Tuesday 16 June 2009

PRK dan Pembaziran

Salam Muhibbah,


Pada entry kali ni suka saya menyentuh tentang Pilihan Raya Kecil. Namun, saya tidak berminat untuk bercerita panjang tentang PRK Manik Urai yang akan berlangsung 14 Julai 2009 ini. Tetapi saya suka menyebut bahawa perlaksanaan PRK adalah membazir.


Saya tidak berniat untuk membenarkan statement Perdana Menteri sebelum ini berkenaan dengan pendirian beliau terhadap PRK Penanti. Cuma apabila kita berada di satu sisi, benar juga apa yang dikatakan oleh PM satu Malaysia tersebut. PRK membazir…!!! Cuba kalian semua bayangkan berapa kali PRK yang telah dijalankan pada penggal ini sahaja. Bermula dengan Permatang Pauh, Bukit Gantang, Kuala Terengganu, Batang Ai, Penanti hingga ke Manik Urai cuba kalian bayangkan berapa wang yang telah dilaburkan oleh SPR untuk melaksanakan PRK ini. Itu belum masuk lagi biaya keamanan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengawal perjalanan setiap kali PRK.


Satu lagi contoh, cuba kalian bayangkan berapakah biaya yang dikeluarkan oleh PAS atau parti-parti yang bertanding untuk menyertai pilihanraya. Bagi saya, alangkah baiknya jika wang yang sebanyak itu dilaburkan untuk kepentingan dakwah dan jamaah dan Ummah (baca; PAS). Mungkin jika tiada PRK ini, pembangunan Pusat Konvensyen PAS itu akan lebih pantas. Malah, kinerja perpaduan antara kaum (PAS 4 all) juga dapat diperkasakan lagi.


Jika dilihat rentak ketatanegaraan di Malaysia, kerusi yang dimenangi adalah milik individu yang menduduki kerusi Dewan tersebut walaupun calon yang bertanding adalah mewakili parti masing-masing. Buktinya, jika berlaku kematian, lompat parti, bankrup, kes mahkamah dan lain-lain maka kerusi itu akan dikosongkan dan diadakan pilihanraya semula. Berbanding pula dengan rentak ketatanegaraan di Indonesia, jika berlaku kekosongan kerusi seperti di atas. Maka parti yang memenanginya akan menaikkan pengganti dari partinya, bukan diadakan pilihanraya semula, sangat berbeza perjalanannya dengan Malaysia, manfaatnya, wang rakyat dapat diselamatkan. Untuk apa individu yang bertanding diusung oleh parti, apabila menang kerusi tersebut milik individu itu pula. Sedangkan jelas mereka diusung oleh parti-parti dari mereka. Jika kerusi itu milik Parti Bebas (Independen), pasti ada organisasi pada parti tersebut.


Saya tidak berniat untuk mempersoalkan Perlembagaan Malaysia pada bahagian 8 bermula perkara 113 sehingga 120. Namun inilah realiti yang berlaku, saya merasakan rakyat sudah mulai bosan dan muak dengan pilihanraya demi pilihanraya kecil yang dijalankan. Lebih-lebih lagi perlaksanaan demokrasi yang amat menjengkelkan. Pesta demokrasi tidak akan bererti jika sebaliknya berjuta-juta wang rakyat telah dihabiskan untuk tujuan ini. Inikan pula, rakyat telah menjadi mangsa kepada retorika demokrasi yang kononnya menjulang hak asasi manusia HAM (baca; Perak dan PRU). Amandemen Perlembagaan, Undang-Undang Tubuh dan enakmen yang bersangkutan bagi praktik perjalanan pilihanraya adalah amat wajar.

1 comments:

ridhmie 19 July 2009 at 08:20  

Salam ukhuwwah,

Saya dr Kelantan, Malaysia. Mungkin terasa kurang berhak utk komen di sini namun sekadar berkongsi pendapat.

Saudara,
Apa yang nmpk disebalik PRK Manek Urai, tersembunyi maruah Islam yg bukan sahaja akn m'jejaskan umat Isalm di M'sia bahkan di seluruh dunia Islam jika tdk d pertahnakn oleh PAS.

Sbg salah seorang pengundi di situ saya melihat Manek Urai menjadi penunjuk aras kepada imej PM yang baru iaitu Dato' Seri Najib Razak yg telah lima kali gagal dalm PRK sebelum ini. Dalam masa yg sama parti PAS tgh sedikit b'golak.

Justeru alternatif PRKadalah yg terbaik untuk kedua2 pihak. Thanks.
Cube bc blog pimpinan pemuda PAS
www.nikabduh.wordpress.com
http://episodeperjuangan.blogspot.com/. Mg2 lebih faham. Wassalam. ridhuan994@gmail.com