MAHASISWA SELAR KEDUTAAN MALAYSIA MESIR DAN JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH
Sebelum ini terdapat usaha dari pihak Ikatan Institut Berkembar Al-Azhar (IKBAL) yang terdiri daripada Rektor dan Mudir setiap IPTS telah menghantar wakil rombongan sebanyak 2 kali ke Al-Azhar bagi mengemukakan rayuan supaya pihak Al-Azhar mempertimbangkan semula pembatalan tanpa notis tersebut. Ternyata juga rombongan kali yang kedua pihak Al-Azhar tetap menolak untuk mempertimbangkan kewajaran pembatalan MoU meskipun surat sokongan daripada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi mengiringi rayuan tersebut. Apakah sikap Malaysia terhadap Al-Azhar jika surat dari Perdana Menteri Malaysia pun tidak diendahkan? Dimanakah letaknya respon dan patriotik dari pihak kedutaan Malaysia, iaitu agensi yang paling dekat dengan kerajaan dan mewakili kerajaan Malaysia terhadap penolakan Al-Azhar terhadap surat dari Perdana Menteri? Nyata mereka hanya berdiam diri.
Dengan pembatalan MoU dari dari pihak Al-Azhar ini juga di mana pula tindakan dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Kedutaan dan JPM dalam menangani kembali isu pembatalan MoU ini. Jika portfolio utama keberadaan mereka di Mesir adalah untuk menjaga kebajikan, mengapakah pembatalan ini hanya dibiarkan berlalu tanpa ada apa-apa gesaan dari pihak kedutaan dan JPMK terhadap Al-Azhar dalam menangani isu ini. Secara jelas dapatlah difahami bahawa seakan-akan merekalah yang mendalangi pembatalan MoU antara IPTS ini.
Kami menghidu inilah konspirasi jahat yang cuba dimainkan oleh pihak kedutaan Mesir dan JPM secara sulit. Kami juga turut menyelar tindakan mereka, bukan setakat berdiam diri dengan isu pembatalan ini malah mereka juga turut melancarkan konfrontasi secara tidak langsung kepada pelajar-pelajar Al-Azhar di sana. Malah mereka turut menganaktirikan kedudukan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai persatuan induk di samping kebajikan pelajar yang tidak diseliaurus dengan baik dan perkhidmatan yang sentiasa dipilih kasihkan. Kami menggesa pihak kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya mengkaji semula mutu dan intergriti perkhidmatan pejabat kedutaan Mesir dan JPMK yang selama ini mempunyai rekod yang kurang baik.
Sebagaimana sedia maklum. Jabatan Penuntut Malaysia, Kaherah, Mesir (JPMK) adalah salah satu agensi yang diwujudkan pada tahun 1980, berada di bawah Bahagian Pengurusan Pendidikan Luar Negara (BPPLN), Jabatan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia merupakan badan yang sentiasa membirokrasikan pengurusan, kebajikan, aktiviti mahasiswa dan lain-lain disamping memberikan tekanan kepada mahasiswa Azhari. Peranan AUKU di Malaysia seperti peranan Duta+MSD di Mesir.
Sekali lagi kami menggesa supaya KPT memainkan peranan secara agresif dalam isu ini. Supaya tiada pihak yang teraniaya lebih-lebih lagi mahasiswa. Gamis juga memandang, dengan pembatalan MoU ini juga memberi banyak impak dan kesan ke atas IPTS yang terlibat. Ia boleh menyebabkan kolej-kolej dan IPTS ini akan tertutup dan sekaligus menjejaskan kedudukan orang melayu. Kerana kolej-kolej ini didomisasikan oleh orang melayu dan hampir 97% dikalangan pemilik dan penuntut kolej dan IPTS ini adalah terdiri daripada orang melayu. Ini akan menjejaskan modal insan dan turut memberi kesan kepada pembangunan mentaliti kelas pertama yang dicanangkan.
Mengulas kenyataan Dato Najib yang mengatakan bahawa kelemahan mahasiswa dalam menguasai bahasa Arab adalah punca Al-Azhar membatalkan MOU. Bermaksud pembatalan ini adalah kehendak dari pihak Al-Azhar sendiri. Tetapi kenyataan ini nyata sekali berlainan sebagaimana yang telah dibangkitkan di dalam Parlimen Sebelum ini di Parlimen Timbalan Menteri KPT Datuk Idris Harun yang merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu memberitahu parlimen dalam jawapannya kepada Ust Nasharuddin yang mempersoalkan status MOU Al-Azhar beliau mengatakan “permintaan pasaran terhadap graduan agama adalah minima. Sebab itu telah mendorong kerajaan menghadkan penghantaran pelajar ke al-Azhar”. Kenyataan ini jelas menunjukkan percanggahan yang ketara. Kenyataan ini juga turut menggambarkan bahawa di pihak kerajaan Malaysia sendiri yang telah menganjurkan pihak Al-Azhar membatalkan MoU tersebut. Berdasarkan kenyataan ini juga menunjukkan bahawa terdapat satu pakatan sulit antara pihak kerajaan Malaysia dalam menjayakan misi sabotaj ini. Selepas ini apa lagi kenyataan pula yang hendak dimanipulasi.
Ingatlah wahai mahasiswa, hegemoni mereka sudah menguasai banyak sektor penting dan strategik Malaysia. Mahupun dari sudut kehakiman dan perundangan sehingga memperalatkan pendakwaraya tidak mengheretnya ke mahkamah, memanipulasi kewangan rakyat melalui institusi pertahanan Negara, memperkudakan unit keselamatan Negara untuk kepentingan peribadi dan yang terakhir pula dalam sektor pendidikan yang melibatkan hak-hak pelajar dan IPTS untuk menyambung pengajian mereka ke Universiti Al-Azhar.
Jika sekarang Dato Seri Najib sudah berani cuba-cuba memonopoli sektor pendidikan dengan melakukan unsur sabotaj ke atas kemasukan pelajar ke Al-Azhar. Tidak mustahil hegemoni selepas ini Najib akan lebih bertenaga mengekang dan memperketatkan gerakan idealisme mahasiswa, sekaligus kelonggaran mahasiswa dalam berpolitik hanya tinggal menjadi isu bisu yang sengaja dimediakan. Malah lebih parah lagi isu pindaan AUKU akan dilenyapkan serta idealisme mahasiswa akan dimatikan secara bersembunyi dan sistematik. Ingatlah, jika begini belangnya... Bagaimanakah saatnya jika dia menjadi Perdana Menteri nanti...
Bangkitlah!!! Wahai sahabat mahasiswa.
SEMPENA MEMPERINGATI KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN KERAJAAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL TERHADAP PEMBATALAN MoU IPTS - UNIVERSITI AL-AZHAR...
0 comments:
Post a Comment