Thursday, 23 April 2009

ORGANISASI ISLAM; PIRAMID YANG KUKUH ATAU KHEMAH YANG RAPUH

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan Allah dalam barisan yang teratur seumpama bangunan yang kukuh.” (Surah As-Shaf: 4)

Ayat di atas menjelaskan sifat organisasi Islam yang bekerja untuk menegakkan Islam sebagai ad-din (cara hidup). Sifat yang dijelaskan oleh Allah ialah "dalam barisan yang teratur rapi seumpama bangunan yang kukuh". Mereka yang menganggotai organisasi seperti ini dicintai Allah. Oleh demikian anda perlu berfikir secara insaf adakah anda termasuk dalam golongan yang dicintai Allah atau sebaliknya. Adakah anda menjadi anggota sebuah organisasi yang tersusun rapi?

Bangunan yang kukuh

Mengapakah Allah mencintai barisan yang tersusun rapi seumpama bangunan yang kukuh? Anda tentu memahami bahawa sebuah bangunan yang kukuh sahaja dapat memenuhi fungsinya dengan sempurna. Bangunan yang kukuh sahaja dapat menampung segala isi di dalamnya tanpa mengalami retak atau runtuh. Isi di dalam bangunan sama ada manusia, perabot, peralatan dan lain-lain kadangkala berubah. Tanpa kekukuhan yang sewajarnya, sesebuah bangunan tidak akan dapat memikul beban yang berubah ini. Selain itu, sesebuah bangunan juga terdedah kepada angin kencang, hujan lebat dan mungkin gempa bumi. Sekali lagi, semua unsur cuaca dan alam ini perlu dihadapi sesebuah bangunan dengan kekukuhan yang sewajarnya. Jika tidak, bangunan tersebut mungkin mengalami gegaran, retak atau runtuh.

Bagaimana pula dengan sebuah organisasi Islam anda? Organisasi Islam merupakan tempat untuk anda melaksanakan pelbagai aktiviti Islam. Ia merupakan tempat merancang, melaksana dan mengawasi aktiviti-aktiviti dakwah, tarbiyah dan siasah. Oleh demikian, organisasi tersebut perlu mempunyai struktur yang memungkinkan semua aktiviti yang dihajati dapat dilaksanakan. Ini bermakna, bukan sahaja struktur perlu dirangka dengan sebaik-baiknya, malah struktur itu perlu diisi dengan angota yang mampu menangani peranan yang ditentukan. Hanya dengan struktur yang sesuai dan anggota yang berkemampuan sahaja sesebuah organisasi dapat memenuhi fungsinya. Jika tidak, organisasi mungkin wujud tetapi aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Setelah menyentuh soal organisasi, cuba lihat pula anggota yang mengisi organisasi. Untuk lebih memahami aspek ini, anda perlu mengaitkan individu dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. Aspek utama yang membezakan aktiviti Islam dengan aktiviti lain ialah matlamat akhir yang ingin dicapai melalui aktiviti berkenaan. Dalam aktiviti atau amal Islam, matlamat akhir yang ingin dicapai ialah keredaan Allah. Matlamat ini hanya diketahui apabila anda bertemu dengan Allah di akhirat nanti. Oleh demikian, setiap anggota perlu meletakkan matlamat akhir ini sebagai dasar penyertaannya dalam organisasi dan pelaksanaan aktiviti. Matlamat ini perlu dibina dan disuburkan dalam hati anda secara berterusan. Tanpa matlamat ini, segala aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya kerana anda tidak mempunyai motivasi dalam bentuk kebendaan. Malah, aktiviti yang ingin dilaksanakan tidak menjanjikan ganjaran kewangan atau kebendaan.

Matlamat akhir

Berdasarkan kepada matlamat akhir ini, anda mengharapkan setiap anggota organisasi akan berperanan dan melaksanakan tanggungjawab memperku-kuhkan organisasi. Memang ada peranan dan tangungjawab yang dikhususkan untuk anggota tertentu. Namun demikian, banyak lagi peranan dan tanggungjawab yang boleh dilaksanakan oleh setiap anggota. Umpamanya menyebarkan kefahaman dan kesedaran Islam. Peranan ini mungkin dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai cara seperti hubungan individu atau menyertai aktiviti Islam yang ada di sekeliling anda. Peranan ini sangat besar kesannya terhadap Islam. Setiap anggota juga boleh meneruskan usaha menyebarkan kefahaman tadi dengan membentuk individu yang menerima seruan Islam, sekiranya berkemampuan. Ini adalah contoh usaha yang sepatutnya dicari dan dilaksanakan oleh anggota organisasi yang berkemampuan. Peranan ini tidak mungkin dapat diberi atau disogok seperti peranan dalam pentadbiran pejabat. Sebaliknya ia perlu dicari dan memerlukan inisiatif serta kreativiti sendiri.

Matlamat di atas juga perlu menjadi dasar bagi pelaksanaan aktiviti organisasi secara menyeluruh. Apabila setiap anggota jelas mengenai matlamat akhirnya, barulah aktiviti organisasi dapat disempurnakan dengan sepenuh hati, bukan secara terpaksa. Pelaksanaan secara sepenuh hati bermakna dilaksanakan dengan penuh minat, tumpuan dan rasa gembira. Inilah yang akan menentukan sama ada sesuatu aktiviti itu dilaksanakan dengan cemerlang atau ala kadar sahaja. Oleh itu, setiap angota organisasi perlu menyedari kepentingan memiliki matlamat akhir yang jelas dan berusaha memupuknya dalam hati mereka.

Piramid atau khemah?

Persoalannya adakah anda telah berpuas hati dengan organisasi yang anda anggotai? Adakah struktur yang ada merupakan struktur piramid yang kukuh dan tahan uji? Atau struktur yang ada hanyalah struktur khemah yang sementara dan rapuh? Mudah-mudahan anda tidak mudah tertipu dengan struktur berbentuk piramid tetapi hakikatnya bukan piramid. Untuk membina sebuah piramid, anda memerlukan batu-batu pejal yang besar dan logistik yang sangat canggih. Piramid yang sebenarnya telah dibina dengan usaha yang sangat besar dan perbelanjaan yang sangat mahal. Piramid yang sebenarnya adalah kukuh dan dapat menghadapi apa sahaja bentuk cuaca di sekelilingnya. Hujan ribut atau puting beliung sekalipun tidak menjejaskan piramid. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau piramid dapat bertahan sehingga berabad-abad lamanya.

Sebaliknya hari ini anda lebih mudah membina khemah. Khemah merupakan binaan sementara yang terlalu lemah dan mudah runtuh. Namun demikian, khemah adalah sesuai untuk tujuan perkelahan atau penginapan sementara. Ia mudah dibina dan mudah dibuka. Oleh kerana strukturnya yang kecil dan ringan, khemah mungkin tumbang atau terbang apabila ditiup angin kencang. Ini bermakna khemah tidak dapat bertahan untuk satu jangka masa yang lama. Itulah hakikat khemah yang rapuh walaupun bentuknya seperti piramid yang kukuh.

Oleh demikian, cubalah nilai diri sendiri, sama ada organisasi anda merupakan sebuah piramid yang kukuh ataupun khemah yang rapuh. Dan apakah sumbangan anda untuk memperkukuhkan organisasi tersebut? -

edited posting

Read more...

Wednesday, 22 April 2009

Ahmadinejad; Zionis Adalah Lambang Rasisme

JENEWA,KOMPAS.com- Aksi walk out sekitar 30 negara mewarnai konferensi antirasisme PBB di Swiss, Senin (20/4), saat Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berpidato.

Dalam pidatonya itu, Ahmadinejad menggambarkan Israel sebagai bangsa yang "benar-benar rasis". Seketika itu juga, puluhan delegasi yang hadir berdiri dan meninggalkan ruang sidang.

Tak lama sebelumnya dua orang pengunjuk rasa yang mengenakan rambut palsu berwarna warni menyela pidato Presiden Iran itu. Namun, para delegasi yang tetap tinggal di dalam ruang sidang memberi sambutan meriah saat Ahmadinejad melanjutkan pidatonya.

Perancis mengatakan pidato Ahmadinejad adalah sebuah "pidato kebencian" dan delegasi Amerika mengatakan pidato itu sangat "keji". Sebelumnya, sejumlah negara telah menyatakan memboikot pertemuan ini.

Aksi walk out ini merupakan tamparan besar bagi PBB. Padahal, PBB sangat berharap konferensi ini menjadi contoh sebuah langkah terbaik yang seharusnya dilakukan PBB, yaitu bersatu melawan ketidakadilan dunia.

Aksi walkout yang dilakukan delegasi dari setidaknya 30 negara ini terjadi hanya beberapa menit setelah pidato dimulai. Sebagian besar delegasi menyatakan akan tetap berpartisipasi dalam konferensi, sedangkan delegasi Republik Ceko akhirnya memilih ikut memboikot.

Satu dari dua orang pengunjuk rasa yang dibawa keluar dari ruang konferensi berhasil melemparkan sebuah hidung badut berwarna merah ke arah Presiden Iran sambil berteriak kepada Ahmadinejad "rasis, rasis".

Ahmadinejad, satu-satunya kepala negara yang menghadiri konferensi, mengatakan para imigran Yahudi dari Eropa dan Amerika dikirim ke Timur Tengah usai Perang Dunia II "untuk mendirikan sebuah pemerintahan rasis yang menduduki Palestina".

Kemudian Ahmadinejad melanjutkan "Dan sebagai balasan atas rasisme yang mengerikan di Eropa, mereka (Eropa dan Amerika) membantu mendirikan sebuah rezim yang sangat kejam dan rasis di Palestina."

"Segera setelah dia (Ahmadinejad) menyebut bangsa Yahudi dan Israel sebagai rasis, maka tak ada alasan bagi kami untuk tetap berada di dalam ruang sidang," kata Duta Besar Perancis Jean-Baptiste Mattei seperti dikutip Associated Press.

Duta besar Inggris, Peter Gooderham adalah salah satu yang meninggalkan ruang sidang. "Sebuah retorika seperti ini tak memiliki tempat di manapun dalam sebuah konferensi PBB yang mebahas isu rasisme dan bagaimana cara kita menghadapinya," katanya kepada BBC Radio 4.

"Pernyataannya adalah sebuah tuduhan yang kami kutuk dan kami tak memiliki keraguan apapun pada titik ini untuk meninggalkan ruang sidang."

Amerika Serikat, Israel, Kanada, Jerman, Italia, Belanda, Polandia dan Selandia Baru memboikot konferensi yang digelar di Jenewa ini, sebagai protes atas kehadiran Ahmadinejad.

Di Jerusalem, Presiden Israel Shimon Peres menggambarkan pernyataan Ahmadinejad sebagai sebuah "aib absolut". Sebelumnya, pemerintah Israel juga telah memanggil pulang duta besarnya di Swiss.

PBB cemas


Dalam jumpa pers usai berpidato, Ahmadinejad mengatakan bahwa negara-negara yang memboikot konferensi ini menunjukkan "arogansi dan keegoisan". Wakil Duta Besar Amerika Serikat untuk PBB, Alejandro Wolff mengatakan pidato Ahmadinejad itu sama sekali tidak akurat. Selain itu, pidato tersebut tak hanya memalukan bagi PBB namun juga menjadi aib bagi Iran dan rakyat negeri itu.

"Kami mengimbau pada pemimpin Iran untuk menunjukkan pernyataan yang terukur, moderat dan konstruktif saat berhubungan dengan isu kawasan dan bukan mengeluarkan pernyataan keji, penuh kebencian dan penuh hasutan seperti ini," kata Wolff di markas PBB New York.

Sementara itu Menlu Perancis Bernard Kouchner telah memperingatkan delegasi Perancis akan melakukan walk out jika forum itu digunakan sebagai ajang untuk menyerang Israel.

"Pembelaan hak asasi manusia dan perjuangan melawan rasisme terlalu penting bagi PBB untuk tidak melawan semua bentuk pernyataan kebencian seperti itu, semua kata-kata tak pantas seperti itu," kata Kouchner usai melakukan walk out. "Menghadapi sikap seperti yang ditunjukkan presiden Iran, tak ada lagi kompromi," lanjut Kouchner.

Sekjen PBB Ban Ki-moon menunjukkan rasa cemasnya terhadap aksi boikot dan pidato Ahmadinejad itu. Dia mengatakan Ahmadinejad telah menggunakan kesempatan pidatonya untuk menuduh, memecah belah dan bahkan menghasut.

TEHERAN, KOMPAS.com — Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mdalam suatu wawancara eksklusif dengan stasiun televisi berbahasa Perancis di Swiss, TV5 dan TVSI, di Teheran membahas mengenai masalah hak asasi manusia. Iran memiliki pertanyaan yang akan diajukan kepada Eropa dan AS, dan bukan sebaliknya.

Ia mengatakan, rakyat Iran percaya negara Barat adalah pangkal dari semua gerakan antihak asasi manusia di seluruh dunia. Ketika menanggapi pertanyaan mengenai keprihatinan negara Barat sehubungan dengan kehadirannya dalam pertemuan Durban II, Presiden Iran itu mengatakan alasan bagi keprihatinan mereka mesti diketahui. "Kami menentang rasisme dan kami percaya pangkal masalah di dunia bersumber pada rasisme dan rakyat Iran siap membantu mendongkel rasisme serta menegakkan perdamaian dan keamanan di dunia," katanya.

Menurut Presiden Iran, mereka yang tak menghadiri konferensi di Swiss mesti menjawab kepada bangsa mereka, apakah mereka mendukung rasisme atau tidak. Seluruh dunia mengetahui bahwa rezim Zionis adalah lambang rasisme saat ini. "Rezim itu membunuh perempuan dan anak-anak Palestina, lalu mereka (negara Barat) mengutuk mereka. Mengapa sekarang membela mereka," Ahmadinejad mempertanyakan. Ditambahkannya, kaum Zionis menganggap diri mereka lebih unggul dibandingkan yang lain dan itu berarti rasisme.

Mengenai pembunuhan orang Yahudi selama Perang Dunia II, Ahmadinejad mengatakan, "Saya hanya mengajukan dua pertanyaan, tapi mereka menyerang, dan bukan menjawab, saya. Saya seorang guru dan setiap manusia memiliki hak untuk bertanya mengenai berbagai kejadian. Pertanyaan saya ialah ini: Apakah holocaust adalah peristiwa sejarah, di mana itu telah terjadi dan mengapa orang Palestina mesti menebusnya?" demikian pertanyaan Presiden Iran. Ia menambahkan, Barat menyebut dia "orang yang gila perang" dan bukan menjawab pertanyaannya.

"Pertanyaan kedua ialah meskipun setiap orang memiliki hak untuk menyelidiki setiap masalah, mengapa penelitian dan penyelidikan mengenai holocaust dilarang di Eropa dan mengakibatkan hukuman?"

Mengenai reaksi Iran terhadap kesediaan Presiden AS Barack Obama menjalin hubungan dengan Teheran, Ahmadinejad mengatakan, Iran ingin semua hubungan dilandasi oleh sikap saling menghormati dan keadilan.

Ketika menjawab pertanyaan mengenai ancaman Israel yang akan menyerang Iran karena kegiatan nuklirnya, Presiden Ahmadinejad mengatakan, menurut sudut pandang Iran semua ancaman itu bukan masalah. "Mereka tak dapat melindungi diri mereka sendiri. Bagaimana mereka dapat menyerang negara besar seperti Iran?" katanya.

Ia menambahkan, Revolusi Islam Iran adalah revolusi dalam pemikiran dan kebudayaan, dan itu berarti menghormati hak azasi manusia, keadilan, dan persaudaraan. Kapitalisme telah berakhir dan rakyat di dunia berbicara mengenai Iran.

Mengenai harapan dari pertemuan Jenewa, Ahmadinejad mengatakan, konferensi tersebut mesti melakukan tindakan guna membuat rasisme sirna karena rasisme adalah pangkal krisis politik, ekonomi, dan budaya. "Tentu saja perang melawan rasisme sangat sulit karena kekuatan utara dan kekayaan dunia sekarang berada di tangan kaum rasis," katanya.

p/s; Kawan-kawan sama2 kita nantikan statement pertama Dato Seri Najib terhadap aksi agresi Israel keatas Palestine.

Read more...

Tuesday, 21 April 2009

Seputar “Shina’atul Hayah”; Di Atas Arus Di Titik Puncak

Teori Shina’atul Hayah (life making) ini disebut sebagai management kehidupan sebagai shina’ah (making) yang memiliki seninya yang khas, yang ditingkatkan kualitinya seiring dicapai apabila telah terakumulasi. Sama seperti tukang besi yang harus belajar dan menegetahui tentang selok-belok besi. Begitu juga kita ingin menjalankan seluruh kehidupan dalam satu arus, dengan segala yang ada di dalamnya berupa manusia, hubungan, kekayaan, keilmuan dan keintelektualan dengan bermuara di lembah Islam. Jadi kita harus berfikir dan mengetahui rahsia karakter manusia dan hubungannya. Kerana kita tengah mempraktikkan pembuatan, maka permainan di dalamnya menjadi satu keharusan. Begitulah, kadangkala tukang ukir kayu yang banyak membelah kayu terpaksa membuang kayu untuk mendapatkan keindahan. Begitu juga daie sebagai engineer kepada kehidupan.


Orang kafir berbuat sebagaimana yang kita buat. Oleh kerana itu projek Islam perlulah berskala luas dan komprehensif, tidak boleh pengaruh terbatas pada pengarahan satu generasi atau investasi kekayaan, agar Islam menjadi pengaruh peradaban, lintas generasi dan mengakar kedalaman zaman dan disetiap tempat. Kerana itu,bagi melihat hasil-hasil sangat memerlukan pendahuluan usaha yang sesuai dengannya. Dan barangkali memakan waktu hingga puluhan tahun. Begitu juga projek yang diterjui oleh kuffar. Mereka sangat sabar untuk memajukan dan merampas peradaban dalam jangka waktu yang lama.


Terkadang kita dapat menyederhanakan pertanyaan dengan kalimat, “ Bagaimana kita memandu dan mengendalikan kehidupan ini”… Jawabannya hal ini tidak dapat dicapai dengan hanya sekadar meraih kekuasaan atau mewujudkan keunggulan politik yang parsial. Tetapi memegang kendali kehidupan dengan mengharuskan turun lapangan dengan cakerawala peradaban yang komprehensif. Di dalamnya terdapat reformasi moral, pembangunan ekonomi, pemilikan harta, penguasaan ilmu, dan akses kepada pusat-pusat kekuatan di setiap wilayah seluruh dunia.


Dengan sebab itu setiap daie muslim wajiblah memahami karakter amalnya dan wawasan dakwahnya, agar ia dapat menyiapkan dengan karakter tersebut. Kesiapan mental dengan kesabaran, kesiapan tugas dengan ilmu, kesiapan bantuan dengan harta benda dan kesiapan symbol dengan keindahan. Hal ini menegaskan bahawa hari ini kita menghadapi era kehidupan yang merupakan awal putaran baru peradaban Islam setelah berabad-abad keterbelakngan. Pada mulanya putaran itu mencapai titk klimax, tetapi mengalami perubahannya yang sangat merudum.


Hulagu bukanlah pahlawan di medan perang yang kepahlawanannya itu membuatnya unggul sebanding dengan inisiatifnya untuk memanfaatkan situasi-situasi kekacauan politik dan krisis moral pada detik-detik akhir pemerintahan Abbasiyah. Begitu juga disisi yang berlawanan saat penaklukan Konstantinople, ketika itu berlaku perdebatan di dalam kerajaan pemerintahan Byzantium dan kelemahan raja ketika saat itu membuka peluang kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan pasukannya memberi tekanan kepada tentera Byzantium.


Diantara hal terjujur yang dikatakan oleh Malik Bin Nabi adalah; “Disebalik kisah penjajahan terdapat kisah bangsa yang lemah dan bersedia untuk diinjak-injak”.. Itulah perumpamaan yang cuba ditafsirkan oleh Malik Bin Nabi berbagai fenomena kehidupan dan dakwah. Sebagaimana kemerosotan setiap peradaban diawali oleh pembusukan sehingga tempatnya diganti oleh peradaban pesaing. Begitulah sekilas dan seputar mengenai sejarah dan cerita mereka yang telah pergi…


Kedepan, bagaimana pula mahasiswa membangun peradaban. Dan bagaimana pula mahasiswa menggagas format masa depan gerakan dan kepimpinan Negara tanahair… Hari-hari di dalam sejarah, namun dimanakah mahasiswa…?

Read more...

Sunday, 19 April 2009

PEMBETULAN: Kabinet Baru Malaysia

Telah berlaku kesilapan dalam pengumuman barisen kabinet baru yang dikenali sebagai kabinet rakyat baru-baru ini Seperti mana yang dicetak di dada akhbar.

Berikut adalah senarai barisan kabinet yang baru beserta gambar-gambar menteri yang betul selepas dibuat pembetulan;




www.pemudapasbc.blogspot.com

Read more...

Saturday, 18 April 2009

BENTURAN PERADABAN + BENTURAN POLITIK

Di alam buku The Clash of The Civialization and Remarking World Order, Samuel P. Huntington telah menyentuh seputar peradaban-peradaban yang sering mengalami pasang surut perkembangannya. Peradaban bersifat dinamis, bangkit dan jatuh, menyatu dan terpisah; dan sebagaimana halnya apa yang kita boleh belajar dari sejarah, ia juga tenggelam dan terkubur di dalam pasir-pasir masa. Fasa-fasa dari perubahan atau evolusi peradaban dapat terpahami melalui pelbagai cara. Quigle melihat bahawa peradaban-peradaban berkembang melalui tujuh tahapan;

i. Percampuran
ii. Pergerakan
iii. Perluasan
iv. Masa konflik
v. Kekuasaan Universal
vi. Keruntuhan
vii. Invasi

Yang paling menarik adalah, menurut Toynbee seorang ahli social politik, Sebuah peradaban yang sedang berkembang merupakan respon terhadap tentangan-tentangan dan melampaui suatu periode pertumbuhan yang melibatkan bertambahnya kontrol terhadap lingkingan yang dihasilkan oleh sebuah kelompok minoriti yang kreatif, dan diikuti pula oleh suatu masa yang dipenuhi dengan tantangan, bangkitna sebuah Negara universal dan setelah itu mengalami disentegrasi. Ketika terdapat perbezaan-perbezaan yang signifikan. Seluruh teori mengatakan bahawa peradaban-peradaban berkembang melalui seluruh masa yang penuh tentangan atau konflik politik terhadap sebuah Negara universal yang sedang berda di ambang kehancuran.

Walaupun pemikiran di atas telah berlalu lama, mungkin ada benarnya, dan pemikiran yang dinyatakan di atas telah diakui dengan teori sirkulasi sejarah oleh Ibnu Khaldun… Sama-samalah kita meneka bagaimanakah dan seperti apakah kerajaan Malaysia itu ke depan. Namun, kita janganlah menjadi golongan yang melihat dan meneka, digalakkan untuk menjadi orang yang lead of the change atau pemimpin dan penggerak revolusi.

Read more...

Thursday, 16 April 2009

NAJIB DAN VERSI KPI

Selama hampir sedekad lebih cabinet Barisan Nasional memimpin Malaysia, baru kali ini kita didengarkan dengan model KPI (Key Performance Indicator) akan dilaksanakan di dalam menilai prestasi menteri cabinet dan kementeriannya. Dengarnya seperti kabinet Najib adalah generasi yang pertama menggunakan KPI ini. Bayangkan jika KPI ini baru sahaja digunakan unktuk menilai pretasi menteri kabinet, bagaimana pula dengan bentuk prestasi pemerintahan sebelum ini. Model seperti apakah yang digunakan untuk menilai prestasi di era paklah, chedet, Husin Onn, Abdul Razak dan Abdul Rahman.. Jangan-jangan mungkin Najib sendiri pun tidak tahu KPI itu seperti apa. Gempaq jugak ye PM baru ni. Namapun PM “satu Malaysia” … Mudah-mudahan untuk pemimpin masa depan, tiada lagi pemimpin yang mempunyai beraneka identity dan latar belakang, Boleh jadi itu dan dan boleh jadi begini… Wallahulam…

“Produce World Class Leader”
“Menyosong Spirit Muslim Negarawan”

Read more...