Wednesday 3 December 2008

ASAS KEKUATAN USRAH DAN HALAQAH

MEMAHAMI KONSEP TARBIYAH ISLAMIYYAH

Satu proses pendidikan dan pembentukan seseorang itu pada keseluruhannya agar mencapai matlamat yang dituju; bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.

MEMAHAMI USRAH SEBAGAI SALAH SATU MEKANISME TARBIYAH ISLAMIYYAH

Usrah sebagai perisai pelindung bagi anak usrah daripada pengaruh luar yang jelek. Masing-masing terikat hubungan persaudaraan yang mendalam seperti keluarga. Usrah merupakan kumpulan individu yang mempunyai kepentingan yang sama untuk meningkatkan iman dan amal soleh.

MEMAHAMI KETIGA-TIGA RUKUN USRAH DAN MELAKSANAKANNYA DENGAN PENUH PENGHAYATAN

1. Ta’aruf (Saling berkenalan)

2. Tafahum (Saling memahami)

3. Takaful (Saling membantu)

MEMAHAMI TUJUAN DAN FUNGSI USRAH

1. Membentuk keperibadian muslim seutuhnya dalam memenuhi tuntutan agama dan kehidupan.

2. Mengukuhkan ikatan ukhuwwah antara sesama ahli baik secara islam, kemanusiaan dan kemasyarakatan.

3. Meningkatkan kesedaran akan derasnya nilai yang mendukung Islam atau yang menentangnya.

4. Melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat dan negara sebagai seorang muslim yang bersih dengan potensi kebaikan dan kebenaran.

5. Mewujudkan hakikat kebanggaan Islam dan komitmen kepada nilai dan akhlak Islam.

6. Menyelesaikan pelbagai masalah individu, keluarga, pendidikan, kewangan dan pekerjaan serta sebagainya.

MEMAHAMI MEKANISME TARBIYYAH YANG MENJADI PELENGKAP KEPADA USRAH

1. Tamrin / Daurah

2. Rehlah / Mukhayyam

3. Qiamullail / Mabit

4. Riadah

5. Bedah Buku dll

MEMAHAMI, MENGHAYATI DAN MELAKSANAKAN ADAB USRAHA0

A) Adab terhadap usrah

1. Serius tanpa menghilangkan keakraban dan kehangatan ukhwwah.

2. Bertanggungjawab terhadap kesuksesan usrah.

3. Persiapan diri secara matang bahan yang dibicarakan dalam usrah.

4. Memposisikan usrah sebagai prioriti.

5. Arif dan aktif dalam bertukar pendapat dalam menyegarkan suasana usrah dengan info baru, bahan, penampilan, hadiah dan apa-apa yang difikirkan sesuai.

6. Melakukan muhasabah dan islah terhadap naqib dan ahli dengan hikmat.

B) Adab terhadap diri sendiri

1. Memiliki persiapan ruhi, aqli dan jasadi

2. Memperbaiki dan meluruskan niat

3. Bersahaja dalam berpakaian

4. Bersemangat dalam menuntut ilmu

5. Senantiasa menghiasi diri dengan akhlak mulia.

C) Adab terhadap naqib / murabbi

1. Tsiqah dan taat selama tidak maksiat kepada Allah.

2. Selalu konsultasi dan berkomunikasi dengan mereka.

3. Menghormati, menghargai dan tidak melupakan jasanya.

4. Sabar atas kekurangan mereka.

5. Sopan dalam pertuturan.

MEMAHAMI WAKTU DAN KEKERAPAN

1. Waktu naqib dan ahli usrah

2. Menepati waktu.

3. Akur kepada kekerapan ( sekali seminggu)

4. Lama pertemuan sederhana 1 jam – 1 jam 30 minit.

MEMAHAMI TEMPAT

1. Tempat yang kondusif

2. Menjaga dan memperhatikan kelayakan tempat.

3. Boleh dilaksanakan di bilik, kelas, masjid, padang, kantin, dan tempat yang difikirkan sesuai.

KONSEP PENGUASAAN NAQIB

1. Naqib/ah ialah ketua yang dilantik untuk menjadi “muwajjih” (perintis/pelopor @ pendorong/taujihat) kepada kumpulan usrah yang memandu ahli-ahli usrah dari segi fikrah Islam pada tahap-tahap tertentu.

2. Bertanggungjawab menanam kefahaman Islam yang jitu dan mencorakkan ahli-ahli usrah menghayati Islam serta membersih (tazkiah) ahli-ahli daripada penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, angkuh, riya’, nifak, dan lain-lain sifat mazmumah.

3. Mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh menyakinkan anak buah.

4. Mempunyai akhlak yang mulia yang boleh dijadikan contoh kepada anak buah.

5. Suka berkenalan.

6. Prihatin / cakna masalah anak buah.

7. Memahami tahap-tahap tarbiyyah : taarif, takwin dan tanfiz.

8. Patuh kepada kepimpinan, istiqamah, iltizam dengan syura.

9. Tegas, kuat cita-cita dan beramal.

10. BIJAKSANA -ilmu, al-quran, sirah, ibadat sunat (qiamullail*), doa, pembacaan, pengalaman, dll.

11. KREATIF - pelbagaikan teknik dan perjalanan usrah

12. ILMU PSIKOLOGI ; mengetahui cara mendekati jiwa manusia, mengetahui tabiat dan selok belok jiwa manusia dan mudah menyelaminya, mengetahui had kekuatan dan kemampuan jiwa, agar tidak membebankan dan melampaui batas, mengetahui segala keperluan dan keinginan jiwa manusia,agar dapat memenuhi keseluruhan keinginan mereka, mengetahui potensi sebenar jiwa manusia, agar potensi ini akan digembleng untuk bekerja dan membangun.

Almarhum Sayyid Qutub “Haza ad-Din” ; Manhaj ini hanya dapat dilaksanakan jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha menerapkannya ke dalam hati dan kehidupan manusia. Mereka akan mengorbankan segala-galanya demi merealisasikan matlamat ini. Mereka melawan kelemahan dan keinginan hawa nafsu yang sebati dalam jiwa manusia. Mereka menentang sesiapa sahaja yang dikuasai oleh hawa nafsu yang menghalang usaha ini. Dengan kesediaan ini mereka akan melaksanakan manhaj ini semaksima mungkin menurut kemampuan fitrah manusia, menurut kemampuan diri dan realiti mereka.

ku lihat "HIJAU" with cikgu nazlee

0 comments: