Monday 27 October 2008

MENJADI NEGARAWAN DAN STATEMAN MUSLIM


Khalifah Abdul Rahman Ad-Dakhil adalah khalifah terakhir yang memerintah dinasti Umaiyah selepas di gulingkan oleh dinasti Abbasiyah. Namun Abdul Rahman Ad-Dakhil telah mendirikan kerajaannya semula di Andalusia Sepanyol.

Nelson Mandela telah mendekam penjara 25 tahun yang telah di eksploitasikan oleh seterunya. Ketika menjawat jawatan presiden beliau berumur 76 tahun. Sebagai pemimpin dia tidak mengisytiharkan perang ke atas pihak lawannya. Malah dia mengadakan rekonsiliasi nasional di Afrika Selatan denagn lawan politiknya. Ibrah dari pengalaman haji, dan melihat jutaan manusia bersatu padu dalam satu agama tanpa mengira harta, kaum, ras dan darjat. Maka Beliau menghapuskan politik diskriminatif yang berdasarkan warna kulit (apartheid).

Menurut penganalisis politik Kim Dae Jung adalah seorang negarawan. Sebelum jadi presiden dia adalah seorang penghuni penjara bahkan dijatuhi hukuman mati pula. Beruntung hukuman itu diringankan menjadi hukuman pengasingan. Ketika kembali dari pengasingan, ia mencalonkan dirinya menjadi presiden dan berhasil memimpin rakyat Korea keluar dari krisis ekonomi , dia tidak membalas dendam terhadap lawan politiknya tetapi berkerjasama dengan mereka memimpin bangsa Korea..

Shalahuddin Al-Ayyubi dikhianati oleh pasukan salib sehingga ia memerangi mereka dan menghancurkannya. Saat ia memasuki Al-Quds bumi Palestin ia tidak melakukan pembunuhan sebagaimana yang dilakukan Tentera Salib ketika merebut Jerusalem dahulu. Bahkan, Salahuddin mengampuni mereka walaupun mereka adalah orang Kristien… Ramai golongan akademik mengiktiraf Salahudin Al-Ayyubi adalah negarawan…

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang telah mendekam bungalow besi di Sungai Buloh selama 6 tahun. Keluar beliau adalah seorang politikus dan negarawan yang ulung praktis mengetuai parlimen dan menentang segala bentuk kebobrokan penyelewengan kerajaan…

Bukan tujuan asal saya mahu menengahkan tokoh-tokoh ini. Tetapi ini terkait dengan bagaimana kita menjiwai keperibadian tokoh negarawan dan politicking tersebut…

Setelah kita menjadikan diri kita dengan sifat keperibadian Islam, memiliki kemampuan penaakulan politik dan manajemen pengurusan yang solid, tinggal satu yang kita perlu jawab, menjadi ahli politik seperti apa kita ini? Dan menjadi negarawan yang bagaimana kita ini? Ada dua istilah yang sering digunakan untuk mengkarakterkan yang mana politicking sebenarnya. Ada politicking sejati (negarawan) dan ada yang politicking palsu (buruk).. Siapakah politicking negarawan sejati itu…?

Kebanyakan orang menganggap negarawan itu adalah penguasa dan orang yang memerintah sehingga ia diberikan julukan atau gelaran ini dianugerahkan oleh Sultan atau Perdana Menteri atau Presiden.. Lebih jauh lagi mereka, memberikan anugerah warganegara kepada dalam dua kelompok.. pertama iaitu negarawan dan orang biasa. Mereka mengisi setiap pejabat dan pegawai Negara dalam kelompok yang kedua iaitu rakyat biasa..

Pemahaman seperti ini merupakan pemahaman yang tidak benar . Penguasa boleh sahaja menjadi negarawan dan boleh sahaja tidak menjadi negarawan.. Mustahil dikira negarawan sedangkan dia tidak melaksanakan tugas-tugas di dalam kerajaan dan pemerintahan. Malah lebih kesal dari itu rasuah dan korupsi berlaku dikalangan gelar gelaran negarawan… Lebih adil jika seorang petani, pesawah, tukang kayu tukang plumber menjadi negarawan kerana sumbangan besarnya terhadap negara, ummat dan tanahair…

Negarawan merupakan seorang politik yang kreatif dan inovatif. Ia seorang yang memiliki mentaliti leadership yang tinggi dan mampu mengatur urusan dari sekecil-kecilnya hingga tingkat kenegaraan. Termasuk menyelesaikan masalah, serta mengendalikan hubungan intrapersonal dan interpersonal serta bijak mengimbangi emosi… Inilah negarawan sejati… Ia dapat saja muncul ditengah-tengah rakyat disaat fakyat sedang mengalami kemesuman dan kemunduran dan bila tiba disaat kemajuan negarawan itu juga mampu mengawal dan mengolah kepada wazan keadilan dan mendikung prinsip yang syarie dan rabbani…

Intinya, negarawan adalah seseorang yang mendasarkan sesuatu prinsip kebenaran yang hakiki dan rabbani. Dan ia konsisiten mengikut jalan itu serta tegar meskipun berbagai mehnah dan tribulasi yang melanda… Meskipun ketika itu sistem berada dalam keadaan yang cacar-marba, punah-ranah,kalut malut dan nilai moral masyarakat dan ummah kian merudum akibat kesan sistem yang taghut dan fasad ini … Berbanding dengan negarawan dan politicking yang palsu dan busuk. Mereka menggunakan segenap kudrat untuk mencapai apa-apa pun tujuan. Lebih jauh lagi dari pandangan Islam, siapapun yang menghalangi tegaknya Islam, layak dikategorinya sebagai negarawan yang palsu dan bangkai lagi busuk. Walaupun ia cuba menegakkan slogan ideology seperti hidup demokrasi, hidup hak kebebasan manusia, hidup sosialisasi masyarakat, hidup bangsaku dan berbagai lagi… Banyak orang seperti inilah yang menolak syariat….

Oleh itu, Kita berpolitik dan menjadi negarawan yang menegakkan niali-nilai kebenaran ilahiah dan memperjuangkan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat… Menjadi negarawan juga berkuasa untuk memperbaiki sistem yang tidak berpihak dan menunjang kepada prinsip rabbani, nilai-nilai kebaikan dan nilai kebenaran. Justeru itu mercu kita untuk menjadi negarawan dan politicking perlulah dipusatkan kepada “jihad siyasiyah” (jihad politik). Dan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menyebut bahawa perjuangan bagi seorang negarawan ini adalah perjuangan yang dikategorikan sebagai marhalah “rukun amal” yang disebut sebagai “Ishlahul Hukumah” (membaiki pemerintah) sehingga kepada “Ustadziatul Alam” (mahaguru yang merubah dunia)… Wallahualam

0 comments: