Saturday 28 February 2009

PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL-BANNA

Imam Hassan Al-Banna adalah diantara tokoh politik kontemporer yang benar-benar terliat dengan dunia politik secara real. Beliau juga telah menggagaskan politik rabbani. Yakni segala isi pemerintahan dengan berlandaskan ke[ada Al-Quran dan As-Sunnah. Politik beliau juga adalah politik dakwah. Peranan imam Hassan Al-Banna terhadap risalah ialah beliau menerangkan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah kepada manusia sebagai aqidah, syariat dan sistem hidup serta menghapuskan tafsiran penjajah terhadap Islam. Islam ala Amerika ialah Islam yang tidak terdapat siasah di dalamnya dan tidak terdapat jihad di dalamnya dan tidak terdapat pemerintahan di dalamnya.


Imam Hasan Al-Banna telah membangkitkan kesedaran politik dengan fiqh siasah. Bedasarkan fikrah inilah bangunnya gerakan jihad yang berpendapatbahawa Islam mengatur semua aspek kehidupan. Tidak dapat tidak mestikembali kepada berhukum dengan hukum Islam, menjadikan Islam sebagai teraju, memburu amerika dan kuasa kafir dari Negara umat Islam dan memerangi Islam ala Amerika dan semua kuasa kafir dari Negara umat Islam dan memberi kesedaran dan kefahaman siasah kepada seluruh umat Islam.


Konsep kerajaan Islam yang diutarakan oleh Imam Hassan Al-Banna adalah Kerajaan yang di dalamnya terdiri dari orang-orang Islam yang melaksanakan kewajipan Islam dan berterang-terang tidak melakukan maksiat. Ia melaksanakan hukum Islam serta ajaran-ajarannya.


Imam Hassan Al-Banna telah menyatakan bahawa berkerajaan dengan kerajaan Islam adalah sebahagian darei rukun Islam. Tetapi ia bukan fardhu seperti fardhu biasa. Pemikiran Imam Hassan Al-Banna juga bertentangan dengan pemikiran Ali Abdurraziq ketika itu yang memonopoli bahawa tidak ada hubungan Islam dengan pemerintahan. Dan turut ditegaskan di dalam risalahnya bahawa Islam yang lurus ini telah mewajibkan salah satu kaedah system social yang dicipta oleh manusia iaitu tidak mengiktiraf keserabutan (tidak berdisiplin) tidak membiarkan Islam tanpa pimpinan.

Imam Hassan Al-Banna telah menentukan kewajiban-kewajiban Negara Islam sebagaimana berikut;

i. Menjaga keamanan dan undang-undang Islam

ii. Memperkembangkan pendidikan Islam

iii. Menyediakan kekuatan

iv. Menyediakan kekuatan

v. Memelihara kesihatan

vi. Memelihara kemaslahatan umum

vii. Mempertingkatkan kewangan dan menjaga harta

viii. Memelihara Akhlak

ix. Menyebarkan dakwah

Kesemua kewajiban ini telah dditentukan oleh Imam Hassan Al-Banna dengan sebagaimana yang telah ditentukan oleh Al-Quran dan Hadis serta kitab Fiqh Siasah dari karangan ulama muktabar.

Dengan kewajiban ini juga. Kerajaan Islam tidak mempunyai hak setelah ia melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagaimana di atas. Menurut Imam Hassan Al-Banna “ Antara hak-hak kerajaan (setelah melaksanakan kewajiban) ialah wala’, ketaatan dan sokongan dengan jiwa dan raga. Jika terdapat penyelewengan dalam sesebuah kerajaan serta tidak mendengan nasihat Ahli Halli Wal Aqdi maka Imam Hassan Al-Banna berpendapat bahawa pemerintah itu harus digulingkan dan disingkirkan. Penggulingan dan penyingkiran memerlukan kepada kekuatan yang dapat memaksa pemimpin dan kerajaan melepaskan tangungjawabnya. Yang demikian itu tiada ketaatan kepada makhluk selain ketaatan kepada Allah.


Imam Hassan Al-Banna di dalam pendirian politiknya mengatakan bahawa “Pemerintahan di dalam kitab-kitab fiqh adalah perbahasan dari persoalan aqidah dan usul bukan dari persoalan fiqh dan hukum cawangan (furu’). Islam adalah hukum dan perlaksanaan, ia sepertimana perundangan serta pengajaran undang-undang serta kehakiman. Setiap satunya tidak dapat berpisah diantara satu sama lain”. Drengan kata lain bahawa barangsiapa yang tidak melaksanakan sebagaiaman yang telah diperintahkan maka seakan-akan mereka berada di dalam kelompok yang tidak beragama dengan maksud tidak tunduk dan tidak melaksanakan hukum secara luhur.


Kerajaan yang dilaksanakan itu oerlulah diubah secara menyeluruh dan reformasi itu perlulah dilakukan secara Inqilabiyyah. Kerana Imam As-Syahid Hassan Al-Banna berpendapat bahawa tiada kerajaan yang akan terbina di atas dasar jahiliyyah. Jika ini berlaku akan berlakulah penempelan dalam system penradbiran. Iaitu Islam hanya dilaksanakan sebagai lapik sahaja. Maka Imam Hassan Al-Banna berpendapat Kerjaan itu perlulah diubah dengan jalan yang selamat terlebih dahulu.


Mengenai perlantikkan wilayatul amri atau kuasa memilih ketua Negara adalah berlaku melalui berdasarkan aqad yang dipersetujui diantara umat dan pemerintah Akad ini berkait dengan beberapa syarat-syarat ialah berkenaan dengan kewajipan sebagai ketua Negara yang mentadbir urusan dalaman dan luaran umat, merealisasikan kemaslahatan umat Islam serta menghindarkan pembunuhan dari nyawa dan kehormatan mereka. Perkara yang paling penting ialah penegakkan hukum Islam dilakukan secara konsisten. Sebagai balasan ummah haruslah menumpukan seluruh ketaatan yang tiada berbelah bahagi kepada pemerintah dan kepala Negara.


Beliau juga berpandangan bahawa Ketua Negara boleh memilih seorang lelaki yang memiliki sifat-sifat dan syarat-syarat yang terdapat pada seorang ketua dan memberikan tugas kepadanya sehinggakan ia mempunyai tugas seumpama Ketua Negara, seperti perdana menteri. Namun hirarki seperti ini seperti sudah tidak diamalkan oleh Negara maju sekarang. Berlainan seperti Negara Komanwel yang diperintah oleh British seperti di Malaysia. Imam Hassan Al-Banna juga telah menyatakan keharusannya Wizarah Tafwidh (kementerian-kementerian) bagi membantu tugas-tugas ketua Negara. Kerana aatas kemampua Ketua Negara yang terbatas dan fuqaha juga telah mengharuskannya selagi mana mempunyai kemaslahatan. Kaedah yang bersesuaian ialah “Penjagaan Kemaslahatan Umum”.


Dalam soal Khilafah, Imam Hassan Al-Banna adalah antara orang yang sangat memikirkan soal ini. Di dalam fiqh siyasah Imam Hassan Al-Banna, Khilafah merupakan syiar Islam yang wajib difikirkan oleh orang-orang Islam tentangnya dan bagaimana hendak mengembalikannya. Tetapi bagi mengembalikan memakan masa yang lama dan memerlukan semangat jihad yang benar-benar jitu dan persediaan yang cukup rapid an banyak.. Menurut Beliau juga, pembinaan khalifah perlulah didahului dengan pembinaan kerajaan-kerajaan Islam di Negara-negara umat Islam. Ini dilakukan dengan setiap rakyat memilih kerajaan Islam yang memerintah dengan hukum Islam. Kemudian dieratkan perhubungan diantara kerajaan-kerajaan dan digabungkan di dalam satu Daulah Islamiyyah. Ia dinamakan “ Struktur Daulah Umat Islamiyyah”. (الكيان الدولي للأمة الإسلامية ( .


Bagi menuju mewujudkan cita khilafah Islam seperti di atas, maka Imam Hassan Al-Banna telah meletakkan beberapa unsur iaitu dengan dimulai dari:

i. Mengubah peribadi individu muslim

ii. Membentuk keluarga muslim

iii. Masyarakat muslim

iv. Pembebasan Negara dari kerajaan-kerajaan luar

v. Mengubah kerajaan

vi. Khilafah daulah Islam


Dan menurut pendiriaan Ikhwanul Muslimin sebuah fraksi politik pimpinan Imam Hassan Al-Banna bahawa Khilafah ialah symbol kepada penyatuan umat Islam dan manifestasi kepada hubungan antara umat-umat Islam... Khalifah pula merupakan paksi yang banyak hukum dalam agama Allah. Islam mewajibkan ke atas umat Islam supaya bersatu di bawah kepimpinan Imam atau ketua yang satu dan iaitulah ketua Daulah Islamiyyah. Ia mengharamkan kepada mereka perpecahan kepada Negara-negara, setiap Negara mempunyai Khalifah atau Imam dan Negara-negara yang bercakaran antara mereka. Allah telah mengharamkan pergaduhan kerana ia akan membawa kepada kekecewaan.


Imam Hassan Al-Banna berpendapat kerajaan di dalam Negara Islam tertegak di atas tiga kaedah teteap yang dimaklumi isitu asas-asa bagi system pemerintahan Islam iaitu:

i. Tanggungjawab pemerintahan dihadapan Allah dan manusia

ii. Kesatuan umat Islam atas dasar aqidah Islam

iii. Menghormati kehendak umat dengan mewajibkan bermesyuarat, mengambil pendapat dan menerima perintah dan larangan umat.


Apabila kaedah-kaedah ini telah mencukupi pada mana-mana Negara ia adalah Negara Islam biarpun apa bentuk dan namanya. Dan kaedah ini juga telah dilaksanakan semasa zaman Khulafa Ar-rasyidin. Seperti juga zaman Khilafah Uthmaniyah yang pemimpinnya menggunakan istilah imarah yakni Amirul Mukminin. Yang penting kaedah ini terlaksana di dalam Daulah Islamiyyah dan konsepnya jelas beserta namanya sebagai daulah Islamiyyah bukan daulah Jumhuriyyah (Republik) Daulah Malakiyyah (Monarki) atau sebagainya.


Di dalam mengatur perlembagaan, Imam Hassan Al-Banna telah menetapkan 20 asas kefahaman yang menyusun sistem pemeritahan serta sumbernya, ketua Negara serta kuasanya, kebeasan ilmu serta agama, kebebasan berpendapat, perbezaan ijtihad dan lain-lain serta dasar aqidah dan perundangan yang tertegaknya diatasnya jamaah dan Negara. Dan lain-lain.


Di dalam persoalan Ahlu Halli Wal Aqdi, Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan sebagaimana yang terdapat didalam kitab-kitab fiqh iaitu. Berdasarkan kepada pendapat para fuqaha Imama Hassan Al-Banna telah merumuskan sebagaimana cirri-ciri Ahlul Halli Wal Aqdi sebagaimana berikut:

i. Para fuqaha yang mujtahid yang diiktiraf pandangan-pandangan mereka di dalam fatwa dan pengeluaran hokum.

ii. Para pakar di dalam sector awam dan urusan umum.

iii. Merka juga mempunyai sifat kepimpinan atau menerajui manusia seperti ketua kampong, ketua kabilah dan ketua masyarakat, suku dan organisai.


Imam Hassan Al-Banna telah berpendapat mereka boleh dipilih melalui system pilihanraya yang dikaji yang meletakkan syarat-syarat serta sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh mereka yang dicalonkan..


Pada awalnya kondisi politik di Mesir, Imam Hassan Al-Banna memandang bahawa system pilihanraya tidak mempunyai legalitasi sisitem multi partai dalam syariah Islam dan kondisi pada ketka itu tiada kebebasan untuk berpendapat. Ini berdasarkan kepada isi ucapan Imam Hassan Al-Banna iaitu:

i. Menolak partai yang mempromosikan perpecahan dan menggunakan sgala cara untuk mencapai tujuan. Ini berdasarkan fenomena pada ketika itu.

ii. Hassan AAl-Banna melihat bahawa partai-partai yang berda di mesir ketika itu bukanlah seperti paratai yang berada dalam pengertian yang sebenarnya,melainkan partai itu adalah tidak lebih dari pertikaian peribadi yang terjadi diantara tokohnya untuk merebut kekuasasan dan menjadi wahana politisi.

iii. Hassan Al-Banna mengemukakan argument bahawa menurut pendiriannnya. Utusan dipilih dari umat seluruhnya untuk menuntut Inggeris meninggalkan Mesir dan menuntut kemerdekaan Mesir melalui dialog. Tujuan utama adalah usir Inggeris terlebih dahulu.

iv. Lebih baik dibubarkan partai-partai dan kemudian bergabung, bersatu dan sepakat dalam satupartai untuk memaksa Inggeris keluar dari Mesir.


Imam Hassan Al-Banna mengiktiraf system pilihanraya untuk melantik syura serta Ahlul Halli Wal Aqdi . Ia tidak bercanggah dengan kaedah Islam dan hokum-hukumnya bahkan bertepatan dengan konsep syura dalam skop yang lebih besar. Namun yang demikian itu dizaman Imam Hassan Al-Banna beliau telah melalui satu keadaan pilihanraya yang cukup tempang. Ini disebabkan pilihanraya tersebut tidak dapat mewakili suara kehendak rakyat. Selaras dengan itu Imam Hassan Al-Banna telah menyebutkan lima perkara yang menjadi syarat untuk dilakukan perubahan iaitu:

i) Calon parti mestilah mempunyai matlamat dan program yang jelas dan terperinci bagi membawa agenda aspirasi rakyat.

ii) Menetapkan batas dalam melakukan kempen serta tidak terdapat unsure pencelaan.

iii) Memperbaiki jadual pilhanraya dan menetapkan hari pembungan undi.

iv) Menetapkan hukuman yang berat terhadap penipuan dalam bentuk apa pun, begitu juga dengan rasuah.

Seruan yang dibuat ini juga menandakan bahawa pilihanraya yang dilakukan itu menjadikan proses pemilihan melalui piliharaya tu adalah wajib dan membuatkan bahawa betapa peri pentingnya proses pemilihan ini. Ia ibarat penentu kepada kedudukan manusia bagi mendapatkan kemaslahatan sesiapa yang mengendalikan perjalanan hidup manusia disesebuah kerajaan. Jika pilihanraya ini diboikot dan tidak turut mengundi ia akan membolehkan perwakilan itu tidak mewakili sebahagian besar manusia malah mereka pun tidak akan berusaha untuk melaksanakan kemaslahatan manusia.


Menurut Imama Hassan Al-Banna mengenai pendapatnya tentang minority non-muslim di dalam Negara dinilaikan di atas pendirian mereka terhadap orang-orang Islam. Jika mereka saling berdamai serta berjanji menepati kewajipan yang dikenankan kepada mereka dan tidak membantu musuh umat-umat Islam maka ketika itu diwajibkan umat Islam untuk berbuat baik kepada mereka, memperbaiki pergaulan dengan mereka, melindungi mereka dan member keamanan kepada nyawa, harta dan kehormatan mereka. Tetapi jika mereka melanggar serta mengkhianati perjanjian antara mereka dengan umat Islam, membunuh umat Islam dan dan cenderung kepada musuh Islam dan bersubahat dalam mengusir umat Islam dari tanah air, maka diharamkan bagi umat Islam member ruang kepada mereka sedikit pun. Jika umat Islam melakukannya bererti mereka telah mens=zalimi diri mereka sendiri dan telah mendedahkan diri meeka kepada kemuskaan Allah.


Dari aspek kerjasama dengan non-muslim. Imam Hassan Al-Banna menetapkan ianya adalah sebagai keharusan, walaubagaimanapun beliau berpendapat seharusnya meletakkan beberapa syarat iaitu:

i. Ketika darurat (terpaksa)

ii. Bukan jawatan-jawatan wilayah ammah (kepimpinan induk)


Maksud darurat adalah kemaslahatan yang melibatkan kehidupan manusia serta melaksanakan matlamat syarak dalam memelihara lima asas iaitu memelihara agama, jiwa, harta, keturunan dan akal manusia. Jika ketiadaan kemaslahatan ini atau sekatan keatasnya akan mengakibatkan tidak mungkin wujud dan mengakibatkan berlaku persengketaan, ancaman, keserabutan dan pembunuhan.. Dan jika Negara Islam amat memerlukan seseorang mengisi jawatan yang sagat penting sedangkan umat Islam tidak ada yang layak untuk mengisinya maka diharuskan bekerjasama atau kedudukan dan jawatan itu diisi oleh orang yang non-muslim kecuali wilayatul ammah.


Beliau juga menyebut mengenai pencerobohan yang dilakukan oleh pihak kuffar. Bahawa Negara Islam adalah satu, tidak terpisah antara satu sama lain. Penganiayaan ternadap lainnya adalh pencerobohan dan penganiayaan terhadap seluruhnya. Adalah kewajipan keatas umat Islam untuk melaksanakan dan memerangi Negara-negara yang menceroboh dan membebaskan Negara mereka dari cengkamannya. Bahawa Islam sangat tidak meredhai kebebasan dan kemerdekaan penganutnya dicabuli walau sedikitpun apatah lagi kekuasaan umat Islam dirampas. Islam juga mengisytiharkan jihad walapun melibatkan nyawa dan harta.


Antara matlamat Imam Hassan Al-Banna melalui Ikhwanul muslimin untuk menegakkan negra dan daulah Islamiyah adalah:

i. Matlamat Umum: Membebaskan dunia Islam dari mana-mana kuasa luar dan menegakkan Negara Islam.

ii. Matlamat Khusus: Membuat pembaharuan di dalam pendidikan, memerangi kemiskinan, kejahilan, penyakit, serta jenayah dan membentuk masyarakat mithali yang layak dinisbahkan dengan syariat Islam.


Beliau juga meletakkan beberapa wasilah dan cara untuk mencapai tujuan tersebut ialah: Iman yang mendalam, pembentukan yang teliti dan amalan yang berterusan. Matlamat dan waslah umum telah menimbulkan kemarahan kepada pemerintah Mesir, orang kafir dan para penjajah kuffar, kuncu-kuncu dan ejen meeka dinegara umat Islam. Ini menyebabkan mereka menentang dakwah dan meletakkan halangan-halangan sebagai usaha untuk menyekat dari usaha dan wasilah dari tercapainya matlamat tersebut.


Di sini imam Hassan Al-Banna telah sentiasa mengingatkan kepada para pejuang dakwah dan politik Islam supaya sentaisan bersiap dalam mengahadapi halangan tersebut. Beliau juga telah menyediakan beberapa siri-siri modul sebagai persiapan dalaman. Sebagai eksistesi mereka ke medan massa dan amal islami.


KESIMPULAN


Bagi mewujudkan kesatuan dunia yang diwujudkan adalah mesti dalan kerangka Ukhuwwah Islamiyyah. Idea dan asas ini dipegang oleh Hassan Al-Banna dengan mengacu kepada Universalitas Islam dan ajarannya ebagai ajaran penutup serta cakupan dominannya:


Perjalanan dunia menurutnya merupakn proses pembentukan komunitas umat manusia dalam kesatuan kemanusiaan. Dia juga memandang bahawa Islam tidak mengajak kepada kesatuan di dalam rangka Ukhuwwah Islamiyyah, melainkan menggariskan jalan operasional untuk mencapainya dalam dua dasar: pertama; Kesatuan manusia dari satu yang berasal dari seorang ayah dan ibu. Kedua: hubungan rabbaniyyah yang menjadikan umat manusia ini sebagai hamba Allah taala yang satu.


Justeru itu Imam Hassan Al-Banna mengambil kesimpulan dari itu semua bahawa hanya Islam sendirilah yang berpotensi dapat mewujudkan kesatuan umat manusia. Penekanan makna ini mempunyai erti yang besar khuunya pada masa setelah usai perang dunia kedua dimana organisasi internasional baru perserikatan-perserikatan antara bangsa tidak labih baik malah sama sahaja dengan sebelumnya.



[1] Dr. Mohd Abdul Qodir Abu Faris, Fiqh Siyasah Menurut Imam Hassan Al-Banna, Pustaka Syuhada Kuala Lumpur, cet 2000, hal 23

[2] Ibid hal 28

[3] Imam Hassan Al-Banna, Majmu’ Rasail, Beirut.

[4] Majmuah Rasail Hasan Al-Banna, Hassan Al-Banna, hal: 146,148, 326 Al-Muassasah Islamiyyah, Beirut 1983.

[5] Dr. Abdullah Mohd Khatib, Himpunan Risalah Ta’lim Imam Hassan Al-Banna, Pustaka Fajar, cet 4 2002, hal 112.

0 comments: