Tuesday 14 October 2008

SEKILAS NANGGROE ACHEH DARUSSALAM;

Berkata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna di dalam fiqh Daulah bahawa proses mula pendirian Negara yang menjadi dasar ialah dengan pertama meningkatkan tahap keselamatan, membasmi kejahilan dengan transformasi keilmuan dan membasmi kemiskinan dengan penyediaan sektor pekerjaan pada rakyat.
Perkara ini adalah menjadi tonggak utama ke atas mandirinya sesebuah Negara baru bagi menjamin keselamatan dan keutuhan sosio-politik Negara dunia ke-3, ke-4 dan seterusnya. Begitu juga konflik di Acheh memberi gambaran bahawa terdapat satu perang segi antara pemerintah dan rakyat tempatan yang menuntut hak urus ekonomi dan autonomi mahsul sendiri. Selain itu fakta sejarah adalah sandaran yang utama bagi mendokong perjuangan mereka ini. Ini adalah satu bentuk kosa yang dipanggil tuntutan hak kepada pemerintah. Malah ugutan mengangkat senjata telah berlangsung selama 8 tahun sebelum tragedi banjir Tsunami iaitu pada tahun 1992-2004..
Memang sangat penting melihat pihak yang memperjuangkan autonomi Acheh GAM menerapkan professional dalam berpolitik. Namun apa yang diharapkan tidak semudah itu. Negosiasi sangat sukar terjadi jika pihak pemerintah memandang prejudis terhadap autonomi dan ekonomi rakyat Acheh. Walaupun perjanjian Helsinki telah dimeterai dengan solusi 70% hasil kepada pemerintah 30% hasil kepada peribumi Acheh. Namun adakah rakyat local mempunyai kinerja yang betul mahir, pakar, dan mempunyai kesarjanaan dalam sektor tersebut? Jawapannya mandirinya Acheh adalah dengan mandiri rakyat dengan dihidupkan dengan kepakaran. Kurangnya tenaga kepakaran adalah penyebabnya jatuhnya lubuk kepada orang yang bukan selayaknya. Walaubagaimanapun, Biarlah berpuluh tahun rakyat sudah menderita sepanjang konflik ini terjadi. Namun Hak dan perjuangan tetap diteruskan. Tetapi Bagaimana pula dengan nilai asasi sejagat yang diperjuangkan??? Hak untuk mengecapi kedamaian.. Baru-baru ini Hasan Tiro telah pulang ke negeri asalnya. Mungkin inilah kesempatan yang patut diambil bagi menaikkan momentum patriot rakyat Acheh terhadap Achehnya… Biarpun perjuangannya dilanjutkan dari Acheh hingga ke Sweden..


Historisnya memang rakyat Acheh pada dahulunya adalah sebuah Negara dan rakyat yang berdaulat. Mereka terkenal dengan lagenda perang pada zaman dahulu baik di zaman sekarang pun. Pada zaman Sultan Iskandar Muda sehingga Sukarno dahulu mereka adalah penentang utama kemaraan penjajah belanda.. Memang kepahlawanan Acheh sudah diduga namun sukar diduga persepsinya… Kini, mereka sudah memasuki arena politik… Ironinya biaknya parti-parti local di Acheh sudah berada pada tahap demokrasinya.. Jika satu 1 parti 1 ideologi maka jika 34 parti, berapa pula ideology dan perjuangan yang ada di Acheh? Sedangkan konflik baru seusai berlalu.. Yang sepatutnya kita bersatu, tetapi kita beradu… Beradu politik untuk perintah… Walaupun ini dinamakan demokrasi, tetapi inilah neraca nilaiannya… Tinggal lagi damai yang sedia ada perlu di kekal kan dengan seharmonisnya… Jangan dilupakan tsunami yang telah berlalu… Itulah bencana yang mendamaikan…

Wa akhiran… Mengapa mereka tidak seperti kita di Malaysia. Ya!!! Kita di Malaysia lebih terkaya dengan hasil dan mahsul negeri. Contoh Petroleum di Terengganu yang dihapuskan royaltinya dan hasil Gas di Kelantan yang dimanipulasikan pihak kerajaan. Tiada istilah nego 70%-30% dan 30%-70% malah lebih daripada itu melaksanakan tuntutan yang radikal. Namun demi keamanan rakyat jelata yang diutamakan, tiada pemberontakan senjata dan pertumpahan darah yang berlaku.. Maka di sinilah kita lebih perlu mempunyai kefaqihan dalam political sciences history kita memetakan masa depan dengan cerminan imbauan sejarah ketamadunan yang berdasarkan rambu-rambu rabbani… Ohh kini ku lihat hijau sedang menyinsing malu dengan sikap umat dunia yang tiada putus berantakkan…


Di ulas; Mister Aim

0 comments: