Saturday 21 February 2009

ASEAN... OHH... ASEAN....

Sidang kemuncak Asean yang akan diadakan di Thailand pada 27 Mac ini mengundang beberapa perbahasan pokok yang berlegar antaranya kestabilan ekonomi, keamanan nasional, social budaya dan politik.


Namun adakah pakatan ASEAN ini dilihat cukup matang dalam melaksanakan Visi dan Misi meskipun berbagai resolusi yang tertuang setiap kali deklarasi. Adakah ASEAN mempunyai kedaulatan yang tersendiri sedangkan institusi asean dilihat sangat terbatas dan langka dalam mengatur pelbagai rentak dan mengatasi masalah. Untuk menyejuk hati, boleh dikatakan ASEAN adalah sebagai medan untuk kesepaduan antara Negara jiran se-Asia Tenggara bagi menghasilkan strategi bersama untuk melaksanakan deklarasi tersebut.


Menurut Banyu Perwita, Pensyarah Ilmu Hubungan Internasional Universiti Katolik Bandung.. Beliau mengatakan bahawa dalam dunia yang multisektor dan global sekarang ini memerlukan penyelesaian secara kolektif amat diperlukan yang melibatkan kesemua fungsi negara di dalam pakatan ASEAN… Dalam hal ini juga, cabaran dan ancaman Asean dapat diklasifikasikan kepada beberapa ancaman:


Pertama; Ancaman ekonomi dan social termasuk garis kemiskinan, penyakit menular, akses makanan. Hal ini tergambar dengan krirsis selsema burung dan isu pencegahan asap akibat kebakaran hutan di beberapa Negara ASEAN.


Kedua; Konflik antaranegara (interstate conflict) di Negara-negara Asia Tenggara. Walaupun perkara ini tidak menjadi isu yang besar tetapi bukan bermakna isu ini hilang dan lenyap begitu sahaja. Kerana banyak hal isu perbatasan tidak diselesaikan dengan tuntas seperti perebutan Batu Putih, blok Ambalat dan blok Ligitan dan lain-lain yang mengundang sentimen kedaulatan Negara masing-masing.


Ketiga; Konflik dalam Negara (intrastate conflict) yang berlaku didalam Negara anggota ASEAN seperti yang berlaku di Selatan Thailand, pencabulan demokrasi di Myanmar dan MILF yang menggugat pemerintah Filipina.


Keempat; Penyebaran senjata biology, nuclear dan kimia. Meskipun ancaman ini adalah yang terkecil, namun ancaman inilah yang menjadi contoh bagi Negara ASEAN yang sedang berlaku di Negara-negara luar, yang mengakibatkan ketegangan antara negara dan berlanjutan sehingga kini.


Kelima; Ancaman terrorisme yang mendapat tumpuan jelingan dari Negara dunia bahawa kawasan ASEAN adalah lubuk biaknya terroris internasional. Meskipun bukan…. Forum ASEAN inilah solusi untuk menangkis dan mencegah anasir terrorisme.


Keenam; Ancaman seperti dilalui oleh Negara-negara lain iaitu ancaman dadah narkotik antarabangsa serta ancaman perdagangan manusia yang sedang berkembang di beberapa Negara ASEAN.


Selain dari pada perkara di atas, krisis kemanusiaan di Kemboja dan di Rohingya menjadi ujian buat ASEAN.. Adakah ASEAN dapat menganjurkan paket keamanan kepada Negara dalaman Asean sendiri seperti Myanmar. Sedangkan banayk isu kemanusiaan yang berlaku sebelm ini masih belum diselesaikan dengan tuntas. Inikan pula sidang kemuncak ASEAN dianjurkan oleh Negara Thailand, mungkin boleh jadi mahu membuka mata Negara ASEAN bahawa Thailand adalah Negara krisis yang tidak berkunjung padam bermula dengan rampasan kuasa oleh tentera, gelombang kuning yang menakluki airport Thailand sebelum ini sehingga krisis di Selatan Thailand… Boleh jadi krisis di Thailand adalah contoh rujukan terdekat yang solid bagi perbincangan isu keamanan ASEAN ini..


Sememangnya ASEAN tidak pernah tulus dalam setiap caturan misi dan strateginya untuk ASEAN sendiri, kerana hegemoni dan anasir luar sering berkunjung tandang ke Negara-negara ASEAN. Belum pun sidang kemuncak ASEAN bermula Setiausaha Agung ASEAN sudah menerima lawatan dan kunjungan dari Hillary Clinton. Si Hillary dengan smart power-nya cuba mewujudkan persepsi dunia bahawa AS adalah Negara yang “mendengar”. Sedangkan sangat nyata bahawa kunjungan awal Menteri Luar AS itu ke Asia adalah bertujuan untuk memperbaiki citra AS yang mencatat sejarah terburuk sebelum ini. Selain isu terrorisme, disamping itu lawatan ke Asia juga bertujuan untuk menjajah seluruh negara Asia dengan manawarkan paket ekonomi BSA (Bilateral Swap Agreement) yang merupakan simbolik tipu daya dari mereka kononnya hendak menyelamatkan negara-negara Asia dari krisis kewangan dan ekonomi dunia.


Oleh itu, ASEAN haruslah di eveluasi kembali rekod kerja sebelum ini. Semaunya ASEAN perlulah mencari jalan keluar yang tersendiri dengan lebih berani dalam menyelesaikan permasalahan yang mengikat dan menghambat kredibiliti dan institusi ASEAN ini. Kegagalan ASEAN dalam menjawab dan menyelesaikan isu, maka akan member kesan dan effect kepada sosok ASEAN sendiri sebagai institusi yang berkredibiliti. Ini perlu bagi mengembalikan wibawa ASEAN sebagai sebuah institusi yang berpengaruh..

0 comments: