1DUNIA MENYAMBUT HARI ANTI KORUPSI dan HAM, 1 MALAYSIA BAGAIMANA???
9 Disember hari anti korupsi dan 10 Disember hari Hak asasi Manusia (HAM). 1Dunia menyambut hari anti korupsi dan HAM tapi tidak di 1Malaysia. Mungkin perwakilan luar Negara Malaysia tidak ada sewaktu deklarasi dunia international terhadap kesepakatan menetapkan pada tanggal 9 Disember adalah hari anti korupsi sedunia, boleh jadi kabinet Oposisi sedang dilanda kemelut dalaman sehingga mereka terlupakan hari korupsi, mungkin boleh jadi juga rakyat Malaysia sedang melakukan pembenahan strategis terhadap perpolitikkan tanah air sehingga mereka terpaksa menumpukan isu-isu yang lebih utama daripada menyambut hari anti korupsi, atau lebih parah lagi mana tahu kalau kerajaan 1Malaysia bersekutu dengan korupsi???. Nauzubillah.. Mungkin kalau mahu berbaik sangka, bahawa bukan sambutan harinya yang kita digempakkan, tetapi pemberantasan korupsi itulah yang perlu diaksikan.
Semalam hari anti korupsi, hari ini hari Hak asasi Manusia. Hari yang sangat berdekatan. Memang cocok. Sememangnya hak asasi manusia tidak akan terlaksana jika perasuah-perasuah melingkari dan bermain dengan hukum dan undang-undang. Undang-undang yang dinilai sangat adil dan berkredible hatta hokum Islam sekalipun akan menjadi mandom perlaksanaannya jika perasuah dan koruptor bermain disebalik undang-undang atau hukum tersebut.
Realitinya banyak contoh mafia peradilan yang berlaku. Berapa banyak kes-kes rasuah, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang ditangkap dan diadili. Sebagai contoh tragedy Memali yang sehingga sekarang masih belum tuntas lagi. Ada yang lebih parah lagi adalah pengolahan isu-isu yang aneh-aneh dan memalukan sehingga berlaku pembunuhan karakter personel. Sedangkan setiap proses peradilan menganut asas hukum praduga tidak bersalah sebelum diputuskan oleh pihak pengadilan atau hakim. Inilah yang dikatakan sebagai mafia undang-undang. Otai mafia yang boleh mengolah undang-undang sesuai dengan nafsu mereka. Mafia inilah yang dikatakan sebagai perasuah atau koruptor kelas tinggi yang harus diperangi.
Menurut Ketua Komisi Yudisial Indonesia, ada empat modus operandi yang dilakukan oleh mafia peradilan.
1. Penundaan bacaan keputusan oleh hakim
2. Manupulasi fakta undang-undang atau hokum
3. Manipulasi penerapan peraturan perundang-undangan yang tidak sesuai dengan fakta undang-undang yang terungkap di persidangan.
4. Pencarian peraturan perundang-undangan oleh majlis hakim agar dakwaan yang dikemukakan oleh pendakwaraya beralih ke pihak lain.
Kadang-kadang modus operandi mafia ini boleh juga menjadi suatu keputusan yang palsu, sehingga menyebabkan keputusan dan gambaran fakta hukum yang berlaku menjadi tidak ideal dan rasional hinggakan menyimpang dari target proses peradilan yang jujur. Seperti yang berlaku adalah kes pembunuhan yang berprofail tinggi, yang sampai sekarang individu tersebut masih berlegar-legar dan kebal terhadap pendakwaan. Malah yang dirugikan adalah keluarga mangsa pembunuhan dan dalam masa yang sama terhakisnya hak-hak asasi manusia yang telah diperjuangkan.
Biarpun kedudukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah dirubah menjadi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM). Namun skala kinerjanya tetap sama, boleh jadi kali ini SPRM mengalami penurunan potensi. Dari sekecil-kecil korupsi yang berlaku ditingkat birokrat negara sehinggalah sebesar-besarnya seperti skandal PKFZ yang masih terawang-awang lagi, skandal MAS, FELDA, BERNAS dan lain-lain syarikat strategis negara yang seharusnya menjadi syarikat milik Negara yang sangat berpotensi maju, tetapi mengalami skandal yang akhirnya mengakibatkan kerugian yanag berpunca dari sikap tamak dan monopoli. Yang akhirnya anak bangsa menanggung inflasi kenaikan harga barang yang berpunca daripada penyelewengan tersebut. Malah yang paling parah adalah apabila kedudukan parti melebihi fungsi kerajaan dan pemerintah. Partilah yang lebih berhak segalanya, hinggakan perlaksanaan projek yang bertujuan untuk kesejahteraan rakyat mestilah melalui parti di bahagian tersebut. Efeknya akan berlaku penirisan dalam pembahagian dana projek.
Menurut Indeks Persepsi Korupsi Negara Asia Tenggara 2009 (www.ti.or.id). Malaysia menduduki tangga keempat terkorup selepas daripada Myanmar, Indonesia dan Thailand. Selepasnya Brunei dan Singapura. Adakah masih boleh dibanggakan dengan kedudukan seperti ini…
Terakhir, apa yang perlu difahami, jika momentum hari anti korupsi tidak dimanfaatkan secara maksimal, adakah akan datang masih ada keseriusan kita dalam membendung korupsi ini. Moga-moga aksi hari anti korupsi ini tidak hanya dihalakan kepada kerajaan dan badan pemerintah sahaja… Fahamilah korupsi dengan berbagai sudut konotasi. Ambillah iktibar dan sentiasa koreksi diri supaya kita tidak menjadi perasuah atau koruptor pada diri sendiri, keluarga, rasuah masa (waktu) dan berbagai-bagai lagi tingkahlaku yang menyamai korupsi. Jadilah orang yang sentiasa patuh melaksanakan amanah dan hindarilah diri daripada melakukan pengkhianatan. Tokoh untuk masa depan haruslah dimobilasi dan dipersiapkan sepenuhnya hari ini agar terlestari akan datang seorang tokoh muslim negarawan yang akan merubah nasib bangsa ini. Tokoh negarawan yang klimaksnya akan menjadi Ustaziyatul Alam. Undang-undang dunia (sekuler) sepatutnya sudah lama dibakul sampahkan, maka kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah serta melaksanakan undang-undang Islam beserta penerapannya…
1 comments:
salam alayk akhi
Malaysia hantar wakil je join aksi antikorupsi di Indonesia.
Post a Comment