Tuesday, 15 December 2009

MEMBACA ARAH PEMBANGUNAN NUKLEAR DUNIA



Membaca tentang nuklear banyak segi penggunaan yang dapat diambil. Lebih-lebih lagi tenaga nuklear dapat berfungsi sebagai tenaga alternatif guna untuk menampung keperluan tenaga yang sedia ada. Namun jika tenaga nuklear dapat berfungsi sebagai tenaga pemusnah massal yang sekaligus boleh melanggar hak asasi manusia.


Amerika dan Rusia merupakan dua kuasa besar yang merupakan negara nuklear terbesar melanjutkan perundingan pelucutan senjata nuklear merupakan isyarat yang penting bagi perdamaian dunia. Perjanjian yang termeterai antara Presiden Amerika Barrack Obama dan Presiden Rusia Dmitry Medvedev. Perjanjian ini adalah lanjutan daripada Perjanjian Perlucutan Senjata Strategik (START) yang telah dicapai pada Juli 1990 selepas jatuhnya pemerintahan Soviet Union. Perjanjian START ini bakal berakhir pada Desember ini.


Perjanjian ini sangat dinanti-nantikan oleh semua negara-negara dunia, namun adakah Amerika-Rusia mahu melucutkan senjata secara total? Adakah mereka ikhlas dalam perjanjian ini sehingga dalam masa yang sama mereka menghentikan pemasaran senjata mereka ke Negara-negara yang mengalami konflik? Adakah perjanjian ini dalam masa yang sama mendiskriminasikan negara-negara yang berkembang?


Selepas perang dunia berakhir, seluruh dunia mengharapkan bumi ini diamankan daripada bahaya pensenjataan nuklear, tetapi perlombaan tetap berlaku. Kebebasan dan keamanan masih rancu dan suram. Pemberdayaan nuklear turut dilakukan oleh negara-negara berkembang seperti Israel, Iran, India, Pakistan dan Korea. Semuanya mendakwa dibangun nuklear untuk tujuan tenaga, tetapi apa benarkah?


Dalam masa yang sama, pembangunan Nuklear bertujuan menunjukkan kehebatan peradaban manusia, dan dalam masa yang sama membuktikan kebodohan dan kerakusan manusia yang memiliki jiwa penghapus. Negara maju merasa tergugat dengan pengendalian nuklear oleh Negara berkembang telah melancarkan propaganda terhadap Negara-negara berkembang. Sering ditimbulkan persepsi prejudis dan dilabelkan terroris dan mengancam keamanan dunia. Di sinilah terletaknya ketidakadilan diantara Negara maju dan Negara berkembang. Inilah unsur diskriminasi yang dilakukan oleh bangsa kapitalis dalam upaya untuk memonopoli dunia, diteliti agenda secara tersirat nyata ini adalah agenda memperluaskan hegemoni barat terhadap dunia Islam. Bermula dengan dilaga-lagakan antara etnik di dalam negara dan perlagaan antara Negara-negara, campurtangan diplomatik sehinggalah penyerangan secara besar-besaran. Nyata Disebalik propaganda ini Israel berada di dalam kedudukan selesa. Memberikan kesempatan dan keselesaan kepada Israel untuk melancarkan penyerangan ke atas negara-negara umat Islam. Inilah kejahatan mereka. Mereka tidak akan puas selagi kita tidak berada dibawah belenggu dan telunjuk mereka… Kawan-kawan sahabat semuslim, marilah kita gugat keselesaan Israel dan kita selamatkan saudara-saudara kita….

Read more...

Monday, 14 December 2009

MUS’AB BIN UMAIR; Pemuda Dakwah


Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.



Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.



Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.



Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.



Apa lagi, lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.



Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.



Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 2).Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.



Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud. Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya.



Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.



Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah.



Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Mus’ab juga merupakan tokoh diplomatik muda yang dihantar oleh Rasulullah ke Madinah untuk mendakwahkan penduduk Madinah yang ketika itu kaum Aus dan Khazraj masih berlaku pertempuran suku. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah. Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.





Read more...

Thursday, 10 December 2009

1DUNIA MENYAMBUT HARI ANTI KORUPSI dan HAM, 1 MALAYSIA BAGAIMANA???

9 Disember hari anti korupsi dan 10 Disember hari Hak asasi Manusia (HAM). 1Dunia menyambut hari anti korupsi dan HAM tapi tidak di 1Malaysia. Mungkin perwakilan luar Negara Malaysia tidak ada sewaktu deklarasi dunia international terhadap kesepakatan menetapkan pada tanggal 9 Disember adalah hari anti korupsi sedunia, boleh jadi kabinet Oposisi sedang dilanda kemelut dalaman sehingga mereka terlupakan hari korupsi, mungkin boleh jadi juga rakyat Malaysia sedang melakukan pembenahan strategis terhadap perpolitikkan tanah air sehingga mereka terpaksa menumpukan isu-isu yang lebih utama daripada menyambut hari anti korupsi, atau lebih parah lagi mana tahu kalau kerajaan 1Malaysia bersekutu dengan korupsi???. Nauzubillah.. Mungkin kalau mahu berbaik sangka, bahawa bukan sambutan harinya yang kita digempakkan, tetapi pemberantasan korupsi itulah yang perlu diaksikan.

Semalam hari anti korupsi, hari ini hari Hak asasi Manusia. Hari yang sangat berdekatan. Memang cocok. Sememangnya hak asasi manusia tidak akan terlaksana jika perasuah-perasuah melingkari dan bermain dengan hukum dan undang-undang. Undang-undang yang dinilai sangat adil dan berkredible hatta hokum Islam sekalipun akan menjadi mandom perlaksanaannya jika perasuah dan koruptor bermain disebalik undang-undang atau hukum tersebut.

Realitinya banyak contoh mafia peradilan yang berlaku. Berapa banyak kes-kes rasuah, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang ditangkap dan diadili. Sebagai contoh tragedy Memali yang sehingga sekarang masih belum tuntas lagi. Ada yang lebih parah lagi adalah pengolahan isu-isu yang aneh-aneh dan memalukan sehingga berlaku pembunuhan karakter personel. Sedangkan setiap proses peradilan menganut asas hukum praduga tidak bersalah sebelum diputuskan oleh pihak pengadilan atau hakim. Inilah yang dikatakan sebagai mafia undang-undang. Otai mafia yang boleh mengolah undang-undang sesuai dengan nafsu mereka. Mafia inilah yang dikatakan sebagai perasuah atau koruptor kelas tinggi yang harus diperangi.

Menurut Ketua Komisi Yudisial Indonesia, ada empat modus operandi yang dilakukan oleh mafia peradilan.

1. Penundaan bacaan keputusan oleh hakim

2. Manupulasi fakta undang-undang atau hokum

3. Manipulasi penerapan peraturan perundang-undangan yang tidak sesuai dengan fakta undang-undang yang terungkap di persidangan.

4. Pencarian peraturan perundang-undangan oleh majlis hakim agar dakwaan yang dikemukakan oleh pendakwaraya beralih ke pihak lain.

Kadang-kadang modus operandi mafia ini boleh juga menjadi suatu keputusan yang palsu, sehingga menyebabkan keputusan dan gambaran fakta hukum yang berlaku menjadi tidak ideal dan rasional hinggakan menyimpang dari target proses peradilan yang jujur. Seperti yang berlaku adalah kes pembunuhan yang berprofail tinggi, yang sampai sekarang individu tersebut masih berlegar-legar dan kebal terhadap pendakwaan. Malah yang dirugikan adalah keluarga mangsa pembunuhan dan dalam masa yang sama terhakisnya hak-hak asasi manusia yang telah diperjuangkan.

Biarpun kedudukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah dirubah menjadi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM). Namun skala kinerjanya tetap sama, boleh jadi kali ini SPRM mengalami penurunan potensi. Dari sekecil-kecil korupsi yang berlaku ditingkat birokrat negara sehinggalah sebesar-besarnya seperti skandal PKFZ yang masih terawang-awang lagi, skandal MAS, FELDA, BERNAS dan lain-lain syarikat strategis negara yang seharusnya menjadi syarikat milik Negara yang sangat berpotensi maju, tetapi mengalami skandal yang akhirnya mengakibatkan kerugian yanag berpunca dari sikap tamak dan monopoli. Yang akhirnya anak bangsa menanggung inflasi kenaikan harga barang yang berpunca daripada penyelewengan tersebut. Malah yang paling parah adalah apabila kedudukan parti melebihi fungsi kerajaan dan pemerintah. Partilah yang lebih berhak segalanya, hinggakan perlaksanaan projek yang bertujuan untuk kesejahteraan rakyat mestilah melalui parti di bahagian tersebut. Efeknya akan berlaku penirisan dalam pembahagian dana projek.

Menurut Indeks Persepsi Korupsi Negara Asia Tenggara 2009 (www.ti.or.id). Malaysia menduduki tangga keempat terkorup selepas daripada Myanmar, Indonesia dan Thailand. Selepasnya Brunei dan Singapura. Adakah masih boleh dibanggakan dengan kedudukan seperti ini…

Terakhir, apa yang perlu difahami, jika momentum hari anti korupsi tidak dimanfaatkan secara maksimal, adakah akan datang masih ada keseriusan kita dalam membendung korupsi ini. Moga-moga aksi hari anti korupsi ini tidak hanya dihalakan kepada kerajaan dan badan pemerintah sahaja… Fahamilah korupsi dengan berbagai sudut konotasi. Ambillah iktibar dan sentiasa koreksi diri supaya kita tidak menjadi perasuah atau koruptor pada diri sendiri, keluarga, rasuah masa (waktu) dan berbagai-bagai lagi tingkahlaku yang menyamai korupsi. Jadilah orang yang sentiasa patuh melaksanakan amanah dan hindarilah diri daripada melakukan pengkhianatan. Tokoh untuk masa depan haruslah dimobilasi dan dipersiapkan sepenuhnya hari ini agar terlestari akan datang seorang tokoh muslim negarawan yang akan merubah nasib bangsa ini. Tokoh negarawan yang klimaksnya akan menjadi Ustaziyatul Alam. Undang-undang dunia (sekuler) sepatutnya sudah lama dibakul sampahkan, maka kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah serta melaksanakan undang-undang Islam beserta penerapannya…

Read more...

Monday, 7 December 2009

Meskipun ilmu melangit tinggi, namun orang tua juga yang masih ditanyakan

Assalamualaikum dan Salam perjuangan. Agak lama juga tidak bersua di dalam blog misteraim ini. Alhamdulillah Allah telah berikan kesempatan kepada saya untuk me-update blog ini. Mungkin Nampak usang. Hampir berbulan-bulan webpage yang sama dan isi yang sama. Apa boleh buat, kerana sebelum ini saya mengikuti program Kuliah Pengabdian Masyarakat (KPM) selama 45 hari di Desa Penarun Kecamatan Linge Kabupaten Aceh Tengah. Alhamdulillah, kegiatan-kegiatan telah berjaya dilaksanakan. Untuk sementara ini server dan domain blog misteraim ini saya kekalkan buat sementara waktu. Dan saya harapkan kepada pengunjung tidak bosan dan tidak jemu-jemu untuk bertamu di blog saya.


Bercerita tentang pengalaman di tempat orang memang banyak uniknya, pengajarannya, pembelajaarannya dan perkongsiannya dengan masyarakat di sana. Desa Penarun adalah antara desa yang paling unik. Unik segi demografinya, masyarakatnya, sejarahnya dan berbagai-bagai lagi. Namun ada satu hal yang saya sangat kagumi dan yang saya pelajari di sini adalah terkait dengan dua hal iaitu kekaguman saya kepada teknologi irigasi (pengairan sawah) dan ke’kompak’kan masyarakatnya (brotherhood).


Panorama Desa Penarun


Desa Penarun terletak di daerah pergunungan, dalam masa yang sama desa ini mempunyai lahan sawah yang besar. Yang anehnya bagaimanakah bentuk pola fikir orang tua terdahulu sebelum mereka membuka lahan-lahan sawah tersebut sehingga sawah-sawah yang ada sekarang dapat menerima dan menampung air dengan baik. Canggihnya otak mereka, bagaimana mereka memperhatikan kedudukan sungai dan dalam masa yang sama menentukan lahan-lahan sawah. Sangat beza sawah padi huma dan sawah biasa. Sawah biasa mudah ditentukan alirannya. Kadang-kadang hanya dibina empangan untuk menahan dan mengawal perjalanan air sudah cukup untuk mengairi semua persawahan. Sedangkan padi huma airnya ditentukan oleh aliran air sungai dari bukit. Lebih-lebih lagi keadaan lahan dan tanah padi huma tidak rata dan lapang. Malah berbukit-bukit. Semestinya aliran air dibawah tidak boleh naik ke atas… fuhh!!! canggih gila perletakkan pola strategis orang-orang tua Penarun waktu dahulu. Setiap sisinya seakan-akan sudah di brainstorm secara kritikal terlebih dahulu. Padahal mereka tidak bersekolah, apatah lagi kuliah di fakulti pertanian.. Kalau dikatakan, memang penduduk Penarun sewaktu dahulu adalah penduduk yang tertua di Aceh. Menurut sejarah, asal permulaan masyarakat melayu Tua adalah dari suku Gayo yang menetap di Linge (Kerajaan Lingga), Seruele dan Penarun.


Smart Possing; Punca Irigasi sawah bermula


Mungkin kalau difikirkan kembali bagaimanakah sewaktu dahulu peradaban di Mesir di perlembahan Sungai Nil. Mereka memberdayakan ekonomi mereka dengan bercucuk tanam. Dan dalam masa yang sama mereka menentukan lahan yang strategik supaya pengairan air dari Sungai Nil dapat dilakukan dengan lancar sama seperti peradaban di Penarun. Inilah bukti wujudnya peradaban. Bukti peradaban tidak mesti harus dibuktikan dengan bukti peradaban yang bersifat material iaitu tinggalan binaan semata. Tetapi cukup hasil fikiran bagaimanakah mereka mengadopsi dan mengolah alam ini sehingga menjadi suatu bentuk teknologi. Yang semesti ilmuwan sekarang pun tidak menyangka bahawa orang-orang tua dahulu lebih cerdas pemikiran mereka dan lebih maju teknologi mereka daripada generasi sekarang yang tahu mewarisi sahaja tanpa berfikir… Bak kata pepatah saya, “Meski ilmu melangit tinggi, namun orang tua juga yang masih ditanyakan”…Remember our Roots… (bersambung lagi cerita tentang masyarakat Penarun)













Read more...