Friday 14 November 2008

Siri I: POLITIK PENDIDIKAN

Salam bersua kembali.. kali ini kita diskusikan topik politik pendidikan.. Huraian ini menyentuh dalam aspek yang umum terlebih dahulu.. Dan akan terus disiarkan secara bersiri. Itupun tergantung kepada kondisi saya.. Kalau diulas secara ringkas buku yang ditulis oleh M. Sirozi berjudul Political Eucation. Awal lagi telah memberikan perbezaan yang sangat ketara diantara Administrasi pendidikan dan Politik Pendidikan.. Kerana management pendidikan adalah lebih cenderung kepada aspek pengurusan dan pembinaan pedagogi pendidikan. Sedangkan politik pendidikan adalah tenteng tujuan pendidikan dan relasi, devisi dan cara untuk mencapai tujuan tersebut..

Sebagai contoh terdekat.. Kajian politik pendidikan adalah dapat memberikan pemahaman yang lebih baik tentang kaitan antara keperluan politik Negara dan pemerintahan kerajaan dengan isu sehari-hari di sekolah, kuliah, dan tempat pembelajaran; tentang reproduksi struktur dan kesedaran dalam kelas; tentang berbagai bentuk dominasi dan subordinasi yang sedang dibangun dan dibangun kembali melalui jalur pendidikan; dan tentang bagaimana perkembangan dan suatu hegemoni seperti penampilan sejarah ketamaduanan dan peradaban yang masa dahulu, lalu turut serta diperbandingkan contoh dan konsep pemerintahnnya dengan masa kini... Berbeza dengan administrasi.. Hanya melibatkan sektor dan bahagian akademik secara teori semata-mata, dan penekanan subjek itu juga tidak real dalam suasana politik semasa…

Subjek dan sukatan ini sangat berkembang di Negara-negara barat dengan setiap permasalahan dan isu sering diwacanakandan diresolusikan sebagai kebijakan praktis golongan muda. Meskipun begitu, sebenarnya sebenarnya dunia Islam telah terlebih dahulu memulakannya sebagai contoh penglibatan Khalifah Harun Ar-Rasyid dalam mengangkat bidang pendidikan dan keilmuan dalam penekanannya terhadap materi pendidikan politik dan tatakenegaraan pada waktu ketika itu. Dan sememangnya inilah pendekatan yang sepatutnya dilakukan oleh institusi pendidikan kini, bagi membina generasi yang berwibawa serta mampu berfikir seluas dunia sedangkan jasadnya hanya di kampus.. Sememangnya materi dan pendedahan ini masih belum dilaksanakan secara holistik biarpun berbagai transformasi yang pendidikan telah dilancarkan.. Namun kualiti graduasi tidak menampakkan keberadaannya adalah sebagai insan kelas pertama… Disebabkan sekatan maklumat dan kongkongan intelek sering dilaksanakan, peluang pengajian sering disekat, hak bersuara dimatikan, ugutan biasiswa dan penarikan balik pengiktirafan serta berbagai-bagai lagi jenayah intelektual yang sering dilakukan. Mana mungkin berlaku kelas pertama jika minda rakyat berada dalam kongkongan…

Menurut Dr. Syukri Zarkasyi, faktor kebobrokan dan kebejatan nilai bangsa ini terjadi adalah kerana kegagalan membentuk character building, membangun mental dan membangun watak. Ini kerana adalah penekanan jalur pendidikan yang berada di tahap yang sangat minimal. Kerana selain penumpuan akademik, maka faktor aplikasi dan asahan softskill haruslah diberi penekanan yang maksima. Character Building atau Fanniyah semuanya seharusnya dilakukan semasa dalam suasana di dunia pendidikan. Kerana pendidikan adalah suatu proses pendidikan politik yang tertinggi. Maka dengan itu, para generasi seharusnya diberi pendedahan seluas-luasnya dan dipersiapkan semaksimal yang mungkin bagi mewarisi Negara dengan wibawa…

Kerana salah satu inovasi dari pendidikan dan politik, kerana pendidikan meletakkan cita-cita, semangat dan harapan terhadap peribadi. Bak kata Dato Seri Najib “Sistem pendidikan kita mesti berubah, paradigmanya mesti diubah jika ingin menghadapi cabaran dunia yang lebih mencabar pada masa depan”. Nah, baki lagi kita perlu menyerapkan nilai kependidikan dan kepolitikkan kita selaras dan selari dengan Islam.. Dan fungsi utama natijah dan konklusi dalam pendidikan politik adalah merubah jahiliyah kepada makhluk yang berilmu pengetahuan dan tamaiyuz ((تحويل الجهالة إلى المعرفة.. Kemudian merubah ilmu pengetahuan itu menjadi sebuah fikrah (pola fikir) ((تحويل المعرفة إلى الفكرة. Seterusnya daripada sebuah fikrah, konsep dan pola berfikir merubah menjadi sebuah amal dan aktiviti dan haraki ( ( تحويل الفكرة إلى الحركة . Merubah sebuah ketumbukan kesedaran amal islami menjadi buah kejayaan dan hasil ( ( تحويل الحركة إلى النتيجة.Dan yang terakhir adalah memenetapkan tujuan dan kemenangan adalah untuk redha Allah taala (تحميل النتيجة إلى المرضات الله) Inilah step dan basic yang perlu ada dalam minda setiap generasi yang sayangkan Islam dan cintakan perjuangan amar makruf nahi munkar..

Mudah-mudahan setiap langkah dan perjuangan kita sentiasa thabat dan istiqamah serta diredhai oleh Allah taala...

0 comments: