Friday 13 March 2009

ANTARA KHADIJAH DAN AISYAH

Rumah tangga Rasulullah saw dengan Khadijah ra merupakan teladan yang tidak ada habisnya. Meskipun Rasulullah berumur 25 tahun dan isterinya sudah berumur 40 tahun.

Kita tentu tidak boleh melupakan begitu sahaja jasa-jasa Khadijah. Selama Rasulullah berkhalwat di gua Hira. Khadijahlah yang membekalkan makanan dan minuman untuk suaminya.

Sesudah mendapat wahyu. Muhammad menggigil kedinginan. Khadijah menyelimutinya dengan penuh kasih sayang. Hati Rasulullah kian tenteram setelah mendengar pernyataan Khadijah yang beriman kepadanya dan bersedia berkorban untuknya.

Maka ketika Rasulullah meninggal Rasulullah sangat bersedih. Justeru tatkala kelembutan dan kesetiaannya serta kebijaksanaannya diperlukan, ketika pada saat-saat yang genting menhadapai perlawanan kaum musyrikin diawal peyebaran dakwahnya.

Hingga 3 tahun lamanya Rasulullah tetap menduda. Setelah berpindah ke Madinah, barulah Baginda bersedia menikah dengan Aisyah puteri Abu Bakar As-Siddiq.

Aisyah seorang gadis yang cantik. Dan, dialah satu-satunya isteri yang dinikahi Rasulullah ketika masih gadis. Akan tetapi tidak mudah bagi Rasulullah untuk menghilangkan kenangan disaat bersama isterinya Khadijah yang usianya terpaut 15 tahun lebih tua. Seringkali Rasulullah menyebut-nyebut tentang Khadijah.

Kalau kebetulan sedang makan berdua, Rasulullah meminta disediakan tiga piring makanan dengan kehairanan Aisyah bertanya, “ Untuk siapa piring yang ketiga ini? Bukankah kita Cuma berdua?”

Nabi menjawab, “Yang sepiring akan kusedekahkan bagi orang lain. Pahalanya kuberikan kepada Khadijah”.

Lama-lama Aisyah tidak tahan lagi melihat kondisi ini dan bertanya dengan Rasulullah, “Ya Rasulullah, dihadapan Mu ini ada seorang gadis yang cantikjelita, masih muda dan segar dan amat setia kepada suami. Tetapi kenapa masih kau masih sebut-sebut juga isteri yang sudah meninggal , yang engkau nikahi dalam usia lanjut? Apa sebabnya? Dan apa rahsia kemuliaan wanita yang sudah menjadi janda dua kali sebelum menjadi isterimu itu? ”.

Rasulullah dengan bijak tetapi tegas menerangkan, “ Ya Aisyah, Khadijah sunggu amat mulia. Allah takkan pernah menggantikan untukku seorang isteri yang lebih baik daripadanya”. Apa Keistimewannya ya Rasulullah?” , Tanya Aisyah lebih lanjut dengan penuh rasa ingin tahu.

Rasulullah menjawab, “Khadijah mencintaiku pda saat aku sengasara, Khadijah beriman kepadaku pada waktu orang laintidak percaya dan menganggapku gila. Khadijah banyak memberikan pengorbanannya untukku ketika orang lain menolakku dan memusuhiku. Patutkah aku melupakan perempuan yang seagung itu, walaupun misalnya ia bukan isteriku? Dan sesungguhnya dia adalah isteriku, Aisyah. Ia tetap tetap isteriku sampai bila juga. Maut, Sekalipun tidak mampu memisahkan hubungan suami isteri , kecuali secara lahiriah yang berdasarkan hukum telah terpisahnya di dunia”….

0 comments: