Tuesday 17 February 2009

UKHUWWAH ISLAMIYYAH


Muqaddimah

”Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha kuasa lagi Maha bijaksana."(al-Anfal: 63)

Ukhuwwah yang dibina mestilah berlandaskan keikhlasan kerana Allah SWT

  1. Ukhuwwah yang dibina berlandaskan keikhlasan adalah bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.
  2. Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan mengenai soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong. Malaikat itu bertanya, "Ke mana kamu hendak pergi?" Jawab lelaki itu, "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini." Malaikat itu bertanya lagi, "Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?" Lelaki itu menjawab, "Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah." Kemudian malaikat itu pun berkata," Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana kamu menyintai sahabatmu kerana-Nya."

Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT

  1. Seseorang Muslim itu mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya. Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan Baginda yang bermaksud:
  2. "Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi , mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakal orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut)."
  3. (Muttafaq 'Alaih)

Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam.

  1. Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhuwwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah SWT sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian atau masalah mesti dirujuk kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Sebagaimana sabda Badinda di dalam hadisnya yang bermaksud;
  2. "Dan dua orang lelaki yang berkasih-sayang kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya."
  3. Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak akan berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesame mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka mereka berkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.

Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati.

  1. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surah al-Asr:
  2. "Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramala soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan juga kesabaran (di atas kepahitan kebenaran).

Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong-menolong samada dalam susah atau senang.

  1. Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang teramat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah SAW dan juga para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesame mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi tidak kira dalam masa Nabi berada di Mekah mahupun tatkala Islam berkuasa di Madinah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
  2. "Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya terasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya."(Muttafaq 'Alaih)

Hak-hak Ukhuwwah

a. Memberi salam

b. Menjawab salam

c. Menziarahi sahabat yang sakit

d. Mengiringi jenazah

e. Memenuhi undangan

f. Mendoakan sahabat ketika bersin

g. Menolong mereka yang dizalimi

h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan

i. Menolong mereka yang kesusahan

0 comments: