Tuesday 14 October 2008

SUATU HARI YANG DIDAMAIKAN

DI sini ana ingin mencatatkan pengalaman seorang ulama mutaakhirin dalam satu peristiwa penting dengan harapan ia dapat dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar bagi kita semua. Walaupun apa yang ingin saya ceritakan ini agak terkeluar dari tajuk asal, namun saya berdoa saya dapat menyampaikannya kepada pembaca dengan seberapa ringkas yang boleh.

Imam Hassan Al-Banna telah menyebut dalam salah satu kitabnya:

Pada satu malam aku telah merasakan sejenis perasaan yang teramat aneh, rasa tidak menentu dan berubah-ubah hatiku. Aku melihat orang-orang yang mendengar ceramah pengajianku terpisah antara satu sama lain dalam kelompok masing-masing. Keadaan sedemikian tejadi di beberapa tempat, dan aku tidak pasti perasaan apakah sebenarnya yang aku alami, sehingglah aku dikejutkan dengan satu soalan seorang daripada mereka:

”Apakah pandangan tuan tentang Tawassul?”

Maka aku menjawab: “Wahai saudaraku, saya mengira bahawa saudara bukan sahaja ingin mengetahui berkenaan masalah ini sahaja, tetapi anda juga ingin ber tanya ku tentang masalah selawat dan salam kepada nabi s.a.w yang dibaca selepas azan dilaungkan, tentang amalan membaca surah al-Kaht nantisamada ditempatkan kedalam syurga ataupun nerakafi pada malam jumaat. Tentang mengucapkan lafaz gelaran sayydina kepada Rasulullah s.a.w sewaktu membaca tahiyyat (di dalam solat), tentang nasib kedua ibu bapa Rasulullah s.a.w di akhirat nanti samada ditempatkan di dalam syurga ataupun neraka, tentang bacaan arwah-arwah samada pahalanya sampai kepada simati ataupun tidak, tentang majlis-majlis ilmu seperti ini yang diadakan ditepi jalan adakah ianya termasuk dalam perbuatan maksiat kepada Allah atau mendekatkan diri kepada Allah?..

“Saya merasa perlu untuk menjelaskan semua masalah khilaf (perselisihan pendapat) ini, kerana perkara-perkara inilah yang mencetuskan fitnah pada zaman dahulu, dan menimbulakn perselisihan yang besar kepada umat Islam”.

Lalu lelaki itu terdiam seketika, kemudian beliau berkata: “Ya, saya ingin mengetahui jawapan untuk semua permasalahan yang tuan sebutkan tadi”.

Aku pun berkata kepadanya: “Wahai saudaraku, sesungguhnya saya bukanlah seorang ulama’, Cuma bertanggungjawab untuk menyampaikan sedikit ilmu yang saya miliki. Saya menghafal beberapa potong ayat di dalam Al-Quran dan beberapa potong hadith Nabi s.a.w., juga mengetahui sedikit sebanyak berkenaan dengan hokum hakam yang berkaitan dengan agamasetelah saya membaca dan mengkaji dengan beberapa buah kitab, dan saya secara sukarela menyedekahkan ilmu saya kepada orang ramai. Jika anda mengemukakan masalah diluar tajuk perbincangan, jawapan saya juga akan terkeluar dari tajuk perbincangan. Sesiapa yang memberi jawapan “tidak tahu”, sebenarnya itu juga adalah satu fatwa”.

“Jika anda sukakan apa yang saya ajarkan dan anda mendapati kata-kata saya ini mengandungi manfaat, dengarkanlah baik-baik. Jika anda ingin memperluaskan lagi pengetahuan anda, bolehlah anda rujuk kepada alim ulama lain yang sememangnya menguasai bidang ilmu pengetahuan masing-masing. Mereka pastinya bersedia memberikan sebaraang fatwa mengenai apa-apa sahaja yang yang anda ingin tahu, manakala ilmu saya Cuma setakat ini sahaja. Sesungguhnya Allah taala tidak akan membebankan seseorang itu lebih dari kemampuannya”.

Lalu lelaki tersebut menarik balik pertanyaannyadan beliau masih belum mendapat jawapan bagi persoalan tawassul tadi. Aku lihat kebanyakan mereka yang hadir agak berpuas hatidengan jawapanku, tetapi aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini, lantas aku berpaling kepada mereka dan berkata:

” Wahai saudara-saudaraku sekalian! Masalah ini telah mengakibatkan umat Islam telah berselisih pendapat sejak ratusan tahun dahulu hingga kini. Sesungguhnya Allah taala tidak redha dengan perpecahan dan perselisihan, jadi saya meminta anda sekalian supaya berjanji dengan Allah Ta’ala untuk mengabaikan perselisihan ini sekarang juga”.

”Saya juga berharap agar anda sekalian berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu usuluddin berserta kaedah-kaedahnya. Dan kemudian kita beramal pula dengan akhlak-akhlak yang mulia serta memperolehi fadhilat dan petunjuk dariNya. Kita tunaikan segala perkara-perkara fardhu dan sunat. Kita berbaik-baik sesama kita dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas, sehinggalah jiwa kita bersih dari perasaan yang buruk”.

” Sememangnya tujuan kita semua adalah untuk mencari kebenaran, bukan setakat untuk membuktikan pendapat siapakah yang benar. Pada ketika itu kita akan mengkaji masalah ini bersama-sama dalam keadaan penuh kasih sayang, saling mempercayai, bersatu hati dan tulus ikhlas. Saya berharap anda sekalian dapat menerima pendapat saya dan berjanji agar kita semua dapat saling menjayakan usaha yang suci ini”.

Pembelajaran asas ini pun diteruskan dengan lancar selepas peristiwa tempoh hari dalam keadaan penuh harmoni. Saya sendiri telah memilih tajuk yang menyentuh tentang erti perpaduan di kalangan umat Islam beserta dengan contoh perselisihan pendapat yang tidak lagi menjadi pertelingkahan di kalangan mereka sebagai satu cara untuk memberi penghormatan kepada semua pihak. Sya telah membuka jalan dan menunjukkan contoh-contoh agar anda dapat mengiktiraf as-Salafus Saleh yakni para ulama salaf, ridhwanullah a’laihim.

Hassan Al-Banna menyambung lagi: Aku telah memberi contoh kepada mereka: ” Siapakah antara kamu yang bermazhab Hanafi?” Lalu tampillah salah seorang daripada mereka. Aku bertanya lagi: ”Siapakah di antara kamu yang bermazhab Syafi’e?” Lalu tampillah pula lagi, lantas aku berkata: ”Aku akan menyoal kedua-dua saudara kita ini. Wahai saudara yang bermazhab Hanafi, bagaimana anda membaca surah Al-Fatihah ketika sembahyang semasa anda menjadi makmum?”.

Jawab lelaki yang bermazhab Hanafi itu: ” Saya mendiamkan diri dan tidak membacanya”. Kemudian aku bertanya pula dengan anda wahai saudara "Bagaimana dengan anda pula yang bemazhab Syafi’ie?” Jawabnya : ”Tentulah saya membaca Al-Fatihah tersebut”. Aku bertanya lagi: Apabila anda berdua sudah selesai sembahyang, apakah pendapat anda wahai yang bermazhab Syafi’ie tentang sembahyang saudaramu wahai yang bermazhab Hanafi?” Beliau menjawab sudah pastilah batal sembahyangnya, kerana dia tidak membaca surah Al-Fatihah, sedangkan bacaan itu adalah salah satu daripada rukun-rukun sembahyang”.

Aku bertanya lagi ”Bagaimana pula anda wahai yang bermazhab Hanafitentang sembahyang yang bermazhab Syafi’ie itu?” Beliau menjawab sesungguhnya dia telah melakukan makruh tahriman.” Lantas aku bertanya lagi: ”Adakah nda berdu menyalahkan diantara satu sama lain?” Mereka menjawab: ”Tidak”. Aku pu berpaling dan bertanya kepada hadirin yang ada: ”Adakah anda sekalian menuduh bahawa kedua-dua ini salah?”

Mereka menjawab: ”Tidak.” Aku berkata lagi: ”Maha Suci Allah! Kamu mendiamkan diri kamu dan enggan menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini sedangkan ini adalah perkara yang berkaitan tentang sah dan batal solat. Mengapa kamu tidak dapat bertolak ansur kepada orang yang membaca tahiyyat yang disertakan selawat Allahumma Solli a’la Saidina Muhammad ataupun yang membaca Allahumma Solli A’la Muhammad ?” Dan kamu anggap khilaf tentang bacaan tersebut bagaikan satu masalah yang paling besar di dunia?”

Pendekatan secara amali ini telah memberi kesan yang amat mendalam kepada mereka sehinggakan mereka berpegang teguh kepada mazhab masing-masing tanpa sebarang penudingan dan salah faham yang boleh mengakibatkan perpecahan.

Akhirnya mereka sedar bahawa sesungguhya agama Allah ini maha luas dan amat mudah bagi mengambil hokum secara berfikir samada secara sendirian atau berjamaah. Sesungguhnya setiap sesuatu itu wajar dirujuk kembali kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada jamaah dikalangan kaum muslimin. Wallahualam…….


Wrote by:

nurul al-sadeki

zulfaqar_irsyadie85@yahoo.com


2 ZulHijjah 1428 / 12 Dis 2007

0 comments: