Saturday 4 July 2009

TRIBUTE TO ALL STUDENT PARLIAMENT


Salam Muhibbah

Nampaknya untuk entry kali ini saya lebih bersemangat… Semangat melihat sahabat-sahabat mahasiswa PMIUM, ISIUKM, Makruf Club serta aliansi-aliansi parlimen mahasiswa yang lainnya bersatu untuk memberikan dokongan dan sokongan ke atas beberapa mahasiswa yang didakwa telah melakukan cubaan untuk membakar dan menceroboh dewan serta menconteng dinding.


Dari jauh saya cuba menyelami suasana tersebut. Samada benar atau tidak perkara itu, saya tidak tahu.. Secara peribadi saya 300% tidak menyokong tindakan tersebut hanya dilakukan setakat itu sahaja, seharusnya lebih extreme lagi. Kerana tiada bahasa sopan bagi mereka yang zalim…


Namun, dalam hal ini meskipun ramai yang memprotes, bilang sahaja celaka dan persetan mereka... Jadi sahaja mahasiswa yang mandom dan bacul, mahasiswa yang sanggup melihat tapak keintelektualan mereka dimasuki oleh makhluk yang mempunyai seribu tanda tanya, seribu persoalan dan seribu dakwaan. Sangat memalukan buat mahasiswa dan lebih-lebih lagi seluruh aparat-aparat diperalatkan oleh orang sebegini untuk menjaga nama baik dan menutup celah-celah puaka mereka dengan mengejar anak-anak kecil dan terus menuduh mereka yang pelik-pelik. Sedangkan mereka hanya melakarkan kretiviti dan aspirasi kebenaran mereka sahaja…


Tahniah buat sahabat-sahabat mahasiswa… Jangan takut dengan kebenaran, jangan gentar dengan gertakan… Mahasiswa adalah orang yang berfikir dengan kehendak merdeka dan mahasiswa adalah petarung sejati yang cermat… Ekspresikan dirimu mahasiswa… Kerana, hari-hari mahasiswa adalah hari-hari untuk para negarawan… Saatnya mahasiswa kembali berpuaka…



Menuju Malaysia Baru


0 comments: