Tuesday 14 October 2008

zoom in economy: SUDAH LAMA MASANYA NEGARA ISLAM BERSATU

Kenapa dolar AS menjadi sandaran ekonomi dunia? Kenapa pula matawang yang lopek itu terus menerus memberi impak yang besar kepada keadaan ekonomi dunia? Mengapa Negara lain turut menjadi mengalami kesan akibat kekusutan dolar yang sobek itu???
Maka ketika inilah wujud banyak pandangan-pandangan dari pakar-pakar dan cendekiawan ekonomi yang mengulas tragedi berdarah ini. Kewangan Jatuh, bursa saham merudum, kebimbangan krisis likuiditasi yang semakin berpotensi, penarikan pelabur-pelabur, anjakan inflasi dan bermacam-macam lagi kesan. Hampir kesemua badan-badan ekonomi mengemukakan strategi dan kebijakan yang tersendiri untuk mengatasi krisis kewangan dunia ini
Menurut sumber dari akhbar Malaysia Berita Harian, Bursa saham Iceland, Romania, Ukraine dan Austria menyertai bursa saham Indonesia serta Russia yang dihentikan urus niaga sejak Rabu apabila indeks penanda arasnya jatuh lebih 10 peratus. Tidak terkecuali juga dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur tidak terkecuali apabila susut 3.6 peratus atau 34.88 mata kepada 934.01 mata.
Pasaran saham Eropah turut mengalami penurunan sebaik dibuka Jumaat didahului Indeks ATX Vienna (11.29 peratus); DAX Jerman (8.05 peratus); Indeks Am Madrid Sepanyol (7.92 peratus); CAC 40 Perancis (7.30 peratus); Indeks Am Swiss (7.26 peratus); FTSE 100, United Kingdom (7.04 peratus) dan Indeks Am Amsterdam, Belanda (6.53 peratus).
Di Amerika Bush telah menandatangani undang-undang yang mengatasi (bail out) dengan dana suntikan sebanyak $ 700 milion dolar. Di bawah rang undang-undang Troubled Asset Relief Program Bush telah melaksanakan bail out tersebut. Bush telah mendapat restu dari setiap senat dan dewan. Lobi melobi telah dilakukan oleh Bush setelah anggota dewan dengan majoriti tidak bersetuju untuk melakukan bail out sebanyak $ 700 milion dolar tersebut bagi menampung sektor-sektor strategik Negara itu. Krisis ekonomi ini juga telah memberi kesempatan kepada calon candidate Barrack Obama dan John McCain untuk mengemukakan agenda masing-masing bagi untuk mengunjur pertumbuhan ekonomi Amerika semula..
Ketika krisis ekonomi dahulu, pendekatan Malaysia adalah dengan menangani sendiri dengan memacu asset negara seadanya serta menolak saranan pinjaman dari George Soros dari IMF. Bank-bank utama di Malaysia juga turut digabungkan. Keadaan yang serupa juga kini berlaku di Indonesia. Ke semua bursa saham telah dibeli dan dinalangi oleh pemerintah Indonesia. Ketika negara-negara dunia sedang berantakkan dengan krisis penurunan saham, negara-negara Arab Saudi dan beberapa negara arab yang lain tidak mengalami kesan kejatuhan, jika ada hanyalah sedikit sahaja…
Menurut komentator Cyrillus Harinowo seorang pakar perekonomian dari Indonesia mengatakan sebelum menyarankan dan mengatakan silalah “membaca tanda-tanda zaman”. Dan beliau juga turut memprediksi bahawa perekonomian Amerika akan mengalami crash dengan euro yang semakin meningkat.
Krisis yang bermula daripada kejatuhan Amerika ini juga dikatakan mempunyai kaitan dengan problem kredit perumahan yang dan lonjakan kenaikan harga rumah. Situasi ini juga turut dipanikkan dengan CDS (credit defaults swap) yang dikatakan telah menggugat kekukuhan nilai matawang dolar… Benarkah jawapannya kerana CDS? Mengapa pula CDS yang dimangsakan?
Dilihat kepada kemampuan dan keutuhan Euro.. Why not negara Islam bersatu dalam sector ekonomi… Lebih-lebih lagi dalam penyatuan matawang antara negara-negara Islam. Manfaatnya ketika krisis kenaikan harga minyak melanda, pemonitoran dapat dilakukan bagi menangani kenaikan harga minyak…. Sekaligus dapat mengatasi jurang kenaikan matawang antara kesatauan matawang negara Islam dan matawang dolar,euro dan pound….. Kesatuan matawang inter-negara Islam ini sudah lama diwacanakan. Turut dikemukakan juga oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Malah pakar-pakar ekonomi dan intelek dari rata-rata negara Islam turut mensolusikannya sebagai jalan keluar bagi mengatasi kemelut hegemoni ekonomi. Nyata hanya wacananya sahaja yang berjaya dikesatuankan…
Akhir sekali adakah krisis ekonomi ini benar-benar berlaku dengan seikhlasnya…. Jangan kita lupa bahawa bayang yahudi sentiasa berada di mana-mana.. Betul juga kata falsafah tidak ada politik yang berlaku secara kebetulan…

Alangkah hebatnya ummah, jika Islam dinobatkan.. Kesatuan negara-negara Islam dijalinkan…. Ku lihat hijau menguning kini. Tinggal lagi untuk ku terus membaja kehijauannya.

Diulas; Mister Aim

0 comments: