Wednesday 10 December 2008

Masanya Menilih Jalan Yang Lurus (Versi Klon)

Salam perjuangan.. Sahabat-sahabat, hari ni tanggal 11 Desember maka ganjillah kita merayakan hari eidul Adha pada hari yang ketiga… tak gitu sahabat-sahabat?...

Sebanyaknya ibrah dan iktibar kita perlu ambil dari kisah perjuangan dan pengorbanan para Anbiya dan Mursalin, awliya serta mujahidin bagi meningkatkan momentum dan adidaya kita sebagai ghuraba yang sentiasa merentas jalan yang berliku, beronak duri dan berperiuk api. Sesungguhnya bagi merentasi jalan ini, ia sangat menuntut kepada pengorbanan yang tinggi sebagaimana pengorbanan Assabiquuna Awwalaun yang terdahulu dalam menunjangkan tauhid…

Imam Hassan Al-Banna menyebut tentang pengorbanan bahwa apa yang dikatakan dengan pengorbanan ialah berkorban dengan jiwa, harta, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat.. Tiada jihad tanpa pengorbanan dan tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah kita (islami)..

Wah! dahsyatnya pengorbanan.. macam tu ke pengorbanan?? Yup macam itulah die pengorbanan… Malah kita juga dituntut melakukan jihad dan pengorbanan secara berterusan dan melakukan pengorbanan berharga demi kemenangan agama Allah. Lebih dari itu lagi itu lagi umat tidak akan memperolehi kebaikan dengan apa yang membolehkan generasi awalnya memperoleh kebaikan. Demikian juga umat ini tidak akan mendapatkan izzah melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat terdahulu mendapatkan izzah (kemuliaan).

Kadang-kadang kita baru sedikit sahaja diuji dengan wala’, diuji dengan pangkat jawatan, rumahtangga, diuji dengan aku janji, diuji dengan AUKU dan diuji dengan soal pengiktirafan akreditasi kolej… Kita sudah tanggal agama kita, kita sudah tanggal prinsip amar maaruf nahi munkar dan kita sudah tertanggal sedikit komitmen kita dengan dakwah.. Ketundukan kepada taghut sudah terjelma… Kita sudah luntur nilai pengorbanan kita.. sedangkan semua ini menuntut kepada kejujuran aqidah, dan pengobanan itu adalah buah dari kejujuran kita dengan Allah taala... Ishh, tidak malukah kita… Dimanakah letaknya kemuliaan kita bila kita bersama dengan mereka yang telah berpaling dari hukum Islam… Malah kita pula yang dicabar…

Dunia diluar adalah dunia yang cukup mencabar, tinggal lagi kita sebagai daie dan figure kepada Islam untuk bangkit semula.. Tuntutlah ilmu dengan sebenar-benarnya sehingga kita dapat tamaiyuz antara yang hak dan batil, betul dan salah, iman dan kafir, Islam dan sekular… Retikanlah diri untuk menilai kebenaran dan bijaklah membuat pertimbangan dalam menanggapi yang aulawiyat.. Berprinsiplah secara praktikal.. Berukhuwahlah dengan ribatil aqidah dan tautkanlah ia… Belajarlah biar reti betul-betul tentang Al-Quran dan Sunnah, aqidah dan hukum-hakam fiqh.. Fahamilah Maqashid Syariah sebelum bercakap tentang maslahah mursalah… Berakhlaklah dengan sebagaimana akhlak Al-Quran dan ilmu Islam yang kita pelajari… Hanyasanya keikhlasan dan praktik ilmu kita dan amalan yang Allah nilai… Ingat tiada gunanya ilmu tanpa disusuli dengan kesedaran.. Buangkanlah anasir certificatisme dan seniorisme. Tiada erti jauhnya perantauan dan besarnya pengorbanan pengajian, jika hanya itu yang diratib dan itu yang didabik.. Seperti apa ilmu itu jika itu yang dicita-citakan… Betul tak sahabat?

Dengan erti kata lain wahai sahabat-sahabat; Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah, kegemilangan dan izzah tanpa pengorbanan ia adalah orang bermimpi dan berkhayal… Oleh itu, bersabarlah wahai sahabat-sahabat… Berjuang itu pahit, kerana syurga itu manis, bukan sedikit mahar yang perlu dibayar dan bukanlah sedikit jerih yang ditagih… Wallahualam...


Siru ala barakatillah..

0 comments: