Tuesday 17 March 2009

FIQH AWLAWIYYAT

DEFINISI

a. Fiqh bererti kefahaman , al-Awlawiyyat mengertikan keutamaan.

b. Istilah : Fiqh al-Awlawiyyat memberi erti kefahaman tentang keutamaan dalam melakukan sesuatu, baik sesuatu itu sendiri dan sesuatu yang lain atau antara perkara dalam sesuatu yang hendak dilakukan itu sendiri.


PRINSIP FIQH AWLAWIYYAT

a. Keperluan mengutamakan yang lebih utama dalam melaksanakan hukum dan nilai Islam. Kerana meskipun semua perbuatan itu baik secara umumnya digalakkan, namun antara satu kebaikan dengan kebaikan yang lain ada perbezaan keutamaan dalam melakukannya,sama ada pada hakikatnya sendiri atau hubungannya dengan situasi berkenaan. Begitu juga sebaliknya dalam hal keburukan.

b. Perbandingan antara dua perkara bagi menunjukkan keutamaan salah satu daripada keduanya melalui firman Allah swt……

“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad dijalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum zalim.” (at-Taubah: 19)


KEPERLUAN TERHADAP FIQH AL-AWLAWIYAT

1. Rapuhnya Nilai Keutamaan Penilaian Umat :

a. asas penilaian keutamaan umat Islam yang mereka gunakan terhadap sikap dan tindakan mereka sudah rapuh, pincang dan tidak seimbang lagi, sama ada dalam bidang kerohanian ataupun kebendaan, masalah pemikiran ataupun sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
b. Perkara-perkara yang berkaitan masalah kesenian dan hiburan lebih diutamakan daripada urusan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pendidikan.
c. Mengutamakan kegiatan riadah badan (jasmani) daripada riadah akal fikiran (rohani dan kemantapan jiwa).
d. Peruntukan kewangan lebih diutamakan kepada kegiatan olahraga, kesenian, kebudayaan , penerangan dan untuk menjaga kepentingan dan pangkat serta kedudukan para penguasa. Sementara itu bidang pendidikan, pengajaran, kesihatan dan perkhidmatan awam kurang mendapat perhatian dan peruntukan sewajamya.

2. Rapuhnya Keutamaan Penilaian Cendikiawan Muslimin

a. Cara penilaian dalam menentukan keutamaan akan sesuatu perkara bukan sahaja terjadi di kalangan masyarakat awam, namun terjadi juga di kalangan masyarakat muslimin terpelajar, berpendidikan tinggi dan taat melakukan ajaran agama kerana mereka tidak memiliki pengertian yang cukup dan belum memahami fiqh keutamaan secara benar.

3. Sesungguhnya ilmu pengetahuan yang cukup mengenai ajaran Islam sahajalah yang dapat menolong seseorang untuk membezakan antara perbuatan yang mesti diutamakan dan perbuatan yang seharusnya diletakkan pada bilangan yang berikutnya; antara perbuatan yang boleh diterima oleh agama dan perbuatan yang dipandang salah mengikut perspektif syarial Islam, antara amalan berdasarkan kaedah sunnah Nabi SAW dan perbuatan yang dikategorikan dalam bid'ah dan melanggar ketentuan syariat Islam.

a. Mereka yang tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup mencampuradukkan antara bebcrapa amalan dan perbuatan sehingga tidak nampak adanya pembatasan yang jelas ataupun menggunakan ukuran lain dalam menilai amalan tersebut, bukan dengan ketentuan yang telah digariskan oleh syari'at Islam. Keadaan ini menyebabkan berlakunya penyelewengan dan berlebih-lebihan dalam suatu sisi dan kekurangan pada sisi lain. Akibatnya, agama menjadi permainan antara mereka yang bersikap terlampau keras dan sempit dengan yang bersikap terlalu longgar dan bebas..
b. Dari perspektif Islam, keutamaan sesuatu perbuatan itu berubah mengikut keadaan dan suasana yang melingkupi perbuatan tersebut. Tetapi apa yang berlaku kepada kaum Muslimin hari ini, mereka sanggup untuk memberikan derma sebanyak beribu-ribu ringgit untuk membina masjid baru atau menunaikan haji untuk sekian kalinya, tetapi apabila diminta menyumbangkan derma kepada dakwah Islamiyah bagi menyekat usaha-usaha pemurtadan dan penyebaran agama lain atau menyokong kerja-kerja Islam dalam menegakkan agama Allah, mereka enggan memberi bantuan.
c. Ada juga di kalangan belia pemuda yang terlibat dalam bidang perubatan, kejuruteraan, sastera ataupun bidang-bidang falsafah dan sains, sanggup meninggalkan bidang-bidang tersebut semata-mata untuk terjun dalam bidang dakwah dan tabligh. Sedangkan bidang yang diceburi dan diterokai merupakan bidang yang sangat penting dan termasuk dalam kategori fardhu kifayah.


PERKARA PENTING YANG DILALAIKAN OLEH UMAT ISLAM

a. Kaum Muslimin lebih mengutamakan sesuatu rukun Islam daripada rukun yang lain, contohnya lebih mementingkan puasa daripada solat sedangkan kedua-duanya adalah wajib.

b. Melalaikan tugas yang termasuk di dalam kategori fardhu ‘ain seperti Amar Ma'aruf dan Nahi Mungkar.

c. Kaum Muslimin lebih memberi perhatian kepada perkara-perkara Sunnah daripada perkara-perkara fardbu dan wajib, contohnya lebih memberi tumpuan membaca tasbih, zikir dan tahlil daripada perkara yang lebih utama dan penting seperti berbuat bakti kepada kedua orang tua, menghubungkan silaturrahim, memelihara anak-anak yatim dan lain-lain lagi.

d. Melalaikan tugas-tugas yang termasuk dalam fardhu kifayah khususnya:
• Berhubung-kait dengan kepentingan ummah pada keseluruhannya, seperti mencapai kecemerlangan di dalam bidang sains dan teknologi, industri dan ketenteraan.
• Untuk berijtihad dalam bidang fiqh dan menggali ketentuan hukum-hukum baru bagi masalah kontemporari.
• Untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan penyebaran Islam di serata, dunia.
• Mendirikan sistem kerajaan yang berdasarkan prinsip syura melalui bai'ah dan pilihanraya yang bebas dan bersih.
• Untuk meluruskan dan menegur penguasa-penguasa yang kejam, zalim dan keluar dari garis-garis syari'at Islam.

e. Lebih mengutamakan ibadat yang bersifat individual dan perseorangan seperti solat dan zikir daripada ibadat yang bersifat sosial dan jama'ah yang manfaatnya kembali kepada orang ramai seperti jihad dan memperdalamkan ilmu fiqh.

f. Tidak mengambil berat untuk memerangi perkara-perkara yang jeias haram dan dilarang atau memerintahkan melakukan perkara fardhu dan kewajipan, sebaliknya sibuk bekerja memerangi perkara-perkara makruh hukumnya atau termasuk syubhah.

g. Lebih mengutamakan kerja-kerja yang termasuk ke daiam kategori cabang dan ranting, bukannya kerja-kerja asasi dan pokok.


KEUTAMAAN PERINGKAT INDIVIDU

a. Mengukuhkan aqidah dan keimanan terhadap Allah, Malaikat, Kitab-kitab, Rasul dan janji baik dan buruk.

b. Menumpukan kepada perkara-perkara rukun dan fardhu.

c. Menjauhkan diri daripada melakukan dosa-dosa besar seperti syirik dan sihir, membunuh jiwa yang diharamkan, riba, makan harta anak yatim, menuduh perempuan baik melakukan kejahatan, saksi palsu dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

d. Menjauhi daripada meiakukan dosa-dosa kecil dan perkara maksiat.


MASALAH KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR

a. Apabila berlaku pertembungan antara kerja persatuan dan gerak kerja Islam.

b. Keutamaan antara pembelajaran dan aktiviti dakwah.

c. Keutamaan antara restu ibu bapa dan kewajipan berdakwah.

d. Pertembungan antara masalah peribadi dan kepentingan gerakan dakwah.


KEUTAMAAN PADA PERINGKAT DAULAH

a. Susunan atau turutan keutamaan pada peringkat ini bergantung kepada masa dan tempat:

“Iaitu orang-orang yang Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuiat yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allah sahaja kembali segala urusan.” (al-Hajj: 41)


KESIMPULAN

Kegagalan umat Islam untuk memahami kaedah-kaedah tersebut akan mengakibatkan tindakan menjadi tidak teratur dan tersusun rapi sehingga memperlambatkan ummah untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan. Oleh itu, umat Islam mestilah bijak menyusun perancangan kerja dengan efektif selari dengan tuntutan fiqh keutamaan dan prioriti sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW.

0 comments: