biasa dimenangkan Republik. Termasuk Texas, wilayah South, Midwest, dan kawasan Rocky Mountain.

Sebagai perbandingan, George W Bush memenangkan kerusi presiden dua kali namun tidak pernah meraih lebih 286 electoral votes.

Electoral college terdiri atas 538 orang dari 50 negara bagian yang komposisinya sesuai jumlah perwakilan negara bagian di Kongres AS (435 anggota DPR AS/House of Representatives dan 100 anggota Senat). Washington DC, daerah ibu kota, yang tidak memiliki perwakilan di Kongres AS, diberi 3 electoral votes, jumlah minimal yang dimiliki negara bagian terkecil. Untuk menjadi presiden AS, parti dan calon itu haruslah mengumpulkan setidaknya 270 electoral vote.

Menurut Pengerusi Pengarah Pusat Reformasi Sistem Pilihan Raya (CERI), Dr Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif semasa mengulas kemenangan Obama berkata, petanda kemenangannya dapat dilihat daripada kemenangan awal yang dicapai di dua buah kampung iaitu New Hampshire yang majoritinya adalah penduduk berkulit putih. Kerana dengan kemenangan di dua kampong ini adalah penanda aras awal bagi kemenangan mana-mana calon Presiden”

Pemilihan kali ini telah menggunakan system e-voting dan online. Sisitem ini juga dikatakan tidak mencacatkan perjalanan pilihanraya yag sedang dilansungkan . Undi rosak juga merupakan hanya 10 peratus yang disebabkan masalah teknikal. Dan peratus pengundian pada kali ini adalah berkemungkinan sebanyak 100%...

Perlu diingat… Walau siapapun Presiden yang dipilih, backround dan latar belakang mereka adalah yahudi. Meskipun Obama telah dikaitkan dengan Islam sebelum ini. Namun sama sahaja, ibaratnya macam Islam UMNO. Cumanya yang sorang ni lagi ganas.

Nyatanya kemenangan Obama ini terselit agenda yang mencurigakan. Dengan kemenanagn ini juga kemungkinan polisi lama semasa era regim bush diteruskan. Konflik dan serangan ke atas umat Islam dilanjutkan sehingga menutup siapa sebenar latar belakang yang menganjurkan penerusan peperangan dan penyerangan melainkan ianya dari Obama seorang Presiden yang berimej evergreen dan Mister Change tetap diragui pendiriannya terhadap polisi luar Amerika…

Obama juga dikatakan akan mengamalkan sikap yang lebih lembut terhadap negara-negara Islam apabila berjanji akan menarik balik tentera AS daripada Iraq dalam satu manifestonya akan menarik balik tentera AS dalam masa 14 bulan.

Begitu juga dengan dengan konflik Arab-Israel yang merupakan kunci perdamaian dunia.. Adakah dengan kemenangan Obama ini, polisi Amerika terhadap konflik Arab-Israel (Palestin) akan lebih harmonis atau pertempuran bertambah sengit…

Read more...

Tuesday 4 November 2008

MAHASISWA SELAR KEDUTAAN MALAYSIA MESIR DAN JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH

Mahasiswa mengesyaki bahawa key player teraju utama yang membawa pembatalan MOU ini adalah pihak Kedutaan Mesir dan JPMK (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Mesir) sendiri yang diterajui oleh Duta Malaysia ke Mesir Dato Zainal Abidin b. Abdul Kadir. Ini berdasarkan kronologi siri-siri sekatan kemasukan mahasiswa menyambung pengajian ke Al-Azhar dan tekanan ke atas warga Azhari yang banyak di ekspolitasikan oleh pihak kedutaan dan JPMK. Di era regim Dato Zainal Abidin Abdul Kadir inilah Al-Azhar merintis kepada wujudnya Imtihan Qabul sehingga membawa terus kepada pembatalan MoU IPTS dengan Universiti Al-Azhar.

Sebelum ini terdapat usaha dari pihak Ikatan Institut Berkembar Al-Azhar (IKBAL) yang terdiri daripada Rektor dan Mudir setiap IPTS telah menghantar wakil rombongan sebanyak 2 kali ke Al-Azhar bagi mengemukakan rayuan supaya pihak Al-Azhar mempertimbangkan semula pembatalan tanpa notis tersebut. Ternyata juga rombongan kali yang kedua pihak Al-Azhar tetap menolak untuk mempertimbangkan kewajaran pembatalan MoU meskipun surat sokongan daripada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi mengiringi rayuan tersebut. Apakah sikap Malaysia terhadap Al-Azhar jika surat dari Perdana Menteri Malaysia pun tidak diendahkan? Dimanakah letaknya respon dan patriotik dari pihak kedutaan Malaysia, iaitu agensi yang paling dekat dengan kerajaan dan mewakili kerajaan Malaysia terhadap penolakan Al-Azhar terhadap surat dari Perdana Menteri? Nyata mereka hanya berdiam diri.

Dengan pembatalan MoU dari dari pihak Al-Azhar ini juga di mana pula tindakan dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Kedutaan dan JPM dalam menangani kembali isu pembatalan MoU ini. Jika portfolio utama keberadaan mereka di Mesir adalah untuk menjaga kebajikan, mengapakah pembatalan ini hanya dibiarkan berlalu tanpa ada apa-apa gesaan dari pihak kedutaan dan JPMK terhadap Al-Azhar dalam menangani isu ini. Secara jelas dapatlah difahami bahawa seakan-akan merekalah yang mendalangi pembatalan MoU antara IPTS ini.

Kami menghidu inilah konspirasi jahat yang cuba dimainkan oleh pihak kedutaan Mesir dan JPM secara sulit. Kami juga turut menyelar tindakan mereka, bukan setakat berdiam diri dengan isu pembatalan ini malah mereka juga turut melancarkan konfrontasi secara tidak langsung kepada pelajar-pelajar Al-Azhar di sana. Malah mereka turut menganaktirikan kedudukan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai persatuan induk di samping kebajikan pelajar yang tidak diseliaurus dengan baik dan perkhidmatan yang sentiasa dipilih kasihkan. Kami menggesa pihak kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya mengkaji semula mutu dan intergriti perkhidmatan pejabat kedutaan Mesir dan JPMK yang selama ini mempunyai rekod yang kurang baik.

Sebagaimana sedia maklum. Jabatan Penuntut Malaysia, Kaherah, Mesir (JPMK) adalah salah satu agensi yang diwujudkan pada tahun 1980, berada di bawah Bahagian Pengurusan Pendidikan Luar Negara (BPPLN), Jabatan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia merupakan badan yang sentiasa membirokrasikan pengurusan, kebajikan, aktiviti mahasiswa dan lain-lain disamping memberikan tekanan kepada mahasiswa Azhari. Peranan AUKU di Malaysia seperti peranan Duta+MSD di Mesir.

Sekali lagi kami menggesa supaya KPT memainkan peranan secara agresif dalam isu ini. Supaya tiada pihak yang teraniaya lebih-lebih lagi mahasiswa. Gamis juga memandang, dengan pembatalan MoU ini juga memberi banyak impak dan kesan ke atas IPTS yang terlibat. Ia boleh menyebabkan kolej-kolej dan IPTS ini akan tertutup dan sekaligus menjejaskan kedudukan orang melayu. Kerana kolej-kolej ini didomisasikan oleh orang melayu dan hampir 97% dikalangan pemilik dan penuntut kolej dan IPTS ini adalah terdiri daripada orang melayu. Ini akan menjejaskan modal insan dan turut memberi kesan kepada pembangunan mentaliti kelas pertama yang dicanangkan.

Mengulas kenyataan Dato Najib yang mengatakan bahawa kelemahan mahasiswa dalam menguasai bahasa Arab adalah punca Al-Azhar membatalkan MOU. Bermaksud pembatalan ini adalah kehendak dari pihak Al-Azhar sendiri. Tetapi kenyataan ini nyata sekali berlainan sebagaimana yang telah dibangkitkan di dalam Parlimen Sebelum ini di Parlimen Timbalan Menteri KPT Datuk Idris Harun yang merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu memberitahu parlimen dalam jawapannya kepada Ust Nasharuddin yang mempersoalkan status MOU Al-Azhar beliau mengatakan “permintaan pasaran terhadap graduan agama adalah minima. Sebab itu telah mendorong kerajaan menghadkan penghantaran pelajar ke al-Azhar”. Kenyataan ini jelas menunjukkan percanggahan yang ketara. Kenyataan ini juga turut menggambarkan bahawa di pihak kerajaan Malaysia sendiri yang telah menganjurkan pihak Al-Azhar membatalkan MoU tersebut. Berdasarkan kenyataan ini juga menunjukkan bahawa terdapat satu pakatan sulit antara pihak kerajaan Malaysia dalam menjayakan misi sabotaj ini. Selepas ini apa lagi kenyataan pula yang hendak dimanipulasi.

Ingatlah wahai mahasiswa, hegemoni mereka sudah menguasai banyak sektor penting dan strategik Malaysia. Mahupun dari sudut kehakiman dan perundangan sehingga memperalatkan pendakwaraya tidak mengheretnya ke mahkamah, memanipulasi kewangan rakyat melalui institusi pertahanan Negara, memperkudakan unit keselamatan Negara untuk kepentingan peribadi dan yang terakhir pula dalam sektor pendidikan yang melibatkan hak-hak pelajar dan IPTS untuk menyambung pengajian mereka ke Universiti Al-Azhar.

Jika sekarang Dato Seri Najib sudah berani cuba-cuba memonopoli sektor pendidikan dengan melakukan unsur sabotaj ke atas kemasukan pelajar ke Al-Azhar. Tidak mustahil hegemoni selepas ini Najib akan lebih bertenaga mengekang dan memperketatkan gerakan idealisme mahasiswa, sekaligus kelonggaran mahasiswa dalam berpolitik hanya tinggal menjadi isu bisu yang sengaja dimediakan. Malah lebih parah lagi isu pindaan AUKU akan dilenyapkan serta idealisme mahasiswa akan dimatikan secara bersembunyi dan sistematik. Ingatlah, jika begini belangnya... Bagaimanakah saatnya jika dia menjadi Perdana Menteri nanti...


Bangkitlah!!! Wahai sahabat mahasiswa.



SEMPENA MEMPERINGATI KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN KERAJAAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL TERHADAP PEMBATALAN MoU IPTS - UNIVERSITI AL-AZHAR...

Read more...

MAHASISWA BENTUK BADAN BERTINDAK MEMBANTAH PEMBATALAN MoU AL-AZHAR

Mahasiswa berasa sedikit hairan apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pembatalan MOU antara IPTS dengan Al-Azhar adalah kerana kehendak pihak Al-Azhar sendiri. Nampak begitu gugup lagi teragak-agak apabila beliau mengeluarkan kenyataan ketika menjawab isu ini. Walaupun berbagai kenyataan yang cuba menutup bahawa ianya adalah daripada pihak Al-Azhar sendiri, kami tetap yakin usaha pembatalan MOU ini adalah usaha dari pihak kerajaan Malaysia sendiri melalui kedutaannya di Mesir.

Pihak kedutaan dan Kementerian Pengajian Tinggi juga dilihat telah memainkan faktor penting dalam menjayakan misi sabotaj dengan menyekat kemasukan pelajar ke Al-Azhar. Ini dilihat berikutan dari pembatalan secara mengejut yang disyaki terdapat campurtangan dari pihak berkuasa (kerajaan Malaysia). Isu pembatalan ini juga dikesan adalah rentetan dari kepulangan Najib dari Kaherah Mesir pada satu ketika dahulu.

Kerajaan cuba menarik perhatian bahawa faktor utama yang menjadi pembatalan adalah disebabkan penguasaan bahasa Arab yang lemah di kalangan Azhari. Tidakkah sepatut pihak kerajaan melihat pokok punca perkara ini dari akar umbi lagi. Dengan usaha menyekat bantuan per kapita ke atas Sekolah Agama Rakyat (SAR), cengkaman dari pihak kerajaan terhadap perlaksanaan mata pelajaran pengajian Arab-Islam di sekolah Agama kerajaan, persekutuan dan negeri dan serta rakyat, kualiti sukatan pengajian STAM serta perlaksanaannya, kebajikan terhadap guru-guru sekolah agama yang telah dianaktirikan berbanding dengan guru-guru sekolah yang lain sehingga menjejaskan emosi guru yang mengajar di sekolah agama tersebut dan proses akreditasi (MQA) yang dilihat telah melonggarkan sukatan pengajian Arab / agama sehingga mutu graduasi dari sudut thaqafah dan intelektual kelihatan hambar.

Apakah kerajaan tidak sedar bahawa puncanya adalah di pihak kerajaan sendiri. Tidak malukah kerajaan Malaysia dengan pembatalan ini menunjukkan kualiti akademik di Malaysia berada di tahap yang minima dan terkongkong sehinggakan pihak Al-Azhar sendiri yang telah membatalkan MOU antara IPTS dengan Al-Azhar. Pelaksanaan ujian Imtihan Qabul selama ini yang menjadi syarat dan sekatan kemasukan ke Al-Azhar di bawah kelolaan Kedutaan Malaysia adakah benar-benar mendatangkan kesan? Natijah perlaksanaan Imtihan Qabul ini adakah berkesan terhadap pelajar yang lemah dan adakah dibuat kelas intensif bagi membaiki kelemahan pelajar tersebut?. Sangat tidak adil jika kelemahan ini dilihat secara pukul rata sedangkan sebaliknya ramai mahasiswa Azhari yang mampu menguasai bahasa Arab.

Kadang-kadang mengapa kemasukan pelajar ke Al-Azhar sering disabotajkan, nilai akademik Al-Azhar kerap kali dipertikaikan dan kemampuan bahasa sering dialasankan. Sedangkan dilihat dari segi kemasukan pelajar ke Jordan dan lain-lain Universiti di Timur Tengah dilihat sangat mudah malah dengan hanya melalui SPM sudah dikira mencukupkan syarat kemasukan, begitu juga dengan sukatan akademik pelajar jurusan pengajian Islam di Universiti tempatan sepatutnya dipertikaikan dan dipandang semula kerana mereka tidak mempunyai asas yang jitu dan kemampuan bahasa Arab yang majoriti sangat ketara lemahnya. Apakah yang telah menggugah pihak kerajaan sehingga pihak kerajaan sangat berselera besar dalam percubaan campurtangan dan mensabotaj kemasukan ke Al-Azhar?

Apakah mereka ini masih memerlukan Intensif khusus selama setahun sedangkan mereka telah mengikuti selama 3 tahun program Ijazah berkembar mereka di sini. Mengulas penguasaan bahasa Inggeris kumpulan itu, Najib berkata, mereka yang terpilih mendapat keputusan baik dalam SPM antara 8A hingga 10A, termasuk pencapaian bahasa Inggeris dan Matematik. Jika subjek Bahasa Arab yang menjadi kelemahan mengapakah subjek bahasa Inggeris yang harus diberi penekanan tidak bahasa Arab ? Adakah penilaian kemasukan dengan STAM sudah tidak diambil kira dan telah digantikan dengan SPM sahaja? Dengan SPM 8A hingga 10A sahaja sebenarnya langsung tidak menjamin kualiti ilmu dan bahasa Arab tanpa mengambil STAM atau melalui Muadalah MOU jika hendak ke Al-Azhar walaupun dengan menyertai program Khusus selama setahun untuk ke Al-Azhar sekalipun.

Apakah yang sering dirisaukan kerajaan sehingga berbagai sekatan telah dilakukan? Bermula dengan isu sekatan pelajar ke Al-Azhar melalui perlaksanaan STAM sedangkan kemasukan ke Universiti Timur Tengah lain tidak menggunakan sijil STAM, diwujudkan “Imtihan Qabul” (peperiksaan kemasukan) yang sepatutnya kemasukan mereka dinilai berdasarkan pencapaian akademik mereka di kolej mereka sebelum ini walaupun mereka sudah mengikuti pengajian berkembar kolej yang mempunyai MOU secara langsung dengan pihak Al-Azhar, perletakan Batu Asas cawangan Al-Azhar di Rembau dan yang terakhir pembatalan terus kemasukan pelajar graduan MOU ke Univ. Al-Azhar.

Kami, Gabungan Mahasiswa IPTS Membantah Pembatalan MOU Al-Azhar (BANTAH) dari 17 buah IPTS mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak bahawa Universiti Al-Azhar dianggap sebagai peluang terakhir bagi menyambung pengajian ke sana dan pelajar yang ke sana bukan pelajar pilihan di Universiti tersebut. Kenyataan ini sangat memandang rendah martabat pelajar yang menyambung pengajian ke sana. Bagaimanakah mereka hendak menyambung ke sana, melainkan mereka ini mesti terlebih dahulu mencukupkan syarat kemasukan ke Al-Azhar. Perlu diingatkan, mereka inilah (Azhari) satu ketika dahulu di antara yang telah mencorak sejarah Malaysia. Tidak mustahil pada akan datang mereka akan mencorak semula. Corakan dan goncangan mereka bertambah hebat jika kerajaan dan kedutaan Malaysia membuat sabotaj ke atas kami dan warga Azhari. Jangan berasa begitu kebal, sedangkan yang mengiringi anda adalah munajat hamba yang telah dizalimi.

Sekiranya kerajaan tidak mempedulikan pandangan kami, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil pendekatan agresif dan berdemontrasi bagi memastikan rakyat sedar akan kejahatan kerajaan sekular yang dilihat anti-ulama.


Zaeem Irsyad,
Pengerusi,
Gabungan Mahasiswa IPTS Membantah Pembatalan MOU Al-Azhar (BANTAH)

BANTAH terdiri daripada mahasiswa :
1. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan
2. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Selangor
3. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah
4. Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Kedah
5. MINDA Kedah
6. MADIWA Perak
7. Kolej IHSANIAH Penang
8. Kolej Ar-Razi Penang
9. Pusat Pengajian Tinggi Pondok Moden Kandis Kelantan
10. Darul Hijrah Pahang
11. Maahad Tinggi Pengajian Islam dan Bahasa Arab Pahang
12. Maahad Tinggi Pengajian Islam Perlis
13. Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu
14. Kolej Islam Darul Quran (KUDQI) Terengganu
15. Kolej UNITI Negeri Sembilan
16. Maahad Ahmadi (MARSAH) Johor
17. Kolej Pengajian Islam Dan Bahasa Arab Melaka


Lulus terbit: tranungkite, gamisdaily, ulamaummah, akhbar wasilah dan akhbar siasah...



Terbit semula: Sempena memperingati kezaliman kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ke atas graduan-graduan IPTS MoU - Universiti Al-Azhar .

Read more...

Sunday 2 November 2008

BERFIKIR KRITIS

Berpikir kritis adalah proses mental untuk menganalisis atau mengevaluasi informasi. Informasi tersebut didapati dari hasil pengamatan, pengalaman, akal sehat atau komunikasi. Kadang-kadang bermacam-macam istilah dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan teknik berfikir cerdas dan kritis termasuklah berfikir historis, fikir literal, berfikir sistemik, topi berfikir Edward de bono dan lain-lain lagi. Di bawah ini adalah kaifiyah dan cara dari berpikir kritis yang diambil dari beberapa sumber lain..

Langkah-langkah

Macam-macam teknik dan langkah-langkah yang boleh diperkembangkan. Walaupun tidak ada langkah-langkah yang perlu diambil secara rigid, langkah-langkah di bawah ini berguna dalam berpikir kritis, cumanya jangan kita stagnant kan cara kita berfikir:

  1. Catatkan point pendapat dan kumpulkan argumentasi yang mendukung setiap pendapat tersebut.
  2. Pecahkan argumentasi yang anda dapatkan pada langkah pertama menjadi hujah-hujah yang mendukung hujah tersebut dan carilah implikasi dari kalimat-kalimat ini.
  3. Carilah kontradiksi pada kalimat-kalimat dan implikasinya yang anda dapatkan pada langkah 2.
  4. Dari argumen-argumen yang anda dapatkan, susunlah berdasarkan argumen-argumen yang saling bertentangan dan catatkan gred dan nilai pada argumen-argumen tersebut. Tujuannya untuk mengenal pasti argument manakah yang tidak berapa authentik..
  • Untuk permulaan, macam biasa letakkan gred dan nilai yang tinggi kalau makluman dan sumber argumentasi itu memiliki hujah yang authentik. Tolakkan gred jika ada terdapat kontradiksi diantara sumber-sumber tadi.
  • Follow up selalu setiap maklumat dan informasi bagi menilai gred itu kembali yang tergantung kepada kepada relevansi dari makluman isu yang dibicarakan dan diselidiki.
  • Pandangan yang boombastik memerlukankan relevansi yang boombastik pula, jika sebuah pandangan besar tidak memiliki bukti yang cukup, abaikan pandangan ini dalam membentuk opini anda.
  1. Tinjaulah gred dan nilai dari setiap idea.
  • Opini yang memiliki bukti yang terkuat kemungkinan besar adalah benar
  • Mind map adalah alat yang efektif untuk mengevaluasi informasi ini. Pada tahap-tahap akhir, gred numerik dapat diberikan pada cabang-cabang Mind map.

Tentunya berpikir kritis tidak menjamin seseorang akan mencapai kesimpulan yang tepat. Pertama, ada kemungkinan seseorang tidak memiliki seluruh informasi yang relevan. Informasi yang penting mungkin belum ditemukan atau informasi tersebut mungkin tidak akan dapat ditemukan. Kedua, muyul dan cenderung (bias) kepada sesetengah pihak semestinya menghalang pengumpulan dan penilaian informasi secara lebih efektif.



Mengatasi kecenderungan cara berfikir (Bias)

Untuk mengurangkan kadar bias atau kecenderungan ini, beberapa cara harus dilakukan jika seseorang ingin berpikir kritis. Jangan tanyakan “ Kenapa perkara ini bertentangan dengan pendapat saya?”, tapi tanyakanlah “Apa ertinya ini?”

  1. Jangan lakukan penilaian yang terlalu historis pada tahap pengumpulan informasi
  2. Kita harus sedar terhadap kekurangan diri sendiri dan orang lain dengan cara:
  • menerima bahwa setiap orang bias yang tersendiri dan kadang-kadang berlaku dalam tanpa sedar. (bias secara refleks)
  • say no to “ego”.
  • membuang pendapat nantilah dulu dan pah ni la.
  • sedar bahwa setiap orang memiliki kelemahan masing-masing.
  • jangan taajub dengan pendapat sendiri.
  • Buang sifat tergopoh-gapah, kalut-malut dan ta’ajul semasa proses rekonstrusi idea dan kritis. Idea yang mantap dari fikiran yang tenang.
  1. Gunakan method socratis untuk mengevaluasi sebuah argumen dengan menanyakan pertanyaan terbuka. Sebagai contoh adalah:
  • Apa yang anda maksud dengan __________?
  • Bagaimana anda dapat berkesimpulan begitu?
  • Mengapa anda berpendapat bahwa itu adalah benar?
  • Dimana anda mendapatkan informasi tersebut?
  • Apa yang terjadi jika anda ternyata salah?
  • Dapatkah anda memberikan dua buah sumber yang tidak setuju dengan anda dan jelaskan mengapa?
  • Mengapa hal ini penting?
  • Bagaimana saya dapat mengetahui bahwa anda mengatakan yang sebenarnya?
  • Apa penjelasan alternatif dari fenomena ini?

kesimpulan

Janganlah membuat asumsi secara berlebihan, dengan kata lain: jangan merumitkan masalah anda. Berpikir kritis adalah sebuah proses yang tidak akan selesai. Seseorang dapat mencapai sebuah kesimpulan tentatif berdasarkan evaluasi dari informasi yang ada. Tetapi, jika ada informasi baru yang ditemukan maka proses evaluasi harus dijalankan kembali.

Add-value yang perlu ada pasca berfikir kritis

Asas kepada berfikir kritis adalah dengan pembacaan dan penambahan informasi serta mengemukakan dalil dini yang ampuh..

Jangan bergantung kepada maklumat yang sedia ada, kerana kita pun tahu maklumat dan media yang sebenar telah dikekang oleh kerajaan dan pemerintah.. Carilah alternative.. Jangkaulah sejangkau mungkin maklumat tersebut.. Kemanisannya apan=bila anda beroleh kebenaran dan memperjuangkannya..

Emosi berfikir sangat penting bagi melahirkan individu yang berjiwa besar dan bermental negarawan. Tetapi jangan biarkan diri dan minda dikawal oleh emosi..

Buang sifat ego dan bersikap seniorisme… Kerana denagn cara berfikir macam ini sampai bila-bila pun tidak akan membawa keuntungan pada sesiapa pun malah pada diri sendiri. Akibatnya kebinasaan yang akan segera menjelang..

Elakkan opportunity dan taqiyyah dalam menjalankan aktiviti jamaah.. Meskipun brainstorming secara kritis telah dijalankan. Namun solusi yang diambil tidak akan bermakna malah turut memberi kesan kepada jamaah..

Keluarlah mencari ibrah dan pengalaman yang baru. Bagi menggugah minda kita dan memperteguh Iman.

Sangat sulit bagi seseorang untuk dapat mengatasi egonya dengan arif mengakui bahwa teori/pendapatnya adalah salah walaupun sudah ada yang memberi bukti. So, rileks dan jangan keras kepala dan berkepala batu..

Pendidikan di di Malaysia tidak mengedepankan faktor berpikir kritis ini, padahal menurut saya ini adalah sesuatu yang sangat penting. Meskipun telah diterapkan teknik Kemahiran Berfikir Kritis (KBKK). Namun minda dan mentaliti kita tetap berada di paras yang menjumudkan. Kadang-kadang kita tidak boleh berfikir diluar kotak. Reformasi pendidikan jauh lebih penting, kerana pendidikan kita sekadar kemampuan menghafal dari siswa-siswi sekolah atau kurang memaksimakan penggunaan ‘kapasiti otak’ dengan bermacam-macam penalaran dan penaakulan.

Bertawakallah kepada Allah dan jagalah ikatan hubungan dengan Allah dan sesama manusia.. Wallahualam…

Read more...