Saturday 18 April 2009

BENTURAN PERADABAN + BENTURAN POLITIK

Di alam buku The Clash of The Civialization and Remarking World Order, Samuel P. Huntington telah menyentuh seputar peradaban-peradaban yang sering mengalami pasang surut perkembangannya. Peradaban bersifat dinamis, bangkit dan jatuh, menyatu dan terpisah; dan sebagaimana halnya apa yang kita boleh belajar dari sejarah, ia juga tenggelam dan terkubur di dalam pasir-pasir masa. Fasa-fasa dari perubahan atau evolusi peradaban dapat terpahami melalui pelbagai cara. Quigle melihat bahawa peradaban-peradaban berkembang melalui tujuh tahapan;

i. Percampuran
ii. Pergerakan
iii. Perluasan
iv. Masa konflik
v. Kekuasaan Universal
vi. Keruntuhan
vii. Invasi

Yang paling menarik adalah, menurut Toynbee seorang ahli social politik, Sebuah peradaban yang sedang berkembang merupakan respon terhadap tentangan-tentangan dan melampaui suatu periode pertumbuhan yang melibatkan bertambahnya kontrol terhadap lingkingan yang dihasilkan oleh sebuah kelompok minoriti yang kreatif, dan diikuti pula oleh suatu masa yang dipenuhi dengan tantangan, bangkitna sebuah Negara universal dan setelah itu mengalami disentegrasi. Ketika terdapat perbezaan-perbezaan yang signifikan. Seluruh teori mengatakan bahawa peradaban-peradaban berkembang melalui seluruh masa yang penuh tentangan atau konflik politik terhadap sebuah Negara universal yang sedang berda di ambang kehancuran.

Walaupun pemikiran di atas telah berlalu lama, mungkin ada benarnya, dan pemikiran yang dinyatakan di atas telah diakui dengan teori sirkulasi sejarah oleh Ibnu Khaldun… Sama-samalah kita meneka bagaimanakah dan seperti apakah kerajaan Malaysia itu ke depan. Namun, kita janganlah menjadi golongan yang melihat dan meneka, digalakkan untuk menjadi orang yang lead of the change atau pemimpin dan penggerak revolusi.

0 comments: