Friday 10 October 2008

misteraim???

Apa die yer misteraim? gapo dio tu??? … Tak tau macam maner boleh dapat nama macam tu…

Tanya juga pendapat blogger terkenal, nak buh nama apa. Macam-macam juga pendapat pelik-pelik… tapi saya tegaskan juga bahawa blog ni dibuat bukan untuk berlumba-lumba atau nak popular. Tapi ni la sebagai ruang untuk saya kembangkan bakat dan sebagai elemen dakwah saya. Mula-mula dapatla nama, tapi nama tu milik ID email akhawat punya. Takpelah, yang penting saya mestilah bersifat karyawan.. hasil adalah dari tangan sendiri…

Nak cerita nya, camner erk dapat nama. Kalau nak ikut maksud literal mula-mula Mister+Aim= misteraim… Apa die.. Dapat jawab dapat 1000 rupee.. He..he…he…. Mister tu maksudnyer tuan atau encik, Aim tu maksudnya membidik, menghalakan, sasaran dan bercita-cita. Falsafah hidup manusia yang berakal dan mempunyai wawasan mesti kena ada goal.. Sebelum ada goal kena la ada aim. Lepas tu barulah cita-cita tercapai... Kebetulan pulak, namaku Mohd Zaim Irsyad Bin Zainal Abidin. Nicknameku Baiem… So Dipadankan jadilah misteraim..

Keberadaanku dipersada alam maya ni mungkin secara kebetulan.. Susahlah nak royak. Jalan cerite asal saya ni sebenarnya saya lebih minat menulis daripada bercakap, berkecek, dan ceramah… So sebagai pendakwah amat lebih baik kalau kita ada segenap sudut kepakaran… Tapi malangnya saya tidak bisa mendapat kesemua keistimewaan tuu… Mungkin dengan kewujudan blog ni saya dapat mengasahkan apa yang tumpul dan menajamkan apa yang tidak tajam… Disamping tu, blog ni pun dibuat untuk tatapan buat famili dan adik-adikku yang tersayang. So ni lah yang seadanya dan mana yang termampu…

Akhir sekali thanx a lot kepada sahabat ku Afzanurrahman yang sudi bagi tunjuk ajar wat blog saya yang tak seberapa nih… k. Kepada semua pembaca semesta alam,doakan semoga saya sentiasa berada dibawah redhanya dan semoga setiap urusan saya dipermudahkan…

0 comments: