Saturday 6 December 2008

KETUANAN MELAYU???

Telah berbunyi semboyan isu ketuanan Melayu. Shahdan mengatakan, bahawa “kita menerima kepimpinan Melayu bukan ketuanan melayu”. Maka berteriaklah laskar melayu barisan hadapan sambil menghunuskan keris bahawa maruah bangsa perlu dijaga dan adat bangsa mesti dipulihara.

Rupanya baru ku tahu bahawa pahlawan bangsa ku sudah mula meniup semboyan, melaungkan semangat kependekaran dan meneriakkan saling cabar mencabar.. Tetapi, aku keliru... Merekakah pahlawannya? Atau merekakah sang pembela yang pantang dengan slogan anti melayu? Ahh masakan aku berfikir mereka, pahlawan terlewat, itulah yang aku mengerti tentang mereka.. Aku cukup konfius.. Sedangkan bangsa ku tertindas dibawah perintah Melayu, bangsaku mandom juga semasa mereka sedang bertakhta.

Siapa yang pilih, kami juga yang pilih..

Wah terkesima juga kami, melihat tanah melayu tanah bangsa yang semakin mengecil, pembangunan minda anak bangsa melayu seolah minda yang berada di dunia ketiga, pembangunan pertahanan negara yang kaku, pembiakan ekonomi yang pilih kasih, semangat DEB yang cacar-marbakan, kedaulatan institusi raja dibonekakan, campurtangan institusi kehakiman, media yang dimanipulasikan , suara umat melayu yang disisihkan dan pendidikan anak bangsa yang semakin dikhianatkan. Ishh, jebakku… Mana mungkin mereka yang berdarah melayu tetapi menoreh darah anak bangsa sendiri…

Aku hanya melihat dan menunggu, kadang-kadang hujan dan kadang kemarau.. Tetapi rupanya akulah korban dan mangsa kezaliman mereka. Mana mungkin aku yang berdarah melayu turut dianiaya.. Aku ditahan daripada menimba khazanah Al-Ghazali dan Asy-Syafie. Beginilah pengkhianatan yang dilakukan kepada anak bangsa melayu, yang sedang bersiap mahu ilmu ilahiyy.. Di sekat tanpa bicara… Cis bedebah kau pahlawan..

Masakan hanya aku yang berseorangan, malah ramai lagi yang telah dinoda oleh pahlawan sejenis itu. AUKU yang mencengkam kegiatan minda dan intelek siswa, PTPTN yang membebankan, penarikan bantuan perkapita terhadap Sekolah Agama Rakyat, pembatalan MoU Al-Azhar yang dilakukan secara zalim, perlaksanaan PPSMI dan lain-lain lagi aneka agenda zalim yang dilakukan oleh pahlawan terlewat ini.

Wah!!! Mungkin bagi mereka masih belum cukup kejam…

Ohh bangsaku, ingatlah, keris itu bukanlah hanya pahlawan yang layak menghunuskannya… Keris milik rakyat jelata… Sepatutnya sudah lama kita menghunuskannya, kita hunus bagi meluruskan pemerintahan yang belok… Inilah tradisi sahabat Rasulullah, yang siap meluruskan pemerintahan di masa Khalifah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab… Kita hunus bagi menyatakan menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan…

0 comments: